nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Mari Mengenal Tumbuh-tumbuhan. Show all posts
Showing posts with label Mari Mengenal Tumbuh-tumbuhan. Show all posts

Friday, 31 March 2017

Crocker Range Park, Keningau


Assalam...
Di Crocker Range Park Keningau (atau dikenali sebagai roof top of Borneo), kami singgah di pejabat pentadbiran yang menempatkan galeri yang menceritakan tentang kawasan taman banjaran ini.  Terdapat staff yang bertugas memberi penerangan keistimewaan Taman Banjaran Crocker terutama taman banjaran yang terletak di Keningau (atau dalam sub-station Kenigau).  Station Kenigau merupakan ibu pejabat untuk Taman Banjaran Crocker.


Terdapat beberapa sub station yang boleh dilawati seperti sub station Kimanis, Ulu Membakut (Beufort), Mahua  (Tambunan), sub station Melalap, Kikiran (tenom), Alab (Tuaran), Ulu Senagang (Papar), Buayan (Penampang) di dalam rangkaian Taman Banjaran Crocker.  Meliputi kawasan yang luas (120 km panjang dan 40 km lebar) dan daerah menganjur daripada daerah Tuaran hingga ke Tenom.


Peta lokasi kawasan Roof Top of Borneo (Station Keningau) dan aktiviti yang bersesuain untuk pelawat.  Antara yang aktiviti yang menarik minat untuk dicuba adalah aktiviti merentas hutan.


Penginapan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sini.  Tapak perkhemahan juga ada sekiranya mereka memilih untuk lebih adventure.


Orkid liar jenis ini banyak terdapat di Crocker Range Park, Keninagu.


Saya tak pasti sama ada pokok ini adalah pokok lengkuas, bunga kantan atau tuhau.  Tuhau jeruk (sambal tuhau) makanan feveret masyarakat tempatan di Sabah terutama kaum Kadazan Dusun.


Disebabkan kami tidak dapat melawat kawasan yang luas, hanya explore apa yang dipamirkandalam bangunan galeri.


Apa itu CRBR? - Crocker Range Biosfera adalah ekosistem daratan dan landskap semulajadi yang meliputi kawasan seluas 350, 354 hektar.  Telah diistiharkan sebagai Rizab Biosfera oleh UNESCO sejak 2014 dan merupakan tadahan air untuk kawasan pantai barat Sabah.


Dalam galeri, terdapat pelbagai jenis peralatan masyarakat tempatan untuk bertani, berburu dan menangkap ikan dipamerkan.


Sebahagian jenis peralatan tersebut masih digunakan hingga ke hari ini.



Antara species rama-rama yang telah diawet dan dipamerkan di sini.  Binatang awet lain turut dipamerkan seperti kancil, musang, ular sawa, unggas dan banyak lagi.


Menara tinjau di Crocker Range Park, yang berdekatan dengan bangunan restoran dan cafe.  Jika cuaca elok  bandar Keningau kelihatan jelas dari sini.


Di sini ada pusat bunga reflisia jadi boleh jumpa bunga terbesar di dunia tu, cuma kena pastikan datang ketika musim bunga reflisia berbunga (kembang).  Kami sedikit ralat sebab tak dapat saksikan fenomena tersebut sebab tempat itu di tutup sementara.  Di luar musim mereka tidak membenarkan sebarang pelawat untuk melawat, ditakuti perkembangan reflisia terbantut.
Wassalam.

Monday, 6 March 2017

Agro Tani Chalet, Pasir Pekan Kota Bahru.


Assalam...
Ini pula chalet tempat kami menginap semasa menghadiri kenduri kesyukuran di Pasir Pekan, Kota Bahru.  Tak kisah pun kalau nak duduk rumah orang kenduri, tetapi tuan rumah pula yang segan dan sediakan tempat penginapan untuk kami yang berdekatan dengan rumah mereka.  Chalet ini dalam satu bidang tanah kebun, tanah lot banglo lah kot, buat satu rumah yang ada 3 unit chalet, keliling tu mereka tanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.



Berhadapan dengan Sungai Kelantan, boleh nampak kapal pengorek pasir tu.  Sementara dataran sebelah sana tu adalah kawasan tesco dan aeon mall.


Duduk sini macam duduk rumah sendiri kat kampung, cuma saja tak takde tempat nak main masak-masak dalam chalet.  Tetapi di luar ada bekas untuk orang nak panggang-panggang, ada pernah buat bbq kot.


Unit chalet yang kami tidur tu adalah unit yang paling besar, ada ruang tamu dan set sofa di sediakan.  Sesuai jika ramai menginap dengan group yang ramai.


Faciliti yang disediakn kira asas saja lah, sesuailah sebagai tempat persinggahan sementara, untuk tidur dan berehat sekejap.  Iya lah takkan nak berumah tangga di sini kan, balik lah ke rumah sendiri.


Bilik air chalet kami yang selesa, takde masalah dengan tekanan air yang perlahan.


Dalam unit chalet kami terdapat 2 buah katil queen disediakan.  Ruang kosong masih luas sekiranya ada yang hendak membentang comforter atau tilam tambahan.


Ada notis amaran untuk penyewa chalet ye, tuan tanah tak mau bersubahat dalam maksiat.


Orang lain tak heran pun nak petik-petik sayur dan buah macam ini, lain lah kalau petik buah strawberry atau buah apple. Dapat kat kami, macam jumpa emas seronoknya menuai hasil tanaman orang.


Daripada pagar depan hingga ke chalet, penuh dengan pokok roselle kiri kanan.  Tengah sarat berbuah, ada dahan menyembah bumi sebab menampung buah yang banya.  Rasanya kalau buah dah begini, buah dah cukup matang kot untuk di petik.  Pernah makan pucuk roselle yang dibuat pais masak dengan masak ikan, sedap.


Limau pun ada beberapa jenis yang di tanam, tapi tak boleh dipetik lagi.  Antaranya limau madu ini.


Pokok terung panjang buah banyak tersembunyi dibalik daun.  Dapat petik seplastik buah terung petang tu, nampaknya banyak juga yang dah rosak tidak dipetik oleh tuan chalet.


Antara jenis pisang yang ada di perkarangan chalet, ini pisang lemak manis atau pisang 40 hari.  Kami kenal ini pisang budak sebab saiznya yang kecil.


Tinggal limau nipis dan limau kasturi yang kami tak dapat ambil, sebab rasa macam tamak sangat semua nak ambil hehehe.


Ada terfikir tak, kalau ada mesin pengisar tebu dekat situ.  Dengan pokok tebu sekali boleh jadi mangsa.  Sedapnya minum air tebu segar ketika cuaca panas lit lit. 


Nasib lah baru putik buah dokong tu, kalau tak dah kena panjat juga.


Pokok ini yang paling suka, pantang jumpa mesti nak petik.  Petang itu memang banyak sayur yang saya petik, macam menuai hasil di kebun sendiri je.  Tuan tanah benarkan kalau nak petik sayur dan buah-buahan dalam kawasan chalet, no worries.  Petiklah sesuka hati dan bawa balik ke rumah sendiri.


Mereka yang menginap di sini perlu ambil peluang, terutama yang datang bersama kanak-kanak.  Kawasan sekeliling chalet boleh jadikan kelas pembelajaran dengan mengenalkan mereka dengan tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan makanan.
Wassalam.

Tuesday, 28 February 2017

Kaktus dan kroninya....


Assalam...
Ada siapa yang mahir tentang tumbuhan kaktus tak di sini, cuba share nama-nama setiap jenis kaktus yang ada ini.  Saya tak tahu semua tumbuhan berduri begini semua panggil kaktus saja.  Kadang-kadang confius jugak, sebab ada yang bertangkai kecil dan lembut, takde duri tajam pun orang panggil kaktus.  Ini hasil cerapan semasa berjalan-jalan ke Cameron Highland baru-baru ini.  Mulanya nak cari Cactus Valley yang menempatkan kaktus terbesar dan tertua, tapi sebab tersalah jalan terjumpa tempat ini Cactus Point.



Ada orang cakap tanam kaktus ini senang tak perlukan penjagaan rapi sebab tak perlu penyiraman setiap hari.  Namun jika terbiar saja pun boleh mati juga pokok tu.


Pokok kaktus yang jenis ini agak biasa kita lihat diperkarangan rumah-rumah kampung.  Rumah mak kita pun ada tanam pokok kaktus ini, namun tidak setinggi ini.


Ada yang berduri halus seperti rambut, ada berduri tajam dan kasar.


Duri dari jenis kaktus ini agak menakutkan bagi saya, dah rupa macam cangkuk besi.






Jenis ini pun cantik, renek dan jambulnya berwarna.  Samada jambul berwarna itu dianggap sebagai bunga atau pun batang kaktus tak tahu lah.


Benih-benih kaktus dari pelbagai jenis untuk dijual.  Kami pun tak terkecuali terpikat nak membeli tak silap 6 pasu dengan harga RM10.



Kalau sebelum ini, bila sebut kaktus yang terbayang adalah duri-durinya.  Disebalik duri itu, ada beberapa jenis kaktus yang mengeluarkan bunga yang sangat cantik seperti gambar di bawah ini.





Kepada penggemar kaktus, mesti berkeinginan nak memiliki setiap jenis kan.  Kalau saya gemar tengok saja, tak reti nak jaga.  Yang beli 6 pasu hari itu pun tinggal satu pasu, macam menunggu masa saja.
Wassalam.

Sunday, 25 December 2016

Take a Break: Jom pergi kebun


Assalam..
Hujung-hujung tahun ramai ambil cuti kan sempena cuti sekolah.  Kami yang tak sekolah pun tak lepaskan peluang ambil cuti seminggu balik kampung.  Kali ini balik dengan tujuan hendak berkebun, tanam apa yang patut dari tanah terbiar tidak dikerjakan.  Plan tu macam besar sangat kan, entah macamana kejadiannya nanti. 


Tak banyak yang dapat di tanam pun, sebab pergi ke kebun bukan berhari-hari tapi cuma dapat setengah hari saja.  Baki hari-hari lain kami melencong ke tempat lain, takpe lah asal semua orang happy.  Tanam getah di tapak yang baru dibersihkan oleh jentolak.


Tanam getah tak lah sesukar mana, ambil anak pokok tu dari pada kebun sedia ada.  Nak cabut anak getah tu pun senang saja, tapi orang kena tahu anak pokok yang bagaimana yang dapat menghasilkan susu yang banyak.  Tips tu kena tanya pekebun-pekebun getah berpengalaman. Cara tanam pun kena betul, gunakan tali sebagai penanda, sebab pokok getah yang di tanam kena lurus safnya dan jarak kena sama baru cantik dan senang untuk di toreh kelak. 


Pokok getah tua sedia ada, tua-tua tapi masih menghasilkan susu lagi.  Masa sekarang ini, getah ada harga sikit, tapi kalau harga drop kesian mereka yang bergelar NGO (noreh getah orang) ini.


Kawasan kosong ini sebenarnya dah ditanam getah 4 or 5 tahun lalu.  Tapi takde rezeki, tak menjadi sebab tempat ini dulu di masuki oleh lembu.


Sementara yang lain siapkan tanam satu baris, kita rehat lah dulu bawah pokok.  Nampak tak teh ais yang tergantung tu, nyaman dan nikmatnya menghirup air sejuk tengah-tengah panas.


Semoga tumbuh subur anak pokok-pokok getah yang di tanam tu, dan sampai masa adalah rezekinya nanti.  Lepas ini kita belajar menoreh pula.
Wassalam.