Showing posts with label TK22. Show all posts
Showing posts with label TK22. Show all posts

Thursday, 28 September 2017

Syawal 1438 dan Kawan-kawan Baru


Assalam...
Kita dah berganti tahun baru hijrah ke 1439, ikut pada tajuk tu, kiranya ini cerita tahun lepas lah kan.   Dijumpakan dan dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik merupakan rezeki Allah yang tak ternilai.  Ini antara kawan-kawan baru yang kami kenal ketika sama-sama menunaikan umrah penghujung bulan mac lepas, Kami gelarkan group ini sebagai Group TK22 (ambil nama sempena nama group urmah hari tu).


Mulanya daripada group whatsApp yang dibuat oleh tour leader sebelum berangkat hari tu untuk memudahkan ahli group berkomunikasi.   Selepas balik pun still rancak menjalinkan ukhwah, setiap hari pasti ada yang akan bertanya khabar dan menyediakan kata-kata nasihat.  Akhirnya ukhwah kami masih terjalin sekembali ke tempat masing-masing.


Semasa dalam bulan syawal lepas, sempat bertamu ke beberapa rumah kawan-kawan yang tinggal di sekitar KL.  Tahniah kepada Shah dan isterinya Iz kerana rajin merangka program jalan-jalan raya ke rumah kawan-kawan.  Memulakan pertemuan dirumah beliau dahulu, kemudian kami ke Kajang rumah en. Halim dan Uzaimah.  Seterusnya kami beraya di rumah en. Jalil di Bandar Tun Razak. 


Bukan juadah raya yang disajikan oleh tuan rumah menjadi keutamaan kami, tetapi ukhwah islamiah dan dipanjangkan perkenalan dengan ahli keluarga yang lain.  Tetapi adat melayu orang datang berkunjung, tuan rumah mesti sediakan makan minum untuk tetamu. Di Kajang kami dihidangkan dengan sate kajang yang sangat sedap (sate willy kalau tak silap).  Buah sentul (ketapi) yang atas tu dah lama dicari, rezeki bertemu di Kajang (buah tangan dari Alor Star menurut Uzaimah).


Semoga berterusan dan berkembang baik ukhwah islamiyah ini demi Allah SWT, dan akan banyak lagi program pertemuan antara ahli group di masa akan datang.  Ya Allah jauhkan kami daripada sifat-sifat sombong dan tidak bersyukur atas nikmat dan ujian kurnianMu, permudahkan urusan kami dan kawan-kawan group TK22.
Wassalam.