Sunday, 5 May 2019

Take a Break: Pantai Sepat, Kuantan

Assalamm...
Sampai juga akhirnya ke pantai, lupakan pantai cantik di Baserah kita pergi yang dekat kampung Sepat ini saja.  Pantai di sini lebih landai, lebih panjang dan banyak pokok untuk berteduh.  Sebab ianya panjang jadi tidak ada masalah tentang nak berebut kawasan, parking kenderaan free dan boleh parkir di tepi kita nak berkelah.


Celah-celah pokok rhu ini cantik  untuk berfoto shoot.  Takde pengantin baru nak bergambar, pengantin tua yang tak lepaskan peluang. 


Rimbunan pokok besar dan pokok rhu di tepi pantai, jadi teduhan semulajadi kepada pengunjung.


Jika drive ke hadapan lagi ada satu tapak perkhemahan Pantai Sepat, di kawasan itu pantainya lebih luas dan landai.  Kanak-kanak nak mandi laut tak risau sangat kat sini tak macam pantai di TC agak curam dan berbahaya.


Masa nie, tengah hari rembang, sebab itu tiada siapa yang bermandi manda.  Mau rentung kulit kalau mandi juga.  Masing-masing bersantai dalam port pilihan masing-masing, tengah menikmati makan tengah hari kot.


Kumpulan budak remaja yang bawa motor sampai ke gigi air, tak kan nak basuh motor kot dengan air masin.  Entah apa motif mereka naik motor sampai ke tepi pantai.


Mood santai kami di tepi pantai Sepat jadi hambar dan terganggu selepas dapat panggilan dari kampung.  Nasib lah hari last dan nak balik dah masa tu, kalau tak ada orang muka mencuka jer nanti takde semangat.


Banyak buai macam ini kat pantai, tak perlu berebut dengan orang lain.  Kalau sangkut buai hammock kat pokok mau tidur lena kena tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa.


Laju, laju buai ku laju... buang karan jer nyanyi jika ada anak raja lalu, mau pengsan dia dengar mak enon mana pulak yang menganggu konsentrasi nak beriadah nie.

Selamat berhujung minggu, jika terasa bosan di rumah lebih baik keluar cari semangat.  Riadah boleh recharge kembali tenaga kita makin sendu.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment