nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Tuesday, 6 February 2018

Sambal Telur


Assalam...
Nak cerita sambal telur tapi tunjuk gambar lontong, ada kena mengena lah tu.  Tapi jangan cakap sambal telur hanya untuk dimakan dengan lontong saja, boleh je buat sebagai lauk nak makan dengan nasi dan padankan dengan lauk-lauk lain lagi.  Rasa-rasanya ini gambar masa bulan raya gitulah, cerita sebab bulan raya dah nak habis tapi masih tak jumpa lontong, jadi kena lah buat sendiri kan.  Sambal telur pula, kemungkinan sebab hanya itu je stok yang ada atau nak lari dari hidangan ayam (hari-hari lauk ayam, muak tau), seboleh mungkin tak nak masak lauk ayam kat rumah, namun apakan daya penggemarnya terlalu ramai.


Kali ini lari lah sikit, walau tak lari jauh sangat, tetap ada kena mengena dengan ayam, kita guna telur dia.  Saja buat keras, buat jugak dalam hati kalau hampa tak nak makan takpe, nanti aku makan seorang lah.


Sambal Telur
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
10 biji telur rebus
5 tangkai cili kering - rebus dan blend
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inc. halia 
Sedikit ikan bilis / udang kering
1 batang serai - titikkan
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 inc. belacan (jika suka) 
sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Penyediaannya
*  Telur rebus digoreng seketika hingga kekuningan,
*  Blend halus bawang, ikan bilis / udang kering dan halia. 
*  Tumiskan bahan blend hingga wangi. Masukkan serai.  Masukkan cili kisar dan belacan, tumis lagi hingga naik minyak.
*  Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa.  Masukkan bawang potong dan sesuaikan rasanya.
*  Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng terlebih dahulu.  Gaul sebati dan tumis bersama seketika. 
*  Hidangkan bersama lontong atau pun nasi putih.



Sambal telur kenenkan dengan lontong, padanan yang perfect bagi saya selain sambal sotong, sambal ikan bilis atau pun sambal ayam.  Macam tak kena kan lontong kalau takde sambal, walaupun lontong tu dah ada kuah yang sedap.


Wassalam.

Thursday, 30 November 2017

Telur Dadar Cencaluk


Assalam...
Musim hujan ini, cepat sangat rasa lapar, kalau tak ada idea nak buat lauk simple dan mudah boleh cuba yang ini.  Confirmed lepas makan, mata kuyu-kuyu layu gitu, lepas tu boleh lah tarik selimut semula.  Kita melengkau macam ulau sawah bawah selimut, tak yah susah-susah pergi panjat pagau yek.



Menu ini hasil sembang-sembang dengan uncle Phang, suatu ketika dahulu.  Macam lama sangat dah kan? memang dah lama, cerita ketika cencaluk dan budu belum masuk dalam pasaraya.  Jika nak stock kena lah kirim kepada sesiapa yang pergi ke negeri asal barang tersebut.  Dah lama juga tak dengar khabar tentang beliau sejak dia berhenti kerja di tempat lama, berhenti ketika tahap maksima yang layak untuk bekerja dan syarikat sudah tidak boleh cover insurans perkhidmatan beliau.  Moga dia sihat-sihat saja dan masih dapat teruskan hobi dia gi mengail ikan di tali air tepi bendang di Selama Perak, 



Dia tahu saya ini kaki jalan, merayap aje pantang ada cuti.  So suatu hari dia pesan kalau pergi Melaka jangan lupa beli cencaluk untuk dia.  Saya pun pelik jugak, walaupun uncle Phang itu nampak macam Cina totok utara, tapi suka pula makanan orang selatan.  Pertanyaan saya nak buat apa dengan cencaluk, maka terbongkarlah menu kesukaan beliau yang satu ini.  Sedap katanya kalau masukkan dalam telur dadar, maka cencaluk pemberian kawan yang menghuni peti ais dekat setahun itu bertukar tangan dan saya dapat resepi Telur Dadar Cencaluk.  Seperti biasa kegemaran suka peram resepi, lepas 10 tahun baru nak buat.



Telur Dadar Cencaluk
Sumber:  Uncle Phang

Bahan-bahan
4 biji telur
2 sudu cencaluk
3 biji bawang putih - hiris
2 biji bawang merah - hiris
Cili padi - hiris (sukatan ikut level pedas yang disukai)
Tomato - potong dadu
Daun sup - hiris
Bahan perasa (jika suka) 
Sedikit minyak untuk menumis


Cara Penyediaannya
*  Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul sedikit hingga sebati.
*  Campurkan semua bahan kecuali minyak dan gaul sebati.
*  Panaskan minyak di kuali atau boleh guna non stick pan.  Masukkan telur dadar dan tutupkan kuali.
*  Terbalikkan perlahan-lahan agar telur dadar tidak pecah.
*  Sajikan bila sudah masak.



Orang dapur bagi komen, sekali pandang macam frittata (takpe kita antrabangsakan sikit yang local tu).  Rasa pun not bad, sangat bagus untuk membangkitkan selera makan.  Satu lagi tips, sila masak nasi banyak-banyak ya. 
Wassalam.

Saturday, 12 November 2016

Lemak Cili Padi Telur Itik Dengan Kacang Buncis


Assalam... 
Dapat hadiah telur itik 6 biji dari rumah kenduri hari tu, nak buat telur masin macam sikit sangat nak mengolahnya.  Lama juga peram dalam peti ais, nak buat kuih pula lebih suka guna telur ayam.  Sebelum ianya rosak sebab di pindah-pindah beberapa kali, baik kita masak lemak cili padi.  Selalu kalau masak begini, telurnya tak menjadi bulat, akan pecah dan tak cantik.  Itu gara-gara sikap tak penyabor nak kacau.



Lemak Cili Padi Telur Itik Dengan kacang Buncis
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
4 biji telur itik
10 batang kacang buncis
1 kotak kecil santan
3 cawan air
20 biji cili padi*
Kunyit hidup*
2 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
1/2 inc halia*
asam keping
Garam dan serbuk perasa


Cara Penyediaannya
* Tumbuk lumat bahan bertanda "*"
* Campurkan santan dengan air dalam periuk.  Masukkan bahan tumbuk dan asam keping, didihkan dengan api sederhana.
* Pecahkan telur dalam mangkuk atau pinggan sebiji.
* Tuangkan telur yang dalam mangkuk ke dalam kuah santan perlahan-lahan.  Pecahkan ke dalam mangkuk sebiji dan tuang ke dalam kuah demi sebiji sehingga habis.
* Biar mendidih perlahan dan jangan kacau hingga kuning telur keras.
*  Masukkan garam dan serbuk perasa.  Masukkan kacang buncis.
* Didihkan sekejap dan sesuaikan rasa. Tutup api.
* Sebaiknya kacang buncis dimasak sekejap sahaja dan tidak sampai layu. 


Note - berjaya bersabar dan tidak mengacau sampai telur pecah.  Next time nak cuba try test guna telur masin pula.
Wassalam.