Wednesday 29 January 2014

Semangat Laskar Pelangi...

Assalam....
Laskar Pelangi, bukanlah novel baru dalam pasaran.  Cerita ini dah beberapa tahun dekat ke satu dekad, sudah diadaptasi ke filem dan jugak dipentaskan di lantai teater, kalau tak silap penyanyi terkenal Siti Nurhaliza berlakon sebagai bu Muslimah (Cikgu kepada Laskar Pelangi).  Tetralogi lengkap novel ini terdiri daripada 4 buku semuanya iaitu Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Mariamah Karpov.  

Novel yang memberi kesan sangat mendalam kepada minda dan semangat untuk menuntut ilmu pada zaman serba kekurangan.  Terasa ia mengimbas kembali zaman persekolahan kita dulu-dulu.  Bila membaca novel ini jiwa akan sentiasa terusik dengan lawak jenaka, kesedihan dan informasi yang padat.  Novel ini berada pada tahap dan kelas yang tersendiri sehingga ia telah di terbitkan di 20 buah negara termasuk Malaysia.  Garapan terhadap kisah dan peristiwa diadun secara santai  dan bersahaja namun penyampaian mesej serta pengajaran yang terlalu bernilai berbanding dengan kisah cinta yang terdapat dalam novel picisan arus perdana.  Tahniah kepada penulis Andrea Hirata yang dikurniakan ilham oleh Allah swt untuk menghasilkan karya yang begitu bermutu sekali.

Wassalam.

Bantal Craft Felt Yang Cantik....

Assalam...
Macam cantik jer, cam lawa jer, memang lawa dan cantik pun.  Ini salah satu hiasan hasil kerja tangan-tangan kreatif menggunakan felt craft.  Apa tu felt craft, saya pun tak tahu sangat nak cerita, tapi yang pasti meterial yang digunakan tu namanya felt fabric.

Mula-mula terpandang akan bantal ini ketika berkunjung ke rumah sabahat Mulia.  Ini antara hasil kerja murid-murid sekolah pendidikan khas, tempat sahabat Mulia berkhidmat tu.  So sambil kita membeli boleh jugak kita menolong anak-anak istimewa ini.  Pahala besar kalau tolong kanak-kanak istimewa ini.

Bantal hiasan ini boleh letak kat mana-mana yang anda suka, dalam kereta atau sebagai hiasan di sofa.  Kalau nak buat bantal betul-betul pun boleh, tapi sayanglah kan kalau dah kena lenyek oleh kepala nanti dah tak cantik.  Pada sesiapa yang nak tempah boleh contact nombor ini 012-7294459 atau Sekolah Pendidikan Khas Taman Perling Johor Bahru.
Wassalam.

Seminar and Workshop Halal

Assalam...
Semalam cheq kena attend seminar Halal, Malaysian Halal Certification, Standard and Auditing tajuk seminar tu yang diadakan di Matrade Kuala Lumpur.  Company cheq antaq sebab nak refresh balik minda berkenaan halal haram ini, sebelum ini memang banyak kali dah attend dan berurusan dengan pegawai audit dari Jakim mahupun JAIN.  Alhamdulillah baik kan company cheq, nak bagi cheq ngan yang lain betul2 faham berkenaan halal haram dalam industri makanan.  
Pergi 3 orang jer, yelah nak angkut semua, mahal tu kos RM780 seorang, mula tu company antar nama cheq dengan sorang chef, tapi yang seorang lagi minta nak ikut sebab dia yang banyak buat paperwork and documentation untuk urusan permohonan.
Workshop tu sehari jer dengan pembentang kertas kerja 3 orang, pakar2 dan berpengalaman banyak semua berkenaan halal standard yang Malaysia amalkan.  Antara intisari seminar adalah konsep halal haram dalam industri makanan, halal standard Malaysia MS1500:2009, kritikal ramuan dalam pemprosesan makanan, permohonan online dan pematuhan halal audit.  Yang menyertai seminar ini adalah peserta dalam dan luar negara yang mana terlibat secara langsung dalam pemantauan sijil halal syarikat masing. 
Wassalam.

Sunday 26 January 2014

Jom Gi Cari Ilmu...

Assalam...
Mari kawan-kawan petang ini kita pergi kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus tempat dan masa seperti dalam gambar ye.  Pada siapa yang tinggal berdekatan jangan lepaskan peluang ye, datang ramai-ramai bawa kawan-kawan, ahli keluarga semoga kita mendapat manfaat bersama...
Wassalam.

Kekangan Mencari Teduhan Kasih....

Assalam...
Mencari sebuah rumah idaman mengikut kemampuan terasa satu beban yang begitu menghimpit kebanyakkan warga kota yang kebanyakkannya tinggal menyewa. Kenyataan ini tidak merujuk kepada golongan yang taraf ekonomi tinggi tetapi lebih kepada mereka yang tergolong dalam kategori berpendapatan rendah hingga sederhana.


Bila nak beli rumah macam ini dikategorikan sebagai tak layak, over income.  Rumah begini lebih dikhaskan untuk mereka yang memang tergolong dalam miskin bandar dan mereka yang berasal daripada kawasan setinggan. Yang berminat perlu berdaftar pada Setiausaha Perumahan Kerajaan Negeri masing-masing.  Banyak benor birokrasinya, nak tunggu nasib kena undi urmp entah bila.

Kalau yang macam ini pula, tak layak juga income tak mencukupi.  Kalau yang dapat pun sebab buat adjustment salary slip, tetapi kemudian hari dihimpit beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa mengikat perut anak bini. 

Di bawah ini tinjauan terhadap tambahan pembangunan perumahan di kawasan perumahan sedia ada.  Harga bermula dengan RM238k dengan size 22x65 kaki persegi. 

Kawasan ini bukan terletak di dalam kawasan bandar.  Sudah pasti sistem pengangkutan awam amat terhad.  Jarak dan masa perjalanan untuk ke tempat kerja di bandar lebih kurang 45 minit hingga 1 jam dalam keadaan traffik lancar.  Jika mengira kesesakan pada hari-hari kerja, penambahan sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam perlu dimasukkan dalam merancang perjalanan setiap hari.  Bukan itu saja tambahan perbelanjaan untuk minyak dan tol perlu difikirkan.

Kekangan utama yang perlu dihadapi adalah dari segi kewangan, harga rumah yang terlalu tinggi, lokasi rumah dengan tempat kerja, dan karena untuk mendapatkan pinjaman perumahan.  

Untuk berada di kawasan yang hendak dibangunkan ini, semua rumah mampu milik berupa apartment telah habis terjual.  Jualan dibuat secara undian kerana terlalu ramai yang berminat, sehingga hari pembukaan untuk jualan mereka sanggup beratur hingga ke tepi lebuhraya.

Impian untuk menduduki rumah atas tanah seakan hanya angan-angan mat jenin. Sekiranya ada pun di jeruk mana, pemaju lebih berminat membina rumah kos tinggi seperti semi-d dan banglo yang rata-rata harga bermula daripada 400k ke atas.
Wassalam.

Friday 24 January 2014

Berjinak-jinak Dengan Ilmu

Assalam...
Antara petikan kata dari Prof Dr. Muhaya "Betapa ramai orang yang sakit berjuang untuk meneruskan kehidupan. Jika tujuan hidup bukan untuk menjadi hamba Allah dan mencari redha Allah alangkah sia sia. Jom sesiapa yang ada penyakit fizikal tentukan tidak ada penyakit iman dan masih degil dgn perintah ALlah. Setiap hari lihat tingkah laku kita ke arah neraka atau syurga. Lihat pakaian kita ibadah dan akhlak kita. Jom audit..."

Ini adalah antara petikan kata-kata nasihat yang disampaikan oleh Prof Dr. Muhaya semasa menghadiri kuliah magrib di Masjid At Taqwa Subang Permai Shah Alam pada hari selasa lepas. Majlis ini dipengurusikan oleh Ustaz Roslan dan berlangsung selama satu setengah jam.  Kaum hawa seakan mendominasi suasana malam itu dengan bertanyakan pelbagai soalan yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan.  Jemaah lain jugak tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kata-kata inspirasi daripada Prof.  Semoga semua jemaah yang hadir mendapat redha dan rahmat Allah swt. 
Wassalam.

Kukup - Tanjung Pia, Penghujung Benua Asia.

Assalam....
Hasrat hati nak menjejakkan kaki ke penghujung benua Asia.  Kesempatan pada petang itu tidak dilepaskan, kami bertolak dari rumah yang terletak di kawasan Johor Bahru Tengah lebih kurang jam 5 petang. Terpaksa meninggalkan kenduri yang masih meriah, sorry shabatku.  Yang ikut serta bersama kami adalah 3 orang budak kecik, mereka sebenarnya yang beriya-iya nak ikut sebab nak pergi tengok monyet kata mereka.

Perjalanan agak slow ketika hendak memasuki kawasan Pekan Nanas.  Volume traffik tinggi manakala jalan yang sempit.  Ini merupakan jalan utama yang menghubungkan Skudai ke Pontian.


Dah sampai wilayah Kukup, merupakan kawasan yang termasuk dalam daerah Pontian.  Kami menuju ke Terminal Feri Kukup terlebih dahulu sebelum ke Tanjung Piai.

Jumpa replika udang besar ini,  mungkin sebagai simbolik bahawa Kukup tempat untuk menikmati makanan laut.

Terminal Feri Antarabangsa Kukup dah tutup petang itu.  Terminal feri ini mengendalikan penumpang dari Malaysia ke Indonesia mahupun sebaliknya di Tanjung Balai Pulau Karimon dan Batam.

Bila senja berlabuh, ramai pengunjung yang datang ke sini untuk menikmati makanan laut.  Di Sebelah kiri deretan kedai yang menghala ke terminal adalah merupakan restoran makanan laut.

Salah satu restoran yang berdekatan terminal feri di Kukup.

Senario senja di sini sangat cantik, dilatari dengan rumah atas air yang terdiri daripada penempatan nelayan dan restoran makanan laut.

Kebiasaan bagi kawasan yang menjadi tumpuan atau menerima pengunjung daripada luar, terdapat kedai yang menjual pelbagai cenderahati turut ada di sini.

Mata melilau sejenak mencari sekiranya terdapat cenderahati khas Kukup, namun tiada.  So decide to move fast to Tanjung Piai pulak.

Kerana hari dah malan kami hanya mampu sampai ke sini, hajat nak ke National Park yang ada monument Penghujung Benua Asia tak kesampaian.  Kesian budak-budak ni nak tengok monyet tak dapat.  Hari dah malam, monyet seme dah masuk tidur.....hehehehe.

Sebagai pengubat kehampaan, ajak budak-budak ini tengok kerdipan lampu negara seberang di beranda restoran resort sambil ambil gambar.

Restoran yang ada memang dibuka setiap hari dan malam untuk pengunjung yang datang untuk menikmati makanan laut.

Deretan cahaya lampu yang dilihat di belakang resort adalah cahaya lampu negara Singapura. 

Steady ye Hariz....

Muka-muka yang hampa tak jumpa monyet di Taman Negara Tanjung Piai.  In Sha Allah, lain kali kita datang lagi yekk...kita datang sebelah pagi dan boleh jalan lama-lama.
Wassalam.

Akibat Kurang Waspada..

Assalam...
Apalah punya careless Mulia ini, nasib baik tak meletop perkakas kat dapur sebab kesilapan menggunakan extension socket.  Perkakas meletop takpe, kalau kena kat orang, litar pintas atau kejutan elektrik ke, kan naya, tak pasal2 ada jadi.......nauzubillah..

Masa beli extension tu Mulia ingat kena ada 2 badan yang certified Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.  Takdelah kata nak pilih yang murah aje, ingat pasal keselamatan jugak, masa belek-belek itu cop 2 badan tu ada.  So Mulia pun fikir ok....lulus boleh beli.

First guna ok, cuma perasan kabel panas mungkin kabel itu tidak cukup tebal.  Kedua kali pun ok....bila kali ke-3 nak on, dengar bunyi teekk...semua black out...cek punya cek, dari mana punca yang black out ini.  Terpandang sticker ini melekat elok di extension socket ini.
Wassalam.

Thursday 23 January 2014

Kenduri Pindah Rumah Baru....

Assalam....
Apakah perasaan apabila seseorang sudah mendapat kunci rumah sendiri?...itulah soalan yang selalu ditanya pada mereka yang telah berjaya membeli rumah,  walaupun pada hakikatnya rumah tersebut masih belum lunas pinjaman dengan bank. 

Berjaya memiliki rumah besar atau kecil mengikut kemampuann membawa makna yang cukup besar terutama mereka yang telah lama menduduki rumah sewa atau menumpang dengan keluarga.  Begitulah halnya seperti yang sahabat Mulia lalui, berulang kali beratur dan berebut dalam jualan lelong akhirnya rezeki memiliki rumah idaman telah termakbul.

Kenduri doa selamat ini sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rezeki dari allah swt.  Kesempatan ini juga digunakan sebagai langkah suai kenal dengan jiran tetangga dan ajk rukun tetangga kawasan perumahan tersebut.

Majlis petang itu diadakan sebelah petang selepas zohor dan dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh tetamu lelaki.

Antara jemputan tuan rumah pada majlis kenduri ini selain adik-beradik dan kaum keluarga adalah, rakan sekerja, jiran tetangga dan tak lupa sabahat handai.

Selesai bacaan tahlil  dan setelah doa diaminkan, so jemputlah semua menjamu selera.

Tuan rumah telah menyajikan pelbagai menu petang itu untuk tetamu mereka.  Wah bakar-bakar pun ada, antara menu yang disajikan...

Ayam Goreng Berempah

Lemak Labu Daun Kemangi

Lamb Chop & Black Papper Sauce

Ikan Bakar Terubuk / Cencaru bersama sambal kicap

Ulam-ulaman

Ikan Masin & Sambal Belacan

Bubur Merah

Turut disajikan roti jala & kari ayam, bun, kek (chiffon, coklat, sarang semut, minyak, bahulu, cream puff), tapai ubi / pulut dan kuih muih (seri muka, karipap, kuih talam, koci) dan banyak lagi.  Kebanyakkan kuih adalah sumbangan adik beradik yang datang.
Rumah baru atau rumah lama yang dibeli, ianya tetap akan melahirkan perasaan teruja memiliki sesuatu yang baru.
Wassalam.