nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Monday, 18 March 2013

LAROUSSE GASTRONOMIQUE....AL-KITAB SI TUKANG MASAK

nasamulia
LAROUSSE GASTRONOMIQUE

nasamulia
Buku terbitan hamlyn yang didatangkan khas berserta dengan holder begitu istimewa sebagai bahan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam bidang kulinari ataupun kepada sesiapa sahaja yang berminat akan bidang ini
NASAMULIA
Lihat saja ketebalan buku ini, ianya membari gambaran betapa padat kandungannya berkenaan fakta dan informasi dunia masakan


ASSALAMUALAIKUM,
Dalam mengenali sesuatu perkara yang di atas muka bumi ini, Mulia suka nak bertanya apakah sumber rujukan yang menjadi dasar atau fundamental yang dijadikan asas atau garis panduan.  Untuk mereka yang bergelar si tukang masak profesional ataupun bukan inilah sumber rujukan yang perlu dimiliki.
Buku ini asalnya diterbitkan di dalam bahasa Perancis dan telah di alih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris.  Naskah yang Mulia miliki ini adalah dalam Bahasa Inggeris,  namun istilah asal yang original daripada bahasa Perancis masih dikekalkan dan turut diberi penerangan. 
nasamulia
Ilustrasi jenis-jenis pasta
Ilustrasi dan gambar yang menarik memberi gambaran yang sebenar, amat baik bagi si biginner's.
nasamulia
Gambar pelbagai jenis berry, sesuai untuk Mulia yang tak pernah keluar negara dan hanya mengenal buah-buahan tropika
nasamulia
Penerangan untuk setiap istilah yang digunakan
Hulalla - Macaroon pun ada? Fulamak Cookies ini sejak zaman Renaissance lagi, tapi kat Malaysia baru-baru ini jer menjadi famous..
Yang paling menarik minat Mulia, adalah sejarah sesuatu makanan, bagaimana ianya ditemui dan evolusi sehingga ke hari ini.
nasamulia
Peta yang menunjukkan lokasi pembuatan Wine berdasarkan jenama dan pengeluar yang terdapat dipasaran dunia.
nasamulia
Buku yang menjadi bahan rujukan utama oleh chef-chef terkenal dunia seperti Chef Gordon Ramsay
nasamulia
LAROUSSE GASTRONOMIQUE - boleh didapati daripada Galeri Buku Kinokuniya, KLCC dengan harga RM220.00, jangan jadikan harga sebagai halangan untuk memperolehi ilmu yang bermanafaat.
Wassalam.
 

Friday, 15 March 2013

Masak Hitam Makanan Warisan Suku Kaum Suluk

Sup Daging Hitam Makanan Tradisi Suku Kaum Suluk


Assalamualaikum wbt semua,
Hanya satu kebetulan, N3 Mulia kali ini tiada sebarang kaitan dengan isu yang sedang berlaku di Sabah ketika ini.  Pepatah Melayu mengatakan “lain padang lain belalang, lain orang lain budayanya”.  Inilah yang berlaku kepada keluarga sepupu Mulia yang telah berkahwin campur dengan suku kaum Suluk di Sabah.   
Yang Mulia tahu, suku kaum ini merupakan nelayan yang mahir dan mendiami kawasan pulau-pulau dan persisir pantai di Sabah mahupun Filipina.  Sumber protein mereka kebanyakan daripada hasil laut iaitu ikan.  Kalau di Sabah, suku kaum Suluk terkenal dengan menu Ubi Kayu Kukus yang dimakan bersama Ikan Rebus.  Ubi kayu akan diparut dan diperah untuk mengeluarkan jusnya. Kemudian ubi tadi dikukus bersama garam.  Ubi kayu boleh dikatakan sebagai makanan ruji suku kaum suluk sebagai mengantikan nasi seperti menu utama orang melayu.
Namun baru-baru ini, Mulia telah mengenal satu lagi menu istimewa suku Suluk iaitu Sup Daging Hitam, warna, rasa dan baunya sangat unik.  Menu ini disediakan oleh mak mertua kepada sepupu Mulia ketika majlis cukur jambul anak meraka.  Mula2 tu Mulia sangkakan sotong masak hitam, sebab keluarga Mulia memang selalu masak sotong dengan dakwatnya sekali.  Sekali pandang macam letak arang pun ada.  Warna hitam datangnya daripada isi kelapa yang di bakar sehingga rentung dan dihancurkan yang kemudian dicampurkan ke dalam sup tersebut.
nasamulia
Ramuan memasak menu ini hanya menggunakan bahan2 seperti, bawang, halia, lengkuas dan kelapa tanpa sebarang rempah.
In Shaa Allah, Mulia akan mendapatkan resepi dan cara menyediakan resepi ini kelak dan boleh dikongsikan dengan kawan-kawan.
Wassalam.

Panorama dari Teratakku

nasamulia
Pandangan ke arah hadapan dari ruang tamu, jelas kelihatan 2 menara yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.


Assalamualaikum,
Snap sana, snap sini dan inilah hasilnya, boleh pulak dijadikan N3 dlam blog...ini bukanlah aktiviti yang termasuk dalam senarai yang patut Mulia dilakukan ketika di rumah.  Sekadar suka-suka untuk melihat keadaan ketika itu, disuatu hari yang agak berjerebu sedikiit pada hujung minggu, waktunya ketika tengah hari.  
Sekadar merakam peristiwa, mungkin suatu hari pemandangan ini tidak akan kelihatan atau mengalami perubahan.  Tiada siapa tahu mungkin selepas 10 tahun atau 20 tahun ataupun kekal seperti keadaan hari ini.
nasamulia
Pandangan ke arah Plaza Tol Damansara, ketika ini lengang, tidak banyak kenderaan berbandaing pada hari bekerja, mula sesak sejak jam 6.30 pagi.

nasamulia
Fokus kepada Menara Berkembar Petronas - KLCC
nasamulia
Ini Pulak pandangan ke arah Merana Kuala Lumpur, tak jelas sangat sebab keadaan yang berjerebu dan kamera yang  kurang canggih.
nasamulia
Nusery yang terletak di seberang jalan, kelihatan pekerja nursery sedang memberi penerangan kepada pelanggan - mungkin berkenaan pokok hiasan?
nasamulia
Replika rumah kayu yang menarik perhatian yang boleh dijadikan sebagai salah satu hiasan landskap taman, bagi mereka yang berumah di atas tanah boleh lah dan pada kami yang mendiami rumah seperti sangkar burung di atas awan, sekadar memandang.
nasamulia
Ini ketika asyik merakam gambar, tiba-tiba bas ini lalu, so just snap jer.
 Wassalam...