nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Inovasi Suamiku. Show all posts
Showing posts with label Inovasi Suamiku. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

Mee Kari Ala Che Abe...


Assalam...
Badan lesu kurang bermaya balik kerja, tiba-tiba dapat booster energy bila nampak makanan penuh meja sudah terhidang.  Tambahan bonus lagi bila menu itu adalah makanan kegemaran.  Oh ini sudah bagus, tinggal basuh tangan tarik kerusi dan makan saja.  Jangan lupa baca bismillah.



Sesekali buat kejutan begini kan best.  Mudah sangat cair kan, belanja makan sikit mood happy gila.  Tak perlu belanja mahal-mahal pun senyum sampai ke telinga kita.  Lagi satu legah sebab hari itu kita tak perlu masuk dapur.  Selesai makan tambahan mangkuk kedua, makanan tu masih berbaki banyak lagi.  Risau macamana nak menghabiskannya, rupa-rupanya en.Abe dah plan  nak agih-agihkan kepada adik-beradik yang di PJ, TTDI dan Klang.  Alhamdulillah sesekali dapat merasa dia masak dan lepas makan kita ronda-ronda hantar mee kari.
 



Mee Kari Ala Che Abe
Sumber: Nasa


Bahan-bahan
Mee kuning / bihun / koay teow (celur bila gunakan bihun, sementara untuk koay teow dan mee, basuh)
Sawi - potong dan celur
Telur rebus
Tahu - goreng dan hiris
Fish ball
Fish cake - hiris
Isi ayam / daging - rebus dan hiris nipis
Taugeh
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Daun sup - hiris
Bawang goreng
 

Bahan-bahan untuk Kuah
Serbuk kari ayam
Tulang ayam
Taupok
Daun kari
Bawang putih*
Bawang merah*
Serai*
Sedikit lengkuas*
Sedikit halia*
Udang kering*
Santan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa






Cara Penyediaannya
* Blend halus bahan bertanda "*" untuk kuah.
* Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga wangi.  Masukkan serbuk kari dan tumis hingga rempah naik minyak.
*  Masukkan air, tulang ayam dan daun kari, rebus hingga empuk.
*  Tambahkan tau pok, santan dan garam, didihkan seketika.
*  Sesuaikan rasa kuah dan tambahkan dengan serbuk perasa kegemaran.
*  Sendukkan mee, dan bahan-bahan pelengkap lainnya ke dalam mangkuk.  Kemudian tuangkan kuah ke atas mee tadi.




Tiada alasan untuk tidak mencuba mee kari ini, tak nak mee kuning, makan dengan koay teow, tak suka koay teow boleh makan bihun pula.  Nak campur ketiga-tiganya sekali pun boleh.



Alhamdulillah, licin pinggan saya makan.  Lain kali masak lagi ye Abe.
Wassalam.

Sunday, 16 October 2016

Kari Kepala Ikan Salmon


Assalam...
Faveret en.Abe lauk kari-kari ini, mana mai darah mamak tu tak tahu lah.  Sebab dia gemar sangat makan kari, jadi biar dia jer yang masak.  Bukan nak mengelat tapi kita memang tak pandai masak kari.  Tak pandai nak balance kan rasanya, selalu sangat dah rasa kari jadi pahit.  Mungkin sebab tak berapa nak masuk makan kari jadi tak tahu macamana standard sedap untuk kari.




Ikutkan saya masak asam pedas atau steam kan saja kepala ikan tu.  Ayik selere kita saja nak diikut susah jugak kan.  Nanti ada yang makan hati berulam jantung walhal makan nasi berlauk kan ikan salmon.  Jomlah tengok resepi mudah ini.
 



Kari Kepala Ikan Salmon
Sumber: En.Abe


Bahan-bahan
Kepala ikan salmon - belah dan bersihkan
3 sudu serbuk kari ikan campur sedikit air untuk buat paste
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 biji tomato - belah empat
1 biji cili besar - belah dua
4 biji kacang bendi
Sedikit halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa secukupnya


Cara Penyediaanya
* Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan halba campur.
* Masukkan kari paste dan tumis hingga masak / naik minyak.
* Masukkan air asam jawa, dan tambahkan air (ikut banyak pekat kari yang kita nak) biar mendidih.
* Masukkan kepala ikan, tomato, cili merah dan tomato.
* Perasakan dengan garam dan gula.  Didihkan seketika hingga kepala ikan dan sayur empuk.
*  Sesuaikan rasa dan tutup api.  

Selamat mencuba.
Wassalam.

Monday, 13 June 2016

Ayam Panggang Paprika Ala Che Nasa


Assalam...
Iftar hari ke-7, masih amalkan konsep berbuka puasa dengan apa yang ada, masak apa saja stock yang ada di dalam peti ais.  Walaupun hari ini sama-masa bercuti, hanya duduk di rumah membuat sedikit spring cleaning selebihnya berehat.  Niat nak siapkan sedikit kerja ofis yang dibawa balik tak menjadi, esok sajalah.


Menu ini pun dah dekat nak berbuka baru terlintas nak makan apa, mula-mula itu nak buat nasi goreng saja sebab ada lebihan nasi masa bersahur subuh tadi.  Sebab dia nak masak, kita pun minta yang mudah saja, kalau boleh hidangan sepinggan lengkap kata orang.  Kalau masak nasi mesti nak fikir masak lauk pauknya lagi kan.  So terlahirlah menu ayam panggang ini, letak ubi kentang dapat menggantikan nasi.  Sebab tiada herb segar, jadi berlari sebentar ke jaya grocer (untung ada supermarket orang kaya dekat rumah orang miskin, senang nak dapatkan benda tok nenek depa) dan capai sebungkus bun yang boleh dimakan bersama ayam panggang. 


Ayam Panggang Paprika Ala Che Nasa
Sumber: Nasa
 
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam 
Kentang (potato chart) 
Carrot
Bawang holland
Tomato
Rosemary segar
Thyme segar
Minyak zaitun

Bahan Perasa
Serbuk paprika*
Serbuk lada putih*
Serbuk lada hitam*
Garam*
Oregano*
Tyme*
Basil* 
* campurkan semua bahan, kuantiti bahan adalah serba sedikit dan agak-agak secukup rasa.


Cara Penyediaannya
* Panaskan oven 180'C dan sediakan loyang untuk memanggang.
* Potong sayur-sayuran dalm bentuk kiub besar.
* Letakkan ayam yang telah dilumur dengan minyak zaitun ke dalam dulang pembakar.
* Letakkan potongan sayur-sayuran di sekeliling ayam.
* Lurutkan daun thyme dan rosemary segar dan tabur di atas ayam.
*  Akhir sekali taburkan campuran bahan perasa ke atas ayam dan sayur-sayuran.
*  Bakar ayam selama 45 minit atau sehingga masak.



Jika hendak menyediakan untuk ahli keluarga yang ramai, bolehlah gunakan seekor ayam.  Cuma tambahkan kuantiti sayuran dan bahan perasa.  Sayur lain seperti labu, terung panjang boleh digunakan kalau nak ganti carrot atau ubi kentang.
Wassalam.

Friday, 1 May 2015

Laksa Goreng Ala Thai Abe Nas

Assalam...
Laksa goreng ini menu kegemaran en.Abe,  mula-mula pelik jugak laksa di goreng, saya biasa makan laksa dengan sup tu saja.  Sebab ini menu dan sentuhan terbaik dia, jadi bagilah dia masuk ke dapur dan masak sendiri, saya tolong makan aje nanti.  Dulu pernah dah buat yang goreng letak seafood dan kicap di sini.   Kali ini tukar sikit nak bagi rasa yang berlainan, bosan ah asyik dengan rasa yang sama.
 

Laksa Goreng Ala Thai 
Sumber: Abe Nas

Bahannya
1 paket laksa segera
Isi ayam
2 biji telur
5 ulas bawang putih- dadu
1 biji bawang holland - dadu
1 biji cili merah - hiris
1 bunga kantan - hiris

1/2 sudu cili boh
1 biji tomato - hiris halus
2 batang serai - hiris halus
Cili padi - hiris
1 helai daun limau perut - hiris
Limau kasturi

Daun ketumbar - hiris
Garam, gula dan perasa 
Minyak untuk menumis

Penyediaannya
*  Tumiskan bawang hingga layu.  Masukkan cili boh, serai, daun limau purut, bunga kantan dan cili padi.
* Masukkan isi ayam, tumis hingga masak dan masukkan telur.
* Masukkan laksa, hirisan tomato, cili merah dan daun ketumbar, gaul sebati.
* Tambahkan garam, gula dan sesuaikan rasanya.
*  Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar dan limau kasturi. 

Selamat berhujung minggu dan bercuti panjang you all.  Petang kejap lagi kami nak pergi cuti-cuti, you all plan ke mana pula?
Wassalam.

Friday, 17 April 2015

Kari Telur Berpetai.

Assalam...
Masakan dari dapur en.abang, kadang saya boleh layan kadang tak boleh nak terima.  Dia gemar makan kari, dah rupa gaya mamak boleh hirup-hirup kuah kari gitu.  Kalau hati dah suka, semua benda nak dikarikan, tengok ajelah menu kari telur berpetai dia ini.


Kari Telur Berpetai
Sumber: Abe Nas


Bahannya
5 biji telur
Sedikit isi petai / petai papan
2 biji ubi kentang - dadu
1 biji bawang holland - hiris
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Daun kari
2 sudu serbuk kari campur sedikit air untuk buat paste.
1/2 sudu cili boh 
2 cawan air
Secukupnya garam dan gula
Minyak masak


Penyediaannya
* Rebus telur dan bersihkan dari kulit.  Jika rajin boleh goreng sekejap.
*  Tumiskan hirisan bawang putih, merah hingga layu.  Masukkan cili boh, tumis lagi hingga garing.
* Masukkan kari paste, dan masukkan sedikit air, tumis dengan api perlahan hingga kari masak.
* Masukkan air kalau nak kuah cair boleh tambah.  Masukkan ubi kentang, bawang holland.
* Bila ubi dah empuk, masukkan telur dan petai.  
* Perasakan dengan garam, gula dan perasa pilihan.
 
Masa makan saya cuma kutip petai, kentang dan telur saja, kuah kari nehi, nehi, nehi babooji.
Wassalam.

Sunday, 18 January 2015

Acar Tumis Nanas Daun Kemangi

Assalam....
Resepi acar tumis simple dan mudah ini adalah hasil inovasi dari en.Abe.  Bila dia dapat peluang memasak, macam buat eksperimen pulak dengan bahan-bahan yang digunakan.  Kadang saya rasa macam resepi tak masuk akal pun ada yang terhasil.  Kalau saya pasti akan masak yang biasa-biasa, yang pernah dimasak atau memang tahu hasilnya bagaimana.  Tiada inovasi dan tak kreatif jauhlah untuk menderhaka kata orang.  Tetapi selalu bila makan hasil air tangan beliau, baru tahu rasanya, boleh jer semua masuk tekak.  Setakat ini belum ada pun lagi yang menjadi rezeki tong sampah.


Acar Tumis Nanas Daun Kemangi
Sumber: Abe Nas

Bahannya
1 biji nanas - potong kecil
1 batang lobak merah - potong panjang
1 tangkai daun kemangi
1 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 biji cili padi (optional)
1 sudu sos ikan 
2 sudu cuka
garam
gula
bahan perasa
sedikit minyak

Penyediaannya
*  Tumiskan bawang putih, merah dan besar hingga layu.
*  Masukkan lobak merah, sos ikan dan cuka.
*  Masukkan nanas, garam, gula dan perasa.
*  Gaul dan sesuaikan rasa.  Tak perlu masak lama tutup api dan masukkan daun kemangi.


Rasanya yang masam manis ditambah dengan aroma daun kemangi menjadi kelainan berbanding dengan acar lainnya.

P/s - saya lebih suka merata acar ini dari makan bersama nasi mungkin sebab dah set dalam kepala otak makan nasi kena ada rasa pedas, sama halnya dengan sambal yang diletakkan tempoyak.  
Wassalam.

Wednesday, 14 January 2015

Burger Special Abe Nas...

Assalam...
Ada satu stall burger di Meru yang betul-betul sedap burger dia.  Setiap kali lalu jalan tu dan stall buka memang tak lepas peluang mesti singgah pekena burger.  Stall tu terletak di hadapan kedai tomyam dan tepi jalan Meru ke Kapar.  Kadang frust jugak bila lalu tak kena masa sesuai stall belum buka atau dah tutup.  Bilamana keinginan nak makan burger tak dapat dipenuhi oleh stall burger di sekeliling termasuklah fast food restoran, beginilah jadinya.  Rasa-rasa nak buka stall burger sendiri yang limited edition, sendiri order, sendiri bikin, sendiri makan.
En.Abe lah yang mulakan...pertama kali buat 3 set burger untuk 2 orang, untuk kali ke-2 buat 6 set untuk 3 orang.  Konon-konon budget untuk seorang kena makan dan habiskan 2 set.  Ada unsur tamak haloba di situ, masing-masing tengah lapar, membuak-buak perasaan nak makan sebanyak-banyaknya.

Burger Special
Sumber: Abe Nas

Bahannya
Burger parties daging / ayam / ikan
Burger bun
Bawang holland - hiris nipis
Chesee slice
Tomato - hiris nipis
Telur
Daun salad
Mentega
French fries
Sos special - campuran sos cili, mayonis & mustard

Penyediaannya
*   Toast burger parties atas fan dan balik-balikkan hingga masak.  Boleh guna sebarang brand kesukaan (abang ramli atau abang azmi).  Celupkan burger ke dalam sos lada hitam, ketepikan.
*  Potong dua bun, sapu mentega pada bahagian yang dibelah tadi dan toastkan atas fan seketika dan ketepikan.
*  Dengan gunakan fan yang sama - pecahkan telur, ratakan cukup untuk membungkus daging burger.  
*  Letakkan hirisan bawang atas telur, diikuti dengan hirisan cheese, daging burger yang telah dicelup ke dalam sos lada hitam kemudian bungkus dengan sempurna.  Kalau tak suka telur, skip step ini, terus susun daging yang dah dicelup sos lada hitam pada bun.
*  Lapiskan sayur pada burger bun (daun salad, tomato, bawang), daging burger dan paipkan sos special.
*  Hidangan bersama dengan kentang goreng dan nikmati ketika panas-panas.

Seeloknya sediakan sos lada hitam terlebih dahulu sebelum mulakan buat burger ya.  Semak resepinya.


Sos Lada Hitam
1 biji bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
sedikit mix herb
3 sudu lada hitam kisar
2 sudu brown stock / brown sauce (guna yang instant saja)
Roux - egen pemekat (campuran tepung gandum & minyak masak)
Sedikit mentega
1 helai bay leaf  
Garam dan perasa
Air secukupnya.


Penyediaannya 
*  Cairkan mentega, tumiskan bawang besar, putih hingga layu.
*  Masukkan mix herb, bay leaf dan air.
*  Masukkan lada hitam kisar, brown stock dan gaul rata.  Tunggu seketika hingga mendidih baru masukkan roux.
*  Kacau sos sepanjang memasukkan roux untuk mengelakkan sos berketul.  Teruskan mengaul hingga terbit letusan-letusan kecil.
*  Sesuaikan dengan rasanya dan keluarkan bay leaf sebelum digunakan.
*  Sos juga sesuai dihidangkan bersama menu bbq. 

Penamatnya seorang jer dapat habiskan 2 set, yang lain lepas selesai set pertama, dah angkat tangan kekenyangan terus tebongkang.  Tapi puas hati dapat sediakan sendiri. 
Wassalam.

Friday, 7 November 2014

Sayur Goreng Warna Warni Hidupku

Assalam...
Sayur ini disediakan oleh en.Abe untuk makan tengahari beliau di rumah.  Tulah hari cuti kami selalu tak sama.  Bila saya cuti dia kena kerja dan sebaliknya.  Nak buat macamana, begitulah kitaran hidup, ikutkan sajalah.  Selalu bila tak sempat nak masak memang tak risau sebab en.Abe boleh masak sendiri, lebih mahir, lebih cekap dan lebih sedap dari saya sebenarnya...kadang-kadang ada jugak rasa nak ngelat tu bila malas....tapi  rasa bersalah itu tetap ada.

Tetapi bila nak masak tu tak boleh dua-dua masuk dapur.  Kang porak peranda dapur tu.  Idiologi tentang masak selalu tak sama, jadi bila saya masak, dia tak boleh masuk biar saya settle semuanya.  Tapi yang geramnya bila time dia masak, asyiklah panggil-panggil tanya garam di mana, kunyit di mana..sedangkan benda tu semua depan mata...Sajalah nak bermanja katanya....nge nge nge..  Sebagai mengenang jasa en.Abe, puan blog letak resepi hasil masakan beliau ketika bersendirian di rumah.  Alhamdulillah sampai rumah tinggal tarik pinggan dan basuh tangan jer....Bismillahi RahmaniRahim...

Sayur Goreng Warna Warni Hidupku
Sumber: En. Abe

Bahannya
1 batang carrot
5 biji kacang bendi
2 biji cili merah (kalau nak guna cili benggala 3 warna lagi cantik)
1 biji telur
1 ketul kecil soohon - rendam terlebih dahulu
1 biji bawang holland - hiris
3 ulas bawang putih - ketuk
1 inc. halia muda - racik halus
garam dan serbuk perasa
sedikit minyak.

Penyediaan
* Potong sayur ikut size dan bentuk yang digemari.
* Panaskan minyak dan tumis bawang serta halia hingga layu.  Masukkan telur, biar seketika telur keras kemudian baru kacau.  Boleh letak sedikit air kalau nak sayur berkuah.
* Masukkan carrot, bendi dan cili biar hingga layu baru masukkan soohoon.  Sesuaikan dengan rasa yang tekak sendiri boleh terima.  
* Sebaiknya cepat-cepat keluarkan sayur dari kuali untuk mengelakkan sayur terlebih masak dan memelihara kandungan nutrisi yang ada.
Wassalam..

Wednesday, 1 October 2014

Sup Kepala Ikan Merah Abe Nas..

Assalam....
Dah penat bercerita, time untuk melayan tekak pulak.  Balik kampung hari tu kami cuba untuk membawa bekalan ikan dan ayam kampung yang telah difrozenkan terlebih dahulu.  Kami baru nak mencuba, orang lain dah berkurun dah buat kerja ini sebab bekalan ikan di sana fresh dan lebih murah.  Antara yang saya bawa balik adalah ikan merah, ikan putih dan 2 ekor ayam kampung (ayam tu free, bapak yang belah).  Ini antara menu yang en.Abe dapat sediakan.
Sup Kepala Ikan Merah
Sumber: Abe Nas

Bahan-bahan
1 kepala ikan merah - belah dua
2 batang celery - potong
1 sup bunjut
3 biji buah keras - tumbuk lumat
1 inci halia muda - racik
1 bawang holland - racik
3 ulas bawang putih - ketuk
lada hitam
daun sup
daun bawang
bawang goreng
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis 
Air secukupnya

Cara Penyediaan
* Tumiskan bawang dan halia hingga layu.  Masukkan air, buah keras, lada hitam dan sup bunjut.  
* Bila dah mendidih masukkan kepala ikan dan celery.  Biar hingga ikan masak dan perasakan.
* Tutup api dan bolehlah masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.  Sedia untuk dimakan.

Bekalan yang kami bawa hari itu cukup untuk lauk selama 2 minggu.  Oleh kerana misi menyeludup telah berjaya, maka dengan itu misi yang lebih gah akan dirancang kemudian hari yang melibatkan nelayan pukat tunda.
Wassalam..

Saturday, 19 July 2014

Siakap Sos Thai by Abe Nas

Assalam...
Orang kata, ciri-ciri suami yang baik adalah yang ringan tulang nak tolong isteri di dapur, betul ker?  tak kiralah tolong masak ker, tolong basuh pinggan atau tolong kemas.  Tapi tahu tak, ada budaya sesetengah suku kaum yang menanggap bahawa suami yang ke dapur itu adalah satu yang budaya yang tak baik dan dianggap sesuatu yang diluar tabii seorang lelaki perlu bertindak.  Itu menunjukkan suami dah kena queen control, bunyi pelik tapi ini satu kenyataan dalam sosio budaya mereka.  

Saya dah pernah jumpa, urusan rumahtangga dan anak bulat-bulat semua diserahkan pada isteri, tugas suami hanya untuk mencari nafkah.  Ada suami yang langsung tidak pernah pegang anak kecil (baby) mereka, inikan pula nak mandikan atau basuh berak anak.  Jangan begitu tak buat inikan nak masak atau basuh kain baju isteri.  Kaum perempuan / isteri mereka pula memang mendokong erat budaya ini dan dengan rela hati akur dengan setiap kesalahan sekiranya mereka gagal untuk laksanakan tugas mereka di rumah.
Takpe kita lupakanlah tentang hal itu, senang cakap biarlah asalkan mereka bahagia, redha dan rela hati, jangan jadi kes dera sudah.  Kawan-kawan yang tengah pening nak masak juadah berbuka petang ini?.  Boleh try buat menu siakap ini.

Siakap Sos Thai
Sumber: Abe Nas

Bahan-bahan
1 ekor siakap sederhana - bersihkan dan buang tulang, kelar isi ikan dan letak garam kunyit.

Untuk Sos Ikan
Bawang putih - ketuk
Sos ikan
Kicap cair
Oyster sos
Minyak bijan
Tepung jagung campur dengan air
Cili padi - potong
Sedikit garam dan perasa
Basil leaf / daun selasih
Cili merah - potong
Daun bawang - potong
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan
*  Goreng ikan dengan minyak penuh hingga masak.  Letak atas pinggan hidang, ketepikan.
*  Tumis bawang putih hingga kuning.  Masukkan sos, kicap, minyak bijan, garam dan tambah sedikit air.
*  Masukkan cili, daun selasih dan daun bawang.  Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.  Angkat sos dan tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

Wassalam.

Tuesday, 15 July 2014

Koay Teow Ala Thai, Memang Berhantu

Assalam...
Orang cakap makanan Thai ini berhantu, bila dah rasa, akan nak lagi dan lagi.  I cebik bibir bila dengar en.Abe bercerita.  Lepas tu dia kata nak bagi saya try makan satu menu koay teow.  Saya buat tak tahu jer, buat tak layan sebab tak percaya selagi menu tu belum terhidang didepan mata dan lidahku belum dapat merasainya.  Hari ini en.Abe kata nak tolong masak koay teow, saya pun tak terfikir dia nak masak menu yang dia cakapkan tu, ingatkan dia nak masak Penang seafood char koay teow yang biasa tu.
Dah terhidang depan mata, nampak pucat jer...pandang mula-mula cam tak sedap je.  Dah siapkkan ayat nak tabur cukup-cukup kalau tak sedap.  Tapi bila dah try wuallaa hoii, speechless terus, tunduk jer tp makan dengan lahapnye tak cukup sepinggan.  Memang berhantu koay teow ini suka rasanya yang pedas, segar, manis-manis dan beraroma dari daun selasih. 

Koay Teow Ala Thai
Sumber: Abg Nasa

Bahan-bahan
1 pkt koay teow (lebih kurang 400gm)
2 sudu kicap cair
1 sdt seafood chili flake
2 biji tomato
3 btg serai - racik halus
3 biji bawang putih - hiris halus
10 biji cili padi - hiris (tambah utk lagi pedas)
2 biji telur
100 gm isi ayam
100 gm isi udang
Minyak untuk menumis. 
* Tumis bawang putih, masukkan isi ayam dan isi udang hingga separuh masak.
* Masukkan telur, kicap cair, tomato, serai, cili dan cili flake.
* Masukkan koay teow, goreng sekejap dan gaul bagi semua bahan mesra dan sebati.  Angkat dan letakkan dalam bekas.


Bahan Kerabu
2 gengam taugeh
1 pkt Thai basil / daun selasih (buang tangkai)
1/2 cawan kacang tanah - sangan, buang kulit dan  tumbuk kasar
1/2 cawan sos ikan
3 sdt gula perang.

* Ambil koay teow goreng yang dalam mangkuk tadi, masukkan taugeh, daun selasih, sos ikan, gula perang dan kacang tumbuk.
* Gaul bagi rata dan hidang.
Seeloknya, bila nak makan baru gaulkan koay teow goreng dengan bahan kerabu biar fresh rasa basil dan taugehnya masih crunchy. 
Hilang terus ayat nak marah tadi dapat koay teow ala thai yang berhantu ini.  Istigfar & syukur Alhamdulillah, terima kasih.
Wassalam

Sunday, 13 July 2014

Home Made - Olio Herbs

Assalam...
Syyyhhhhhhh...nak share satu rahsia untuk menghasilkan olio herbs yang selalu chef-chef hotel buat.  Mereka tak guna pun chili flake saja atau guna fresh garlic atau english parsley, sebaliknya mereka combined ketiga-tiga bahan ini dengan menghasilkan olio herbs yang istimewa.
Olio Herbs
Sumber: Abg Nas

Bahan-bahan
30 tangkai cili kering - buang biji dan keringkan
300gm english parsley - buang tangkai dan keringkan
500 gm bawang putih - hiris nipis dan keringkan.

Cara penyediaan
1. Kalau ada oven canggih, bolehlah guna untuk mengeringkan bahan-bahan tersebut, jimat masa untuk meyediakannya.  Sebab saya guna kaedah manual so makan 2-3 hari jugak ler nak tunggu bahan-bahan tersebut betul2 kering.
2. Panggang setiap bahan dalam oven dengan suhu 100'C sekejap, kira-kira 2 minit atau hingga betul-betul garing.  
3. Ramas kesemua bahan hingga halus dan campurkan.  Simpan di tempat kedap udara, supaya tahan lebih lama.
English Parley yang telah siap diramas.
Garlic flake ini sepatutnya, keringkan 2-3 hari sebelum di panggang sekejap.  Sebab nak cepat hari itu, lepas slice terus goreng.  Hasil tak sehalus yang dikehendaki ketika meramas, berketul-ketul sebab garing tak sama rata.
Ramas cili kiring yang telah dipanggang sekejap hingga halus.
Contoh hidangan mengunakan olio herbs..
Kawan-kawan yang nak ubah selera berbuka posa makan aglio olio bolehlah cuba letakkan herbs ini, gerenti sedap. 
Wassalam

Monday, 10 February 2014

Nasi Goreng Cina Rasmi Kuali Besi

Assalam...
Ini kisah en.Abe mengikut geng-geng masak dia ke kedai cookeries, maka terjumpalah kuali yang sekian lama dicarinya..kuali besi atau cast iron wok dan harga murah pulak tu.  Nak masak cara orang lama katanya..berat oh kuali ini..mak-mak kita dulu-dulu memang guna yang kuali macam ini jer, sekarang dah macam-macam kuali ada dipasaran none stick, magic, yang jimat bahan api telah dicipta..yang bagus dan moden ketika ini....tapi layankan ajelah.

Punyalah semangat perwira berkobar-kobar nak beraksi di dapur.  Balik-balik je, terus bakar kuali, goreng minyak kosong dan sental sehingga kilat.. (petua ini perlu dilakukan sebelum menggunakan kuali baru yang dibeli, bagi menghilangkan sebarang wax / varnish / cat yang terlekat di kuali).  Selepas proses ini en.Abe dengan semangatnya menyediakan Nasi Goreng Cina. Kegemaran en.Abe sebenarnya benda-benda bergoreng ini, tak kiralah nasi goreng ke, bihun / mee / maggi goreng ke.  Saya je yang suka sup dan rebus-rebus ini.

Nasi Goreng Cina
Sumber: En. Abe

Bahan-bahan
1 mangkuk nasi (leraikan)
100 gm isi ayam - potong kiub
3 sudu mix vege
1 biji tomato potong (optional)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 sudu teh serbuk lada putih
1 biji telur pukul sedikit.
sedikit oyster sauce
garam secukupnya
serbuk perisa secukupnya
minyak masak

Cara Penyediaan.
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga wangi.  
2. Masukkan isi ayam, tumis sekejap hingga separuh masak.  Masukkan bahan perasa, sos, mix vege dan telur.
3. Masukkan nasi dan gaul rata.  Gorengkan nasi hingga agak kering dan angkat.
4. Hidang bersama sambal belacan dan keropok udang.

Wassalam.

Wednesday, 15 January 2014

Nasi Dagang & Gulai Tongkol Versi Che Nasa

Assalam...
Projek hujung minggu, en.Abe buat percubaan memasak sendiri nasi dagang kegemarannya, sebab nak makan puas-puas katanya.  Selalu beli je kan, paling murah nasi dagang dengan seketul ikan tongkol sahaja tidak termasuk jelatah kena charge RM6.00.  Itu standard harga pasar malam atau gerai tepi jalan je, kalau standard restoran faham-faham ajelah mungkin up lagi. Selain beras nasi dagang yang agak mahal, kemungkinan sebab proses nak memasak itu sedikit renyah.  Ini kerana perlu melalui proses mengukus yang berulang-ulang yang menjadikan nasi dagang agak unik dan harga jugak tiada kompromi. 

Toskan beras dan gaul bersama hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba.

Tumiskan bawang hiris hingga kekuningan.

Masukkan rempah dan tumis hingga masak.

Rebus ikan tongkol bersama asam keping dan garam.

Kukuskan beras nasi dagang, buat lubang di tengah-tengah untuk wap.

Isi ikan tongkol yang telah direbus.

Keluarkan beras nasi dagang dari kukusan dan gaul bersama dengan santan.  Kukus kembali dan ulang proses sebanyak 3 kali (sehingga nasi betul2 masak).

Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol
Sumber: En. Abe

Bahan Untuk Nasi
3 cawan beras nasi dagang - rendam semalam bersama asam keping.
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inc. halia - hiris
1 sudu teh halba
1 kotak kecil (250ml) santan
Garam
Gula
*Beras yang telah ditos gaulkan dengan bawang dan halba.  Kukuskan selama 20 minit.  Buat lubang di tengah-tengah pengukus untuk agar wap naik ke permukaan.
*Keluarkan nasi dan gaul bersama santan yang telah dicampur dengan sedikir gula dan garam.  Kukus kembali selama 20 minit.  Ulang proses ini sebanyak 2 kali (proses mengaul dengan santan sebanyak 2 kali sahaja)
*Selepas kukusan kali ke-3 (sehingga nasi masak), nasi boleh terus dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan jelatah.

Bahan Untuk Gulai Ikan
1 ekor ikan tongkol - potong keping2 dan rebus bersama asam keping dan garam.
1/2 sudu teh halba campur.
100gm rempah kari ikan (kami tukar guna 1 paket rempah kerutup (campur air hingga jadi paste)
Garam
Gula
Air asam jawa
Minyak 
Air
1 kotak kecil (250ml) santan
Bahan hiris - 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inc. halia
Bahan blend - 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inc. halia
*Tumiskan bahan hiris hingga kekuningan.  Masukkan halba campur dan bahan blend.  Tumis hingga naik minyak.  
*Masukkan rempah paste dan air, tumis lagi dengan api sederhana hingga rempah masak.
*Masukkan ikan, air asam jawa dan perasakan.  
*Masukkan santan dan didihkan sekejap sebelum tutup api.

Bahan Untuk Jelatah
1 biji timun - hiris memanjang
1 biji carrot - hiris memanjang
2 ulas bawang besar - hiris
5 biji cili padi - hiris
1/2 biji nenas - potong kiub
Gula
Garam
3 sudu besar cuka 

*Campurkan gula, garam dan cuka.  Masukkan semua sayur-sayur yang telah dihiris dan gaul rata.
Wassalam