Wednesday 31 October 2018

Pokok Pigeon Pea aka Kacang Dhal (Kacang Kace')

Assalam...
Pokok kacang kace' (sebutan kena bunyikan 'k' dibelakang untuk membezakan bunyi sebutan kacang bagi orang Kelantan) dan pelbagai nama lagi mengikut kawasan.  Biji benih kace saya dapat daripada pakcik hj (Hj. Abdul Ghani) ketika bekunjung ke rumah beliau awal tahun ini, dan saya bagi biji itu pada si mat la untuk semai dan tanam "dikebunnya" (jalur tanah yang tersisah antara jalan tar dan longkang di depan tempat kerja).  Tidak berharap banyak, sebab diberitahu biji benih itu telah di simpan lama oleh beliau.


Ini pokok kace' ketika pertengahan bulan Jun, hanya 2 pokok yang dapat hidup melalui percambahan biji benih.  In Sha Allah dapat menuai hasilnya nanti untuk dijadikan anak benih.


Hati berbunga-bunga apabila pokok kace' mengeluarkan bunga.  Awal pagi si mat la, suruh pergi tengok pokok ini sebab nak tunjuk kan bunga-bunga yang cantik katanya.


Tak suka biarkan persoalan nama kacang kace' ini nama apa sebenarnya? rajinkan diri untuk bertanya pada pak google.  Mula agak sukar nak buat carian dengan istilah yang tok nenek saya guna itu memang hampir tiada jika jika cari dengan nama kacang kace'.  Akhirnya jumpa setelah melihat gambar buah dan pokok yang sama, ternyata kacang kace' yang tok nek aku panggil adalah sebenarnya kacang dhal.  Sejak besar hingga tua ini memang kenal kacang dhal (kacang parpu) yang dah siap takde kulit dan diimport dari India, tapi tak pernah pula nak ambil tahu pokoknya seperti apa.  Boleh kata selalu jer jumpa dalca dan kuah dhal sebab rajin lepak kedai mamak kan.


Sebab masih tak puas hati, itu yang lakukan bedah siasat pada biji benih kering yang masih tersisa dalam simpanan.  Memang nyata di sebalik kulit hitam tu tersalut butiran kacang dhal.


Bedah siasat pula pada buah kacang kace' yang dah matang dan sedang elok untuk dibuat sayur bening.  Walaupun saya kurang gemar makan dalca, tapi memakan sayur bening kacang dhal (kacang kace') yang muda begini adalah menjadi kegemaranku sejak kecil.  Sebab rasa suka itu juga saya mencari biji benih untuk di semai.  Tetiba jer terfikir tok nenek aku ada keturunan dari India ker??.


Hasil tuaian di kebun "mat lah" (mat bangla) di depan ofis, berkebun pada tanah sekangkang kera tepi longkang dan lereng bukit.  Berkat berbudi pada tanah memang tak sia-sia, lepas lah belanja beli sayur si mat la dengan hasil labu air, bayam malabar, tebu, peria, daun pandan, cili padi, kangkong, kacang panjang dan serai.  Dalam gambar bawah sebelah kiri kacang kace' @ kacang hiris @ kacang dhal @ kacang gude @ toor @ cajanus cajan dan sebelah kanan tu kacang sepat.

Sekian lah dulu pelajaran pasal kacang kace' yang telah membuat tidur malamku tak lena sebelum ini.  Semoga bermanfaat pada yang lain.
Wassalam.

Tuesday 30 October 2018

Menikmati Senja Di Pantai Bahari, Polewali Mandar

Assalam...
Selepas beberapa hari bersedih dan memerap di rumah kakak, sepupu saya bawa keluar ambil angin di pantai.  Jangan sedih-sedih, hidup kena diteruskan, kami singgah di Pantai Bahari yang terletak di pinggir Kota Polewali, ibu kota bagi Kabupaten Polewali Mandar.  Dinamakan Pantai Bahari sempena pantai ini terletak di Jalan  Bahari.  Kawasan pantai ini dahulu sibuk dengan aktiviti pelabuhan yang mengendalikan pengangkutan barangan hasil bumi Polewali dan pulau-pulau sekitarnya seperti beras, kelapa dan hasil laut.  Setelah ditukar fungsinya kepada kawasan rekreasi aktiviti pelabuhan telah berpindah ke tempat lain dan proses menaik taraf pantai telah dilakukan.


Pernah singgah di sini tapi petang itu tak sempat bersantai sebab hujan.  Sebenarnya petang tu kami nak pergi beli ikan segar di pasar tradisi dihujung sebelah jeti.  Sebab cuaca agak baik dan ditemani oleh sepupu-sepupu yang belum pernah berkunjung ke sini, sempat pesan jus sambil menunggu matahari terbenam. 


Sekadar bermain ombak ok kot, tapi untuk mandi kurang sesuai sebab banyak sampah sisa hasil pertanian yang dihanyutkan oleh ombak ke pantai.  Arham (anak sepupu) pulun bergolek dan main pasir sebab kami tak bagi dia mandi.


Matahari yang semakin berlabuh.


Tela-tela nama makanan ini, saya main order saja sebab namyanya unik.  Sedap bagi saya. Pulun saya dan Arham makan benda ini.  Ubi kayu rebus, digoreng semula dan digaul dengan serbuk berlado (macam serbuk cili) ada jual paste kata mereka.


Sesukaan saya memang selalu tak sama dengan yang lain.  Mereka lebih suka minum jus alpukat (ovacado), saya lebih suka dengan sirsak (durian belanda).


Senja itu tetap cantik walau hadirnya seketika, teringat lagu berkenaan senja yang arwah mak pernah ajarkan dulu.  Ish bertambah sedih pula, 
 "Siang telah berlalu 
Kerinduan telah tiba
Tiba masanya mengingati orang yang jauh di sana
Telah jauh pergi tak pernah kembali
Tanpa ada khabar, tanpa ada pesan yang datang".
😭😭😭😭😭😭

Semoga dapat kembali lagi ke pantai ini bersama-sama mereka.  Sesungguhnya kebersamaan yang walau sekejap itu sangat membahagiakan dan semoga hubungan silaturahim ini terus terjalin walaupun orang tua kami seorang demi seorang dijemput Ilahi. Amin.
Wassalam.

Wednesday 24 October 2018

Hari Itu Telah Tiba....

Assalam...
Suatu hari nanti, namaku juga pasti terukir di situ... bukan pada bintang... hanya pada batu nisan.
Al Fatihah, untuk bondaku.

Sesungguhnya dikau pinjaman Allah yang terindah dan palingku sayang selepas Pencinta dan RasulNya, semoga kehidupan dunia jadi asbab menyatukan kita kelak...Amin Ya Rabb.
Wasalam.