nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Cerita Noxxa. Show all posts
Showing posts with label Cerita Noxxa. Show all posts

Tuesday, 15 March 2016

Pulut....Dah macam Hari Pulut Sedunia


Assalam....
En.Abe dapat gambar dari mana ntah, gambar pulut diregukan dengan ayam goreng dan cili sos thai.  Berulang kali tanya soalan bila nak buat, sambil tunjuk pulut susu yang dibeli ketika ke sempadan hari itu.  Rasa nak sorok cepat-cepat je pulut tu, kalau sendiri punya makanan feberet laju jer nak buat.  Kita sebenarnya tak minat sangat makan pulut, ciri-ciri yang langsung tak mewarisi ahli keluarga lain, yang semuanya hantu pulut.  


Sebab kasih dan sayang pada suami tercinta kan, kita rajinkan diri menanak pulut sebelum dia merajuk.  Masak guna pressure cooker (noxxa) sangat menyenangkan kerja, lepas 5 minit pulut pun siap terhidang.  Pulut susu sekilo tu separuh buat putih dan separuh lagi buat pulut kuning.  Pulut kuning kita regukan dengan rendang daging dan sambal udang.

Lauk rendang dan sambal udang tu, bukan hasil dari air tangan sendiri tapi dapat daripada kenduri semalam.


Sebab nak makan sangatkan pulut tu, pesan kat En.Abe balik kerja nanti singgahlah beli durian, dapat sebiji pun jadilah.


Tambah permintaan lagi, tambah beli sebiji mangga masak lagi.  Dapat 2 biji mangga lily, tapi sangat mengecewakan sebab masamnya ya ampun sampai terkenyit-kenyit mata jadinya.


Sebab katanya menu pulut ini lebih dominasi oleh orang Thai, jadi air pun nak perasa ais cream soda yang dibeli dari sempadan.  Tolong sikit, bukan orang Thai saja yang suka makan pulut tau, contoh terdekat keluarga saya yang langsung tiada darah Thai semua suka makan pulut dari sarapan hingga malam boleh layan makan pulut.  Pesta pulut mereka lagi macam-macam warna bukan setakat putih dan kuning saja.  Kira pulut ini makanan orang nusantara lah.


Luar musim, beli durian udang merah (ang her) macam beli emas, sebiji ini RM50.  Takpe rabak poket demi isteri tercinta takpe, dapat pahala bukan pergi joli katanya.  Nak noted kat sini, saya tak suka durian udang merah, tetap suka pada durian D24 walaupun durian Musang King dan Xo Xo lagi sedap.  

Makan hari juga nak habiskan pulut tu, tapi hari ke-2 takde dah lauk yang pelbagai hanya diregukan dengan ikan talapia goreng.  Semalam terasa sakit urat keting masa nak melangkah, hari ini urat kat tulang belikat pulak.  Ini semua gara-gara makan pulut ker? tapi diorang ok jer lepas makan pulut. 
Wasalam.

Saturday, 23 January 2016

Cerita Pisang, Tiada Rotan Akar Pun Berguna


Assalam...
Bestkan kalau rumah tempat tinggal kita di kelilingi dengan tanaman.  Macam-macam boleh dipetik untuk dijadikan makanan.  Memang sedap berangan, duduk di kampung boleh lah ini duduk di atas awan.  Alkisah sesekali balik kampung, angkut segala mak nenak sebagai bekalan contoh yang inilah.  Pisang ini pulak bukan setakat sesikat dua, tapi dekat dua tandan dengan barang lain lagi.  Pulak masa tu, lift rosak, gigih mokcik angkut dan berulang entah berapa kali turun naik ke tingkat 10.


Ibarat kisah sudah jatuh ditimpa tangga lagi, baru mula nak masak gas pulak habis.  Sudah tentu orang kedai bawa tu tak nak pikul tong gas naik tingkat 10.  Buntu sekejap, nak di tinggal begitu saja benda atas dapur, sayang.  Nasiblah sel-sel otak masih cepat berhubung, lekas2 korek harta karun dalam kotak, sambung masak guna periuk noxxa.


Sebab kisah pun berkisar pasal pisang, jadi menu hari itu kita balun buat pisang jer.  Lepas buat pengat buat kita buat pisang goreng noxxa pula.



Pisang goreng pun siap, goreng bodoh gitu jer pun sangat best bagi penggemar pisang goreng seperti saya.  Cheese or caramel sesekali boleh lah, lebih senang kalau makan dengan sambal kicap....

Orang-orang muor tu, buah pisang dah banyak yang boleh petik ker?  Rasa-rasa kami nak bertandang lagi, lift rumah saya pun dah ok dah ni.
Wassalam.

Saturday, 17 January 2015

Masak Lemak Ikan Dengan Nanas

Assalam...
Dalam percubaaan untuk belajar menggunakan harta karun periuk noxxa, ini antara hasil yang telah dimasak.  Memasaknya pun dah lama, ikan yang digunakan itu antara bekalan yang dibawa balik dari kampung hari itu.


Masak Lemak Ikan Dengan Nanas
Sumber: Mulia

Bahannya
5 keping potongan ikan merah
1/2 biji nanas
1 kotak santan (250ml)
1 serai - ketuk
10 biji cili padi*
2 biji cili merah*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inc. kunyit hidup*
1 inc. halia*
Garam dan perasa
Minyak untuk menumis

Penyediaannya
*  Tumbuk semua bahan bertanda '*' hingga lumat.
*  On periuk noxxa, tekan butang stir-fry.  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga layu.  Masukkan serai.
*  Masukkan ikan, nanas, santan dan gaul rata.  Tekan butang off.  Ketatkan penutup periuk, pusingkan nob ke sign presurre.  Tekan butang pressure set masa 5 minit. 
*  Selepas 5 minit, pusingkan nob untuk keluarkan wap hingga habis dan buka tutup periuk.  
*  Perasakan dengan garam, serbuk perasa pilihan dan gaul rata.
*  Tekan stir fry masak sekejap kemudian tekan butang off. 

p/s; memasak guna cara lama, kena tunggu dan kacau dengan sabar untuk mengelakkan santan berbaur.....satu bonus jika sambil gaul tu sambil zikir atau selawat.
Wassalam.

Sunday, 16 November 2014

Sup Ekor Thai Style...

Assalam...
Kami memang penggemar sup ekor, antara sup ekor mamak style, western style dan thai sytle, kami lebih suka yang thai style sedab ada rasa masam dan pedas-pedas gitu.  Rasa fresh jer bila dapat hirup kuah tu.  Kedai nasi kandar kat bawah ini pun ada jual sup ekor yang sangat sedap.  Pastilah yang dibuat oleh tukang masak siam untuk hidangan ala carte.  Harga semangkuk RM8.00 memang puas hati dengan rasanya.  Cuma tak puas makan sebab ada 2 ketul saja dan  en.Abe selalu mengalah dapat hirup kuah dan sayur dalam sup jer.

Saya guna resepi dari blog Denai Berbisik oleh TokChik yang memasak gun pressure cooker dan resepi yang mudah.  Saya salin semula resepi kat bawah ini;

Sup Ekor Thai Sytle
Resepi: Tokchik

Bahan A
500 gram ekor  - (saya guna sekilo ekor, so pandai-pandailah tambah bahan-bahan lainnya).
1 bungkus sup bunjut
1" halia - dititik
*  Masukkan kesemua bahan diatas kedalam pressure cooker dan rebus.  Anggran dalam 35 minit tetapi ini berganung kepada kuantiti bahan yang direbus.  Cara tc mengira masanya adalah dgn mengambil kira daripada mula wisel yang ada di pressure cooker tc berbunnyi/berdesir.  Selepas 20 minit wisel berbunyi tc matikan api.  Dah empuklah bahan yang direbus.  Sesuaikan dengan periuk pressure cooker anda sebab periuk jenama lain ada sedikit kelainan pada functionnye. 

Bahan B
3 ulas bawang puteh - dititik
2 biji limau nipis - diambil airnya
1 labu bawang besar - hiris bulat
10 biji cili padi - dititik
4 helai daun limau purut - buang tulangnya
2 biji tomato - dibelah 4 

1 batang carrot - potong (saya tambah)
1 batang serai - dipotong serong
1 batang calery - dipotong serong
sedikit daun ketumbar - saya tak letak

*  Masukan bahan B kecuali perahan air limau nipis dan daun ketumbar kedalam rebusan ekor tadi dan didihkan semula sekitar 5 minit.
*  Tambah garam secukupnya, kemudian masukkan perahan jus limau nipis, didihkan sekejap dalam seminit.
*  Matikan api dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Rasanya mestilah sedap, tapi still wonder macamana nak dapatkan kuah sup yang keruh keputihan macam yang selalu dijual kat kedai tomyam tu.  Yang ini hasilnya jadi jernih jer.  Ada sesiapa boleh bagi tips?...
Wassalam.

Wednesday, 15 October 2014

Masak Rendang Guna Periuk Noxxa

Assalam...
Walaupun dah lama memiliki benda ini, tapi saya sebenarnya tak tahu nak guna, nak tekan butang mana, dah tak ingat.  Butang pulak macam nak set bom jangka, ngeri jugak kang salah set, meletop ke ape?  Apelah punya lawak dan bodoh.  Manual ada tapi info terlalu basic, buku resepi khas yang guna periuk ini cis tak diberi rupanya.  Hari tu orang tu kata ada kat dalam tu semua.   Kira tipu pelangganlah ini.  Bila tanya kata kena beli asing...ciss, cakap awal kan senang, takdelah mengharap.  Salah sendiri jugak sebab tak periksa betul2 masa terima hari itu.
Lepas terima terus bungkus kirim balik kampung, konon bagi hadiah kat mak.  Tapi mana ada mak guna, masih cantik dalam kotak, last balik ke tangan saya semula. Mailah iolls nak share kat uolls masak rendang ayam kampung guna periuk ini.



Rendang Ayam Kampung
Sumber: Ma'ani

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung - potong kecil
1 liter santan
2 sudu kerisik
2 sudu rempah kari daging
3 sudu cili giling (boleh tambah kalau nak pedas)
1 asam keping
2 helai daun kunyit - hiris halus
4 helai daun limau purut - hiris halus
sedikit gula melaka
garam dan serbuk perasa secukupnya
 
Bahan Blend
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inc. halia
1 inc. lengkuas
3 batang serai
3 biji buah keras 

Bahan Tumis
sedikit setiap satu 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)
4 ulas bawang merah - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
Minyak


Cara penyediaannya
*  On periuk Noxxa dan tekan butang stir fry.  Masukkan minyak.  Tumis 4 sekawan dan bawang hiris hingga wangi.  Masukkan serbuk kari dan cili giling, tumis hingga garing sedikit.  Masukkan bahan blend, tumis lagi hingga naik minyak. Off periuk dengan menekan butang On Off.
*  Masukkan ayam, asam keping dan santan.  Gaul rata ayam dan rempah tumis.  On periuk semula dan tekan butang high pressure, setkan masa yang dikehendaki (saya set 20 minit).  Pasang penutup, rapatkan dan pusingkan nob ke arah pressure.  
*  Bila high pressure dah settle, pusingkan nob ke arah steam dan biarkan wap keluar sebelum membuka penutup.
*  Masukkan gula, kerisik, daun limau dan daun kunyit.  Sebab saya nak rendang yang agak kering.  Saya masak hingga kering guna stir fry method.  
*  Tekan butang stir fry dan tumis seketika untuk memasak rendang hingga kering.  Akhir sekali masukkan garam dan sesuaikan dengan rasa yang diingini.  Tekan butang On Off untuk stopkan proses.

Alhamdulillah...siap pun, senang jer sebenarnya kalau dah biasa guna.
Wassalam.

Sunday, 14 September 2014

Magic ke Periuk ini?

Assalam...
Saya ada benda magic ini, orang cakaplah magic, tapi saya tak pernah guna benda magic tu, sebaliknya jadikannya sebagai tukun tiruan.  Perap selama 4 tahun.  Beli dari tahun 2010 beli, baru sekarang nak belajar guna.  Membazir betul saya ini.  Ada benda magic tak diguna....erm betul ker magic?  Katalah saya mengidam nak makan pizza kan, shapp keluar pizza, mengidam nak makan pop corn keluar pop corn.  Kalau mengidam nak anak? Opps benda magic ini boleh buat makanan jer, selain dari itu tak boleh...apedahhhhhhhhh mengarut ini.
Punya yang magic, punya yang ajaib tapi hasil masaknya macam tu jugak, takde inprovement.  pantang orang promote, beli jer.  Siap main kutu ko dapatkan periuk Noxxa ini.  Sebenarnya nak menolong mereka penuhkan korum berkutu jer masa tu, saya kan pantang diajak.  Segala benda teruja betulkah begitu orang-orang yang kumpulan darah B.  Jenis susah nak kata NO!.
Sebenarnya beli sebab nak bagi hadiah kat mak hari tu, tapi mak tak pernah guna, biasalah orang tua mana minat yang rumit-rumit ini.  Lebih suka ngan periuk tanahnya.  Tekan sana tekan sini, saya yang muda sikit pun pening nak fikir nak tekan mana.  Cantik lagi dalam kotak, plastik pun tak buang lagi.  Last dia bagi saya balik, bukan saya yang minta, jadi tak buruk siku lah kan?...Oklah nanti kita belajar main masak-masak ye guna periuk ini..  
Wassalam.