Showing posts with label A Day To Remember. Show all posts
Showing posts with label A Day To Remember. Show all posts

Sunday, 30 December 2018

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas

Assalam...
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, terletak di kawasan Likas, tapak asal masjid adalah kawasan pantai dan laut Teluk Likas, yang telah ditambak.  Pembinaan masjid ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan bermula daripada tahun 1986 dan hanya dibuka pada tahun 2000 sejajar pada tahun dan bulan yang sama Kota Kinabalu di angkat sebagai bandaraya di Malaysia.  Nama masjid ini juga diambil sempena peristiwa itu - Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.


Sungguhpun Masjid Bandaraya adalah masjid yang terbesar di Kota Kinabalu, lebih dari segi keluasan serta dapat menampung kapasiti pengunjung yang ramai, namun Masjid Negeri di Sembulan masih kekal peranannya sebagai Masjid Utama di Negeri Sabah.


Ruang sebelah luar, menempatkan ruang untuk aktiviti komuiti, bazar, pejabat, pusat tuisyen dan sekolah.  Masjid Bandaraya memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran peringkat awal kanak-kanak dalam bidang Al-quran, selain memberi bantuan kepada anak-anak dari keluarga yang kurang mampu serta kanak-kanak istimewa.


Ketika masuk dalam ruang sholat masjid, saya ingatkan inilah ruang sholat utama.  Tercari-cari mimbar tapi tak ada, sebaliknya nampak orang keluar masuk melalui gerbang tengah itu.


Ruang sholat utamanya terletak di hadapan ruang tengah yang saya lihat tadi, baru lah nampak ada mimbar di situ.  Terletak dihadapan sekali dan dibahagian bawah kubah masjid.


Ini ruang sholat wanita yang terletak di sebelah belakang ruang tengah tadi.


Sebagai sebuah masjid utama, peranan masjid tidak hanya terhad sebagai tempat sholat sahaja tetapi mesti memainkan peranannya sebagai intitusi dakwah islamiah untuk kemajuan syiar islam di negeri Sabah.  Penubuhan akademi Al-Mubarak contohnya bergiat aktif dengan menyusun dan mengendalikan pelbagai program yang melibatkan seluruh umat islam dan semua peringkat umur.


Bangunan bazaar di hadapan masjid menempatkan lebih banyak outlet menjual makanan dan kemudahan lainnya. 


Program pengimarahan Masjid Bandaraya meliputi segala aspek pendidikan, dakwah, ekonomi, sosial,  belia dan riadah.  Pihak jawatakuasa dan pentadbiran juga sentiasa menjalin hubungan kerjasama dengan masjid-masjid utama dalam mahupun luar negara.  

Oleh kerana masjid ini menerima ramai pelawat terutama mereka yang bukan beragama Islam, jawatankuasa atau biro yang mengendalikan pelawat dan pelancong perlu bertindak lebih proaktif supaya kejadiaan tidak diingini berulang lagi.  Pelancong sebegini perlu diberi penjelasan yang tepat akan peraturan dan tatasusila yang mereka perlu patuhi jika berada di dalam kawasan masjid. 
Wassalam.

Thursday, 27 December 2018

Kundasang War Memorial

Assalam...
Taman peringatan ini didedikasikan untuk memperingati peristiwa Kawat Maut Sandakan - Ranau yang dilakukan oleh tentera Jepun ke atas askar tahanan perang dunia Ke-2 (Australia 1,800 orang dan British 6,00 orang) dan juga orang tempatan yang telah memberi bantuan kepada mereka.  Dalam taman ini terdapat taman-taman yang dikhaskan sebagai mewakili negara asal askar yang terlibat, seperti Taman English, Taman Australia, Taman Borneo dan Taman Renungan.  Kundasang War Memorial adalah sebagai perhentian terakhir dalam siri laluan POW route yang bermula di Sandakan, terdapat beberapa hentian lagi yang telah ditandakan seperti di Nalapak dan Pialugan.  



Ada sedikit bayaran kepada pelawat untuk masuk ke taman ini.  RM10.00 tu bukan untuk seorang tapi untuk kami satu group plus kamera.


Sebelum memasuki taman terdapat ruang yang menempatkan kisah, coretan, sejarah pewujudan dan pentadbiran taman.  Pengurusan taman turut menyediakan tayangan video untuk pengunjung lebih faham akan kisah POW route ini.


Taman Autralia, taman yang kita akan jumpa mula-mula.


Lest we forget, plak gangsa untuk peringatan Kinabalu Kundasang dan Australia, direka oleh artis Ross J Sabastian (1998).  Peta grafik adalah gambaran laluan perjalanan pawai kematian daripada kem tahanan di Sandakan ke Ranau.


Taman English yang bertemakan bunga ros dan pokok pine.


The Contemplation Garden (Renungan) terletak di tingkat atas sekali dilengkapi dengan tiang pagoda dan kolam.  Di dinding taman menempatkan nama-nama tentera yang terlibat.


Batu peringatan yang terletak di hujung Taman Renungan mengabadikan catatan pilu oleh Nelson Short.  Neslon Short adalah tentera (Australia) yang berjaya melepaskan diri di Ranau ketika Kawad Maut Kedua.


Nama-nama askar tawanan perang (British, Australia dan tempatan) yang terlibat tercatat pada panel marble warna hitam itu.


Di penghujung Taman Renungan ada laluan untuk ke anjung tinjau.  Dari sini boleh nampak pemandangan perkampungan Kundasang dan Gunung Kinabalu. 

Peristiwa POW route merupakan peristiwa terburuk terhadap tahanan perang  dalam sejarah bagi tentera Australia oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia ke-2.  Dengan demikian diadakan Dawn Service pada setiap tahun 25 April,   di Sandakan Memorial Park sebagai tempat permulaan POW route.
Wassalam.

Tuesday, 25 December 2018

Desa Dairy Farm, Kundasang

Assalam...
Desa Cattle ini tempat wajib pergi jika sampai Kundasang kata orang, bukan saya yang kata tapi saya pun dan mengikut kata itu.  Tak salah pun kalau tak pergi tapi jom kita ramai-ramai sokong industri pelancongan tempatan, siapa lagi yang nak sokong jika bukan kita sendiri kan.  Tu harga charge masuk, tetapi sekarang rasa harga dah berubah, ini harga zaman gst, now dah zaman sst.


Langit cerah dan panas terik ketika kami sampai waktu tengah hari, tetapi masih nyaman dengan cuaca pergunungan.  Dulu pernah tinggal hampir 2 minggu di kawasan ini, apa yang saya perhatikan cuaca di sini cepat berubah-ubah.  Jika panas pun, awan tu macam pantas jer bergerak bagi redup.


Begitu juga pemandangan gunung Kinabalu dari Desa Cattle sekejap boleh nampak jelas puncaknya sekejap lagi terlindung oleh awan tebal.  Macam main cak-cak gitu.  Tetapi jika musim hujan memang sukar nak lihat puncak Kinabalu.


Daripada entrance tak nampak lagi seekor lembu, so supaya tidak kecewa ambil gambar dulu dengan lembu batu ini.


Di sebelah belakang bangunan rupanya mereka menyorok.  Yang ni baru keluar dari tempat pemerahan susu, penat gamaknya lembu-lembu tu lepas derma susu isi perut dulu untuk pulihkan tenaga.


Pokok hiasan yang cantik, kalau tanam kat tempat panas bagaimana agaknya tumbesarannya.


Tempat perah susu lembu, tak kena timing masa kami sampai.  Penat lembu tunggu rombongan cik kiah tak sampai-sampai, lembu-lembu pun keluar jelah meragut rumput.


Selalu pun memang kat sini jelah tempat last point kami, makan gelato.  Sebenarnya ada lagi tempat yang boleh dilawati, tempat bagi makan anak lembu dan tempat proses susu. 


Kegemaran saya ice cream yogurt tak perlu letak topping.


Jenis-jenis cheese yang dihasilkan oleh Desa Cattle.  Tak berapa gemar makan cheese jadi tengok saja lah.


Pokok rosemary di tepi tiang sebelum masuk ke dalam bangunan Desa Cattle.  Baru-baru ini pergi, pokok itu masih ada di sana memang ditanam sebagai hiasan dan herba.

"Mari bah kita pergi Sabah, maju sudah bah tu tidak juga kami tinggal atas pokok macam kamu urang fikir itu".
Wassalam.

Monday, 24 December 2018

Sabah Tea Restaurant & Tea Shop

Assalam...
Ladang teh Sabah bukan hanya sekadar ladang teh biasa, turut memberi tambah nilai dengan penyediaan kemudahan kepada para pengunjung yang membuat lawatan ke sini.  Ada tempat memproses teh (tapi dah tutup masa kami sampai petang tu) bersebelahan dengan restaurant.  Bagi yang hendak menginap, penginapan bentuk cottage dan rumah panjang tradisi masyarakat di Sabah disediakan.  
 

Kami sekadar singgah sekejap untuk kupi-kupi (mengopi) jadi kami hanya tuju ke Sabah Tea Restaurant saja.  Lagi pun petang tu sudah agak lewat untuk melawat kawasan sekitarnya. 


Di sini juga ada disediakan tempat memangga cinta pada replika teko.  Kegilaan yang mula menjalar di semua tempat, manggalah macamana pun jika jodoh hanya setakat itu dan tidak pengendaliannya kurang bijak akan terpisah jua.  


Batu peringatan bagi askar tahanan perang yang terlibat dalam kawat maut dari Sandakan ke Ranau.  Nalapak adalah tempat yang mereka lalui sebelum sampai ke last pow camp di Kenipir.


Pengkisahan ringkas tentang kawat maut ada diletakkan bersebelahan dengan batu peringatan ini.


Ok, jom kita balik ke restauran.  Ada ruang dining separuh terbuka boleh lah jika ada sesiapa yang nak buat gathering.  Setakat 100 orang boleh sangat buat di sini.


Ladang teh dengan latar belakang bukit-bukit di kaki gunung Kinabalu.


Hi tea kami petang itu hanya dengan set green tea scone dengan teh O, yang lain pun hanya memesan minuman.  Masing-masing masih terasa kenyang sebab sepanjang jalan tersedia bekalan kudapan dalam kereta.


Disertakan dengan jam strawberry dan clotted cream, so english kita petang tu.


Sebenarnya dah dakapkan kedua belah scone tu baru ingat nak ambil gambar, tu nampak jem dan cream tak senonoh sikit. 


Satu teko air teh o untuk dihabiskan oleh kami berdua.  Yang lain dah order minuman sendiri kebanyakkan berasaskan kopi.


Pucuk daun teh, saya tak tahu gred pucuk teh yang macamana patut dipetik.


Ice layer coffee yang mendapat sambutan, penggemar kopi cakap memang sedap.


Sebelah cafe ada kedai yang menjual teh "Sabah Tea" dan barangan cenderahati untuk pengunjung.


Buku-buku berkenaan Sabah ada dijual di sini, karangan penulis luar negara tentang pengalaman mereka yang pernah tinggal di sebuah tempat yang dikenali sebagai Land Below The Wind.

Kawasan ini dekat dengan Kampung Luanti, Sungai Morali yang terkenal dengan fish spa tu.  Jika dah sampai sana boleh lah lajak ke depan sikit untuk ke ladang teh, Sabah Teh.
Wassalam.

Sunday, 23 December 2018

Lao Mandre: Mohd Chan, Resto Chinese Muslim

Assalam...
Ceritanya ada orang sambut ulang tahun terakhir untuk angka bersiri 2, tahun depan dah jadi 3 siri kan semakin dewasa dan matang.  Jenis memang tak biasa sambut-sambut birthday nie, no cake, no celebration, no party at all dan kadang-kadang terlupa juga.  Selalu orang yang ulang tahun tu, didam-diam jer mereka yang di keliling tu sibuk buat suprise tak pun sebenarnya mereka yang nak tumpang.  Macam cerita inilah, orang yang birthday tak nak pergi makan mana-mana, dia request lepak mamak jer tapi orang lain yang nak pergi makan best-best kononnya.



No mamak, no tomyam, no pak kaw pau ugut orang yang tak birthday tu, jomlah kita makan yang sedap sikit kali ini.  Nak try makanan di China Muslim Restoran, Adam Lai atau Mohd Chan?.  We go for mohd chan sebab dekat dengan tempat tinggal kami lagi pun birthday orang tu jatuh pada hari bekerja.


Mula-mula memang fikir nak order ikan dan sayur saja, sebab adik beradik yang boleh join seorang saja yang lain duk jauh. 


Tebalnya floss untuk butter  prawn nie, tenggelam terus udangnya.  Sedap pula merata saja telur, kemudian baru rasa lemak dan muak.


Ikan siakap stim taucu, rasanya mild tetapi sedap.  Nak tambah urmp lagi padankan dengan cili padi potong, pekerja restoran yang offer.


Sayur nie saya panggil baby kobis, tetapi dalam menu baby kailan.


Side order kami ambil dim sum, macam kurang menarik sikit stock yang ada dim sum mereka malam itu, tetapi pekerja mereka bertanya sama ada kami boleh sebab hanya ada 3 jenis saja.  Try juga lah juga sebab dah lama tak makan.

Alhamdulillah, kenyang.  Feedback mereka sedap, ada kelainan daripada masakan siam walaupun menu hampir sama kan.
Wassalam.