nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Meruntun Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Meruntun Jiwa. Show all posts

Sunday, 25 December 2016

Take a Break: Jom pergi kebun


Assalam..
Hujung-hujung tahun ramai ambil cuti kan sempena cuti sekolah.  Kami yang tak sekolah pun tak lepaskan peluang ambil cuti seminggu balik kampung.  Kali ini balik dengan tujuan hendak berkebun, tanam apa yang patut dari tanah terbiar tidak dikerjakan.  Plan tu macam besar sangat kan, entah macamana kejadiannya nanti. 


Tak banyak yang dapat di tanam pun, sebab pergi ke kebun bukan berhari-hari tapi cuma dapat setengah hari saja.  Baki hari-hari lain kami melencong ke tempat lain, takpe lah asal semua orang happy.  Tanam getah di tapak yang baru dibersihkan oleh jentolak.


Tanam getah tak lah sesukar mana, ambil anak pokok tu dari pada kebun sedia ada.  Nak cabut anak getah tu pun senang saja, tapi orang kena tahu anak pokok yang bagaimana yang dapat menghasilkan susu yang banyak.  Tips tu kena tanya pekebun-pekebun getah berpengalaman. Cara tanam pun kena betul, gunakan tali sebagai penanda, sebab pokok getah yang di tanam kena lurus safnya dan jarak kena sama baru cantik dan senang untuk di toreh kelak. 


Pokok getah tua sedia ada, tua-tua tapi masih menghasilkan susu lagi.  Masa sekarang ini, getah ada harga sikit, tapi kalau harga drop kesian mereka yang bergelar NGO (noreh getah orang) ini.


Kawasan kosong ini sebenarnya dah ditanam getah 4 or 5 tahun lalu.  Tapi takde rezeki, tak menjadi sebab tempat ini dulu di masuki oleh lembu.


Sementara yang lain siapkan tanam satu baris, kita rehat lah dulu bawah pokok.  Nampak tak teh ais yang tergantung tu, nyaman dan nikmatnya menghirup air sejuk tengah-tengah panas.


Semoga tumbuh subur anak pokok-pokok getah yang di tanam tu, dan sampai masa adalah rezekinya nanti.  Lepas ini kita belajar menoreh pula.
Wassalam.

Saturday, 12 November 2016

100 Whislist Before I Die...


Assalam...
Dalam list untuk update blog sama ada nak habiskan cerita Sabah Roadtrip atau mulakan cerita Akinabalu.  Saling berperang sapa yang nak di up dulu, akhirnya kita pilih nak up entry yang ini lah.  Antara entry yang macam sangat sukar untuk dibuat, kenapa ya?. Terfikir juga saya ini tergolong antara orang yang tiada cita-cita ker, orang yang tiada impian, jiwanya kecil, hidupnya tiada berparadigma, tiada keinginan untuk memajukan diri.  Ish, ish, ish teruk sangat sampai macam tu ker?  Sapa kata saya tiada keinginan, tiada cita-cita dan impian, walaupun kecil ia tetap sebagai impian hidup.  100 wishlist before i die, telah ditag oleh Kak Kazie, maaf kak sebab baru dapat nak tunaikan tag yang hari itu. 



Kalau difikir macam banyak sangat list sampai 100 dan mestilah impian yang indah-indah dan grand kan, sekadar yang kecil-kecil tak payah masuk buku kot.  Jika di soal ketika muda belia mungkin boleh lah nak senarai pajang ingin kahwin, ingin anak, ingin rumah, ingin kereta, ingin ijazah dan macam-macam.  Sekarang umur pun dah menjangkaui 4 siri ini banyak mana sangat impian yang boleh dicapai.  Kalau sekadar nak bagi list takut tak dan nak mengapainya, semput nak mengejar, malaikat maut datang menjemput.  


Sebab mungkin saya bukan jenis manusia yang mempunyai cita-cita besar dan tak pernah bermimpi besar, jadi hanya menjalani hidup sederhana dan seadanya.  Sesuai dengan umur dan hidup yang baru nak mula kata orang, jadi untuk separuh atau sedikit lagi usia yang tersisa ini hanya mengimpikan untuk;


1. 
Menunaikan rukun Islam kelima.
2. 
Menyenangkan orang disekeliling terutama ahli keluarga dan kawan-kawan.
3. 
Meluangkan masa bersama ibu bapa selagi mereka masih ada.
4. 
Sentiasa bersedekah walaupun hanya dengan senyuman.
5. 
Awalkan waktu sebelum terlambat.
6.  
Lebih cinta pada ilmu akhirat.
7.  
Sentiasa menjadi penyejuk hati dan pendamping setia untuk suami.
8. 
Bebas dari hutang
9.
Sentiasa sihat dan ceria
10. 
Khusnul khotimah



Senarainya hanya sedikit dan pendek, namun untuk menggapainya perlukan kerja keras dan istiqomah.  In Sha Allah diberikan rezeki oleh Allah, tolong doakan saya sama ya.  
Wassalam.

Tuesday, 1 November 2016

Terima Sajalah....

Assalam...
Kalau di fikir-fikir kenaikan harga barang mau naik minyak jadinya.  Tapi nak diapakan, terima sajalah.  Kecoh-kecoh pun tak guna, terima sajalah.  Rakyat disaran lebih kreatif untuk menangani kenaikan harga barang.  Ingatnya kreatif, perah minda tu  untuk lebih kreatif.  Jangan banyak mengeluh, mengeluh tak bawa apa-apa.

Harga Baru Minyak Masak

Petang tadi tempat kerja sibuk mencari minyak masak sebelum naik harga.  Sejak minggu lepas lagi sebenarnya isu minyak tak cukup bekalan, nak pergi beli boleh beli 2 paket saja (2 kilo).  Suri rumah bolehlah, kalau untuk industrial boleh buat apa dengan minyak 2 kilo tu, tak cukup nak tampung bontot kuali yang ada.

Ini pula harga baru bagi petrol dan diesel.

Sama-sama kita tunggu, rentetan harga barang yang lainnya yang akan naik.  Sebelum ini baru satu jenis minyak naik, ini kalau dah dua jenis, kesannya mesti lagi kaw kaw.  Kadang benda yang tiada kaitan pun akan naik.  Keep clam, jangan sampai naik minyak ya. 
Wasalam.

Sunday, 16 October 2016

Kari Kepala Ikan Salmon


Assalam...
Faveret en.Abe lauk kari-kari ini, mana mai darah mamak tu tak tahu lah.  Sebab dia gemar sangat makan kari, jadi biar dia jer yang masak.  Bukan nak mengelat tapi kita memang tak pandai masak kari.  Tak pandai nak balance kan rasanya, selalu sangat dah rasa kari jadi pahit.  Mungkin sebab tak berapa nak masuk makan kari jadi tak tahu macamana standard sedap untuk kari.




Ikutkan saya masak asam pedas atau steam kan saja kepala ikan tu.  Ayik selere kita saja nak diikut susah jugak kan.  Nanti ada yang makan hati berulam jantung walhal makan nasi berlauk kan ikan salmon.  Jomlah tengok resepi mudah ini.
 



Kari Kepala Ikan Salmon
Sumber: En.Abe


Bahan-bahan
Kepala ikan salmon - belah dan bersihkan
3 sudu serbuk kari ikan campur sedikit air untuk buat paste
2 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - hiris
1 biji tomato - belah empat
1 biji cili besar - belah dua
4 biji kacang bendi
Sedikit halba campur
Daun kari
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa secukupnya


Cara Penyediaanya
* Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.  Masukkan halba campur.
* Masukkan kari paste dan tumis hingga masak / naik minyak.
* Masukkan air asam jawa, dan tambahkan air (ikut banyak pekat kari yang kita nak) biar mendidih.
* Masukkan kepala ikan, tomato, cili merah dan tomato.
* Perasakan dengan garam dan gula.  Didihkan seketika hingga kepala ikan dan sayur empuk.
*  Sesuaikan rasa dan tutup api.  

Selamat mencuba.
Wassalam.

Saturday, 23 January 2016

Cerita Pisang, Tiada Rotan Akar Pun Berguna


Assalam...
Bestkan kalau rumah tempat tinggal kita di kelilingi dengan tanaman.  Macam-macam boleh dipetik untuk dijadikan makanan.  Memang sedap berangan, duduk di kampung boleh lah ini duduk di atas awan.  Alkisah sesekali balik kampung, angkut segala mak nenak sebagai bekalan contoh yang inilah.  Pisang ini pulak bukan setakat sesikat dua, tapi dekat dua tandan dengan barang lain lagi.  Pulak masa tu, lift rosak, gigih mokcik angkut dan berulang entah berapa kali turun naik ke tingkat 10.


Ibarat kisah sudah jatuh ditimpa tangga lagi, baru mula nak masak gas pulak habis.  Sudah tentu orang kedai bawa tu tak nak pikul tong gas naik tingkat 10.  Buntu sekejap, nak di tinggal begitu saja benda atas dapur, sayang.  Nasiblah sel-sel otak masih cepat berhubung, lekas2 korek harta karun dalam kotak, sambung masak guna periuk noxxa.


Sebab kisah pun berkisar pasal pisang, jadi menu hari itu kita balun buat pisang jer.  Lepas buat pengat buat kita buat pisang goreng noxxa pula.



Pisang goreng pun siap, goreng bodoh gitu jer pun sangat best bagi penggemar pisang goreng seperti saya.  Cheese or caramel sesekali boleh lah, lebih senang kalau makan dengan sambal kicap....

Orang-orang muor tu, buah pisang dah banyak yang boleh petik ker?  Rasa-rasa kami nak bertandang lagi, lift rumah saya pun dah ok dah ni.
Wassalam.

Thursday, 31 December 2015

Alhamdulillah.....Pengakhiran Tahun Yang Baik

Assalam...
Saya ini bila nak tiba hari-hari terakhir hujung tahun sentiasa berdebar-debar, hari paling gawat, hari paling risau selagi tugasan di penghujung tahun tidak selesai.  Kalau kawan-kawan lain sibuk merancang nak menghabiskan saki baki cuti atau buat gathering bersama keluarga, saya tak boleh...huhuhu.
Hari ini, hujung tahun ini dah tugasan tu dah selesai tanpa sebarang isu, walaupun tak settled sepenuhnya.  Sekurang-kurangnya dapat menarik nafas lega, kerja seterusnya takpe boleh diteruskan.  Jadi petang ini dah free, takde siapa-siapa nak ajak saya pergi count down ker???..:).
Wassalam..

Sunday, 27 December 2015

Ole-Ole Umrah...

Assalam...
Sahabat dan ahli keluarga telah selamat balik dari mengerjakan umrah.  Sempat berjumpa sekejap di lapangan terbang sebelum mereka balik ke JB, walaupun pada malam itu kami menanti penerbangan yang dijadualkan tiba 10.30 malam mengalami kelewatan hanya tiba 2 jam selepas itu.  Maaflah tak boleh nak berlama-lama sebab keesokan pagi kena kerja dan mereka pun agak keletihan setelah menempuh perjalanan panjang.
Buah zuriat.
Kurma segar yang sangat sedap, sahabat dari ladang ketika lawatan ke ladang kurma.  Tentu mahal harga buah diluar musim ini.
Terima kasih Ma'ani bawakan banyak ole-ole ini bersama sebotol besar air zam-zam, semoga bertambah murah rezeki awak sekeluarga.
Wassalam.

Sunday, 13 December 2015

Tetamu Baitullah......

Assalam...
Jumaat lepas sempat ke klia2 berjumpa dengan sahabat bersama ahli keluarganya yang terpilih jadi tetamu Baitullah untuk mengerjakan umrah pada tahun ini.  Menghantar orang hendak berpergian bercuti dengan orang nak pergi umrah atau haji ini, suasana dan feel dia tu lain benar, tapi saya tetap suka.  Teringat di kampung dulu-dulu kalau ada orang kampung yang terpilih menunaikan haji, sekampung akan menjadi pengiring ke airport, memang meriahlah airport tu ketika musim hendak pergi mahupun jemaah dah balik.

Bertuahlah budak Hariz ini, kecil-kecil dah terpilih menjadi tetamu ke Baitullah.  Comel jer bila dia cakap "Mak At nak minta hariz doakan ape kat sane nanti?".   "Hariz tolong doakan Mak At dapat sampai ke sana jugak dalam masa yang terdekat".
Semoga mereka semua dipermudahkan segala urusan dan dapat beribadah dengan sempurna dan memperoleh umrah yang mabrur..Amin.
Wassalam.

Sunday, 4 October 2015

Mencari Sinar Mentari...

Assalam..
Keadaan jerebu sekitar kawasan kediaman, gambar pagi semalam sebenarnya semasa keluar mencari rezeki.
Pagi ini keadaan tetap sama atau mungkin lagi teruk dari semalam.  Semalam check bacaan tapi jadi musykil, mungkin tersilap menerjah laman yang sepatutnya.
Keadaan API pada pagi ini, rupanya kita dalam zon sangat tidak sihat dan jiran sebelah pada tahap berbahaya.

Rasa nak balik kampung jer sementara waktu ini, tapi tak boleh bercuti selagi big boss punya projek tak settled.
Wassalam..

Wednesday, 23 September 2015

Morning Call....Berem & Tak Sihat...

Assalam...
Kisah sebelum subuh yang hening, tidur mati dari sejak tengah malam, nasib belum betul-betul mati, konon nak cover sebab malam sebelum dapat tidur sejam dua saja.  Orang sebelah yang kena report duty jam 5 pagi pun dah pergi kerja.  Maaflah abang, tak sedar langsung.  Lebih kurang jam 5 pagi hp menjerit tepi telinga, ingatkan jam loceng yang set untuk wake up jam 4 pagi.  Raba sebelah, eh dah takde orang, capai hp 2 miss call, tak sempat tengok sapa call, berbunyi lagi.  Nombor tak dikenali, tapi nampak macam nombor2 belah sana.  Angkat jelah (otak sempat fikir ada kecemasan di kampung kot).

Saya - Hello
Orang sana - Hello, belum bangun kah?
Saya - Jam berapa ini..
Orang Sana - (soalan jawap ngan soalan) Ko ada masuk duit kah (baru cam suara, oh bapak)
Saya - Ada awal bulan hari itu, bapak baru cek kah?
Orang Sana - Kenapa masuk banyak sangat?
Saya - (dalam hati aik ada juga orang macam ini tak suka orang bagi banyak, aduii lah bapak aku ini), mana banyak macam biasa jak.
Orang Sana - Tapi lebih ada banyak...(siap buat kira-kira plak dia).
Saya - (sambil cakap hp sambil pejam mata, sel2 otak di kerah untuk buat kira-kira pepagi buta), Bapak tak pergi ambil kah yang bulan2 lepas punya.
Orang Sana - sudah, tapi kenapa ada baki lagi (suasana di sana macam orang keheranan pulak).
Saya - duit berem masuk kali tu, (teringat orang-orang ofis kecoh2 pasal berem hari sebelumnya).
Orang Sana - Kalau duit berem kenapa tidak sama bakinya?
(pulak dah, mencari balance sheet, tak telly pula, erm apa-apa jelah).
Saya - Hp siapa bapak guna ini?.
Orang Sana - (soalan jawap dengan soalan lagi) Ko tak balik ker raya ini?  Bila ko nak balik sini?
Saya - Nantilah balik, raya ndak dapat cuti.
Orang Sana - Anak si anu (sambil sebut nama abang sepupu) mau kawen.
Saya - Iya, masa tulah saya mau balik, tapi jadi kah?, berapa hari bulan?.

Perbualan terus berlangsung dekat setengah jam, macam-macam hal dibualkan, mata yang pejam dah jadi bulat.
Orang Sana - Napa suara kau macam orang tak sihat?, sakit kah?, suami ko sihat juga kah?.
Saya - Ndak lah, sihat semua sihat, dia pun sihat (dalam hati, kan masih tidur ini.  Sini kan gelap lagi, baru jam 5 pagi pak, sana tu memanglah dah cerah...aduyaiii bapak aku nie)..
Orang Sana - Oklah, bangunlah, tak kerja kah?
Saya - kerja, iyelah....assalam.
Orang Sana - Walaikumsalam...
klik....sambung tidur.
Wassalam.

Wednesday, 22 July 2015

W-W: Bila Sampai Masa...

Assalam...
Balasungkawa untuk rakan sekerja (Chef Yeoh Leong Tee) yang telah pergi menghadap Sang Pencipta tengahari semalam.  Walaupun kami berlainan bangsa dan agama ia tak menghalang kami untuk turut berasa sedih, pilu dan amat kehilangan.  
Wassalam.

Monday, 13 April 2015

Tiket Kapal Dengan GST.

Assalam...
Beberapa hari ini sepupu dan anak sedara minta saya tolong belikan tiket kapal terbang untuk balik kampung.  Bersilih ganti mereka ini balik kampung, tukang beli tu yang tak balik-balik.  Ini transaksi pertama kali selepas hari gst.  Sebelum hari gst tu hari dah book yang hujung tahun untuk sendiri punya dengan sepupu yang lain.  Jadi entri ini sebagai panduan untuk melihat pada step mana gst 6% dikenakan untuk penerbangan domestik.
Ini contoh harga promosi rm119.01 penerbangan antara Kuala Lumpur ke Tawau pada 22 Mei 2015.  Gst rm6.74 dikenakan daripada jumlah rm112.27 harga tiket, yang mana telah dimasukkan sekali jumlah itu ke dalam harga promo.

Mari kita lihat sekiranya kita buat tambahan aksessori pada tiket perjalanan kita.  Pilih nak bagasi 15kg, gstnya rm1.50.  Pilih nak makan nasi tomato di atas awan, gstnya rm0.72 dan nak merasa keselesaan dengan comfort kit, gstnya rm1.74.

Jika memilih untuk membeli insurans perlindungan, nilai gstnya rm0.54.

Gst turut dikenakan pada harga check-in di kaunter rm0.60, skybus rm0.50 atau perkhidmatan sewa kereta.

Sekiranya hendak memilih tempat duduk, gst mengikut standard tempat duduk pilihan.  Makin mahal harga tempat duduk makin tinggi lah nilai gstnya.  Charge gst daripada rm0.36 hingga rm1.80.

Sekarang kita pergi step terakhir, iaitu step pembayaran.  Ada 4 kaedah bayaran boleh dilakukan, tapi saya nak tunjukkan 2 kaedah sahaja kerana 2 jenis ini yang kerap saya gunakan.  Kalau memilih internet banking gst dikenakan pada processing fee sebanyak rm0.24 daripada harga rm4.00.

Jika memilih untuk membuat bayaran dengan kad kredit atau debit card, gstnya sebanyak rm0.48 daripada rm8.00.

Berikut adalah jumlah kos tambahan yang perlu saya sediakan sekiranya hendak balik kampung dengan tambahan perkhidmatan seperti yang saya kehendaki, boleh pilih option gst yang mahal atau gst murah.

a. Tiket + bagasi 15kg + makan + comport kit + insuran + check-in + bus + tempat duduk + internet banking = gst rm12.94.
b. Tiket + bagasi 15kg + makan + insuran + bus + internet banking = gst rm10.24.
c. Tiket + internet banking = gst rm6.98. 
Untuk penerbangan antarabangsa, jumlah gst akan bertambah sebagaimana harga setiap perkhidmatan adalah lebih mahal daripada harga penerbangan domestik.  Kaedah pengiraan gst ini juga adalah tidak sama dengan syarikat penerbangan yang lain.  Baru teringat booking kami yang hujung tahun semua hanya beli tiket sahaja, bagasi dan benda-benda sewaktu dengannya tak beli lagi.  Melepas nak enjoy harga murah alasan boleh beli kemudian yang penting tiket kena dapatkan dulu.  Sekarang kena sediakan tambahan duit lagi.
Wassalam...

Friday, 3 April 2015

Lengang & Sunyi..Penangan GST ke?..

Assalam...
Semalam singgah sebentar di pasaraya ini mendapatkan bekalan.  Sunyi sepi keadaannya, tak ramai pelanggan.  Semua stesen timbang dan kaunter juruwang tiada yang beratur.  Selalu kalau ke sini bukan main sesak lagi dengan pelbagai macam manusia.  Tak kenal waktu, pagi petang hingga tengah malam, awal bulan, tengah bulan sama saja keadaannya.  Kalau ikutkan semalam baru 2hb, masing-masing dah dapat gaji, kecuali yang company diorang drag hari gaji sampai 7hb.
Saya tertanya-tanya sebab GST ker, kuatkuasa baru sehari, dah tinggalkan kesan seperti ini, hingga masing-masing sudah tidak gairah untuk ke sini.  Menurut cerita seorang staff di stesen timbang, keadaan hari-hari sebelum hari GST, memang terlalu ramai orang datang berbelanja merebut peluang tiada tambahan 6%.  Untunglah mereka yang ada kesempatan kan.  Tapi saya suka ayat kakak itu, dah ada GST ini kena rajin masak sendiri baru boleh jimat, kalau makan kat luar teruklah.  
Kalaulah keadaan ini berlarutan selama 2 bulan begini, agak-agak apa jadinya, boleh gulung tikar ker.  Tapi harap-harap tidaklah sampai macam tu kan, nanti kita jadi lagi susah nak mencari bekalan.  Harapnya keadaan ini sementara waktu saja, sehangat semangat kita untuk boikot tak nak belanja di sini, tak nak makan di situ.  Lama-lama bila keadaan dah reda, kita pergi juga, makan juga. Walau bagaimana perit pun hidup kena diteruskan, seperti kata motivator bila harga dah semakin naik, kita-kita ini kena lebih kreatif untuk berbelanja.
Wassalam.

Tuesday, 31 March 2015

Kekosongan Jawatan...

Assalam....
Cerita dari whatsapp group lagi....sesuatu yang mungkin menggelikan hati tetapi ada pengajaran bagi mereka yang mahu mengambil iktibar. 


TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian.


KEKOSONGAN JAWATAN:
1. Ahli Syurga Dari Awal
b. Ahli Neraka Dari Awal
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, termasuk sijil saham, termasuk saham internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Hanya Bawa Dokumen Asal Iaitu:
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL / PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apaka kitab anda?
5. Di mana kiblat anda?
6. Siapa saudara anda?


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.  Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).  Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

* Penjemput itu diberi nama Izrail 


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.  Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan si sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari atas kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.  
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.  
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.  


Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.  Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?  Maka berkata mayat itu:  Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.  Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawap dahulu apa yang kami tanya ini.  Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?  Maka berkata mayat itu:  


Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad S.A.W itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu:  Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan itu juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insyaAllah.  Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.  Maka bertambahlah gembira mayat itu.  Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari chaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.  Wallahu-a'alam..
Wassalam.