Showing posts with label Indian Food. Show all posts
Showing posts with label Indian Food. Show all posts

Sunday, 1 April 2018

Loa Mandre: Pondok Ikan Bakar Pantai Padang


Assalam
Sesampai di Padang dari Bukit Tinggi kami proceed pergi makan di Pondok Ikan Bakar, Pantai Padang.  Check in ker, shopping ker, jalan-jalan itu semua kita tolak tepi dulu, yang penting kita isi perut kenyang-kenyang baru tak masuk angin.


Pemandangan depan restoran, laut lepas (Lautan Hindi).  Banyak perahu nelayan dan ombak yang sesekali menganas.


Memasuki ruangan retoran, memang ada asap terutama di tingkat bawah.  Mereka bakar ikan secara terbuka menggunakan sabut dan tempurung kelapa, itu yang menyebabkan aroma ikan bakar lagi sedap.


Kami pilih tempat duduk di tingkat atas, nak lari dari daripada asap ikan bakar ker?.  Tak lah sebab kat atas tu rasa nyaman tiupan angin dari laut berbanding duduk kat bawah.  Di sini pun kami minta pelayan hidangkan menu-menu mereka, senang kami nak pilih mana satu nak makan.


Keropok kulit sapi, tak suka diam-diam saya rasa jer semua.


Last makan besar kami di Padang, cukup mewah dan besar bagi kami.  Hopefully not as our last supper.  Lepas ini balik ikat perut, makan mee segera jer.


Udang bakar, tapi kami tak jamah yang ini, takut kena charge mahal.  Takde lah sebenarnya sebab yang lain dah banyak dah kami pilih.


Ikan bakar yang super awesome.  Guna ikan putih (ikan nyok-nyok) pula memang sedap lah.


Cumi bakar, sedap juga.  Memang terangkat rasanya sebab mereka gunakan makanan laut segar semua.


Nikmatnya, walaupun ketika itu makan tengahari kami dah agak lewat jam 3 petang.  Bukanlah sebab kami lapar kata sedap makan kat sini, tetapi menu ikan bakar dan sambal-sambal tu sejujurnya memang sesuai sangat dengan selera kami.


Saya akui kata orang, rasa nikmati itu kita rasakan ketika benda yang kita perlukan datang pada masa yang tepat.  Hargai setiap apa yang kita miliki sebelum dia pergi.
Wassalam.

Wednesday, 21 March 2018

Roti Puri


Assalam...
Kembang-kembang hati tukang masak walau tiada siapa yang memuji ketika puri yang disediakan kembang dan kembong ketika digoreng.  Selalu tengok dalam gambar tak pernah cuba, asyik dengar cerita en.Abe kata puri sedap, minta dia buatkan macam kat tempat dia selalu tu tak dapat-dapat.  Dia cuma cakap senang je buatnya macam buat doh roti canai, pipihkan dan goreng.


Nak tunggu berapa lama tak buat-buat juga, last-last makcik google lah resepinya dan try buat sendiri.  memang senang saja dan kebetulan bahan pun macam semua ada stock kat dapur.


Ada juga yang kembang sikit-sikit, sorokkan di belakang timbunan yang kembung tu.  Rasanya yang tak kembang sangat tu bila masukkan ketika minyak terlalu panas. 


En.Abe cakap padanan nak makan puri dengan alo masalla.  Aduh saya yang bermasalah nak buat alo tu, last cicah dengan sambal sardin saja.  Oklah daripada tiada kan.  Bawah tu resepi yang saya guna ambil dari MAHN, tapi sambal sardin awak karanglah sendiri ikut suka, ikut yang awak biasa buat.


Roti Puri
Sumber: MAHN

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum 
1 sudu makan susu pekat
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan majerin
1 sudu teh yis
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan air panas


Cara Penyediaannya
1. Campurkan tepung gandum, yis, susu pekat, garam, margerin dan minyak jagung. Uli hingga sekata dan berderai-derai.
2. Masukkan air panas dan gaul rata. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Bulatkan kecil-kecil. Letakkan dalam bekas bertutup. Perap selama 30 minit.
4. Lenyekkan dengan penggelek hingga nipis. Gelekkan semua adunan siap-siap supaya mudah untuk menggoreng.
5. Panaskan minyak. Minyak kena banyak dan api sederhana.
6. Masukkan adunan yang telah dilenyek tadi. Goreng satu per satu.
7. Masa menggoreng, kena simbah-simbahkan minyak ke atas roti. Bila sudah kembung, baru terbalikkan. Masak hingga kekuningan dan angkat.


Tips :
1. Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau x cukup panas, atau terlalu panas roti akan jadi leper dan tak kembung.
2. Gelek siap2 adunan tepung supaya senang untuk sesi menggoreng. Proses menggoreng mengambil masa yg singkat sahaja.

 


Bagi en.Abe rasa, nak tahu dia komen ape?
"Puri patut kenyal-kenyal bukan ranggup macam nie.  Ini mesti sebab awak letak yis.  Lain kali buat jangan letak yis".
Erm, baiklah....
Wassalam.