nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Friday, 24 February 2017

Lao Mandre: RM Sangkuriang, Bandung


Assalam..
Ini cerita lama punya tapi takdelah sezaman dengan cerita rakyat sangkuriang.  Malam last di Bandung kami cakap dengan pak supir nak makan makanan khas Bandung (Makanan suku Sunda).  Dua hari dua malam sebelumnya dah makan nasi padang, ini tak boleh jadi datang Bandung pergi makan nasi padang (nak makan nasi padang pergi Padang lah, setakat ini makan tepi padang permainan jer mampu), nak juga rasa makanan autentik Sunda kan.  Pak Supir bawa kami ke sini Sangkuriang.  Macam pernah dengar je nama tu, agaknya tipikal nama anak lelaki orang Sunda kot.   Ah, baru teringat cerita Tangkuban Perahu, iya anaknya bernama Sangkuriang yang ingin menikah dengan wanita cantik (wanita itu sebenarnya adalah ibu kandungnya).

Kami sampai tu agak lewat, nasib restoran masih buka.   Resto ada dua bahagian yang hendak berkerusi meja atau nak duduk bersila di pondok yang agak kebelakang sedikit.


Ketuk ini kalau perlu apa-apa atau nak panggil pelayan restoran.


Buku menu, tema menu pilihan malam itu adalah segalanya tentang ikan, ikan air tawar pula tu.  Tapi taklah kejam ikut tekak sendiri saja, pilihan ayam tetap ada.  Kalau semua dah setuju mari kita pilih apa nak di makan.


Menu pilihan malam tu -
Sup ikan nila
Gurame goreng kipas
Ikan mas cobek sunda
Ayam rica-rica
Ayam bakar
Genjer cah
minuman ikut pilihan masing-masing
* Nasi putih tambah satu bakul.

Agak banyak bagi mereka yang berperut kecil, biasa bagi yang kuat makan.  Pak supir kami ajak sekali hanya senyum dan geleng-geleng tengok gelagat kami, agaknya dalam hati dasyat orang malaysia ini makan. 


Ini sebahagian menu yang kami pesan, sesuai dengan tema resto yang lebih kepada masakan berasaskan ikan air tawar.  Namun ayam rica-rica dan ayam bakar order juga untuk kawan yang tak boleh hidup tanpa ayam.


Sup ikan nila (ikan talapia hitam), sedapnya hirup kuah tu.  Nampak cair dan macam air jarang jer kuah tu tapi sedap.  Puas jugak saya dan Ann merata sebab orang lain tak berapa nak terima kot rasa ikan tu.



Ikan gurame goreng (ikan kaloi), tak berapa menjadi kot kepak ikan ini, tak nak terbang asyik nak tergolek je ikan tu.


Ikan bakar ini paling sedap, kalau tak silap kami pilih ikan emas dengan pilihan masak cobek sunda.  Cobek / sambal tu yang sedap. 


Sebab kami customer terakhir, kesian ibu kasir dan bapak kasir yang menunggu group kami selesai makan.  Cepat-cepat lunaskan bayaran.  Maaf banyak-banyak ya ibu, bapak.


Antara eksessori yang dipamirkan dalam Restoran Sangkuriang.  Kalau datang waktu siang cantik agaknya pemandangan taman kat belakang kawasan yang menempatkan pondok-pondok tempat makan kami tadi.


Hatur nuhun (terima kasih dalam bahasa sunda).  Lenggok bahasa orang Bandung (suku sunda) ini lain sikit.  Semasa di pasar baru penjual tu asyik panggil-panggil teh, liat baju-baju teh, teh liat kain renda, mari teh, sini teh.  Saya tertanya-tanya kenapa mereka tak panggil kami "mbak" macam orang indosesia yang lain?.


Last tanya kamus bergerak kami, pak supir lah. "Teteh" itu panggilan untuk kakak dalam sunda, sementara panggilan "mbak" tu lebih kepada orang jawa. So kalau ada yang menyapa teh kesini, bukan mereka minta air teh atau suruh minum teh ya.
Wassalam.

Thursday, 28 April 2016

APAKAH JADAH? JADAH BAKAR


Assalam...
Apakah Jadah? saya tak maksud h**** jadah tu... Jadah bakar ini nama makanan, kudapan.  Saya jumpa masa berjalan-jalan ke bandung hari tu, tengok orang jual, beli dan rasainya sendiri.  Kalau tak silap masa beli tu, ada tanya kat penjual nama makanan ini, tapi sebab dah lama jadi lupa.  Jenuh juga nak nak ingat dan cari nama makanan ini, terpaksalah google.
 


Sekali imbas macam nasi impit kan, tapi jadah diperbuat dari pulut bukan nasi.  Hasil pencarian leceh jugak nak buatnya sebab proses nak kukus pulut dengan santan, lepas tu kena tumbuk pulut nak bagi mampat.  Dah mampat tu baru betukkan segi empat macam dalam gambar atau bulat-bulatkannya.  Dah dapat bentuk yang diingini, kena bakar pulak, bagi garing sikit bahagian luar tu.
 

Jadah bakar dimakan bersama serunding (rasa macam serunding ikan) atau kuah yang seakan kuah kacang.  Kalau nak campur kedua-dua serunding dengan kuah pun boleh atau makan asing-asing.  Memang sedap makan semasa panas-panas, pula ketika kami beli itu hujan lebat.  Sementara menunggu hujan redah kami sempat makan berkeping-keping jadah bakar.



Saya tak ingat harga untuk sekeping jadah bakar ini, murah saja Rp5000 atau Rp10,000 dan sekeping jadah bakar cukup mengenyangkan.



Sos untuk jadah bakar, serunding dan kuah kacang.




Kalau tanya resto mana yang jual, saya pun tidak tahu sebab saya beli jadah bakar dari penjaja jalanan saja.  Perut sendiri tanggunglah kan, kalau jenis yang manja tu, janganlah.  Banyak penjual jadah bakar ini yang mengandar jualan mereka ke sana ke mari.  Kami jumpa yang ini semasa berkeliaran di Jalan Asia Africa


Hujan dah redah, kami perlu berkumpul semula di kereta.  Geng kami semua senyum-senyum sebab perut dah kenyang, satu group lagi kelaparan berteduh kat mana entah.  Nak sarankan pergi beli jadah bakar, mereka tak lalu pula nak makan jajan tepi jalan ni.
Wassalam.

Sunday, 27 December 2015

Terima Kasih Zilla....

Assalam...
Saya kenal buku ini kerana terbaca entri Zilla - mystoriesmories  berkenaan buku Bulan Terbelah di Langit Amerika.  Kebetulan masa tu dekat-dekat ketikanya kami nak pergi Bandung, jadi guna kesempatan tu untuk mencari buku ini di sana.  Jadi kalau ada orang yang bertanya saya pergi sana shopping ape? Ha inilah dia, saya beli buku jer, 2 buku tulisan Hanum Salsabiela Rais dan suaminya Rangga Almahendra bersama 2 lagi buku lain.  Ikutkan hati nak borong banyak lagi buku di Gramedia tu, tapi rupiahnya ngakk cukup, waduhhh.

Saya suka buku-buku macam ini, travel menjejaki keagungan Islam diluar bumi anbiya.  Bukan macam novel cinta biasa, anda tidak akan terbang diawangan berangan akan hero handsome, macho, bergaya dan kaya.
Wassalam.

Sunday, 31 May 2015

Strawberry...

Assalam....
Singgah di ladang dan memetik strawberry, antara aktiviti dalam perjalanan balik dari lawatan ke kawah putih.  Kawasan tanah tinggi di daerah ciwidey dengan cuaca yang sejuk merupakan kawasan penanaman sayur-sayuran dan strawberry.  Terdapat banyak kebun persendirian yang menawarkan aktiviti bebas memetik sendiri strawberry dengan mengenakan bayaran kepada jumlah berat strawberry yang dipetik.  Kebun yang kami singgah mengenakan bayaran 60,000 rupiah untuk sekilo strawberry.
Gambar atas tu sebenarnya kebun orang lain, hanya bersebelahan dengan kebun strawberry tempat kita orang singgah dan petik strawberry.
Bila tengok kebun strawberry dan cara tanaman ini ditanam, mula nak berangan nak buat tanaman macam ini.  Nampak mudah kan? kalau buat kaedah tanaman fertigasi mesti menjadi.  Tetapi yang penting cuaca kena sesuai kan.
Beberapa pokok dalam satu polibag.  Ini masih panggil polibag lagi ker?, besar begnya dan macam guni (karung) tepung ataupun gula.
Bunga strawberry, tempat stigma warna kuning tulah terbentuk buah strawberry.
Kelopak bunga yang mula tertanggal / gugur memberi ruang kepada putik buah membesar dan berkembang.
Putik buah strawberry yang terbentuk dan semakin membesar berwarna hijau pekat.
Hanya sebiji buah yang terbentuk daripada sekuntum bunga strawberry.
Buah yang masih muda, semakin membesar dan warna hijau pekat bertukar kepada hijau keputih-putihan.
Terdapat juga buah strawberry yang terbentuk tidak begitu sempurna dan size yang kecil.
Nak mencari buah yang bersaiz besar dan merah pekat itu, terpaksa kena belek satu-satu pokok strawberry.  Kemungkinan telah dipetik oleh pelawat sebelumnya.
Nah, sudah kedapatan si sumandak makan strawberry.  Orang petik masuk bakul, dia petik terus masuk mulut.
Wassalam.

Tuesday, 5 May 2015

Cuti-Cuti Kami Ke Sini....

Assalam...
Bersama geng keras kami ke sini, mengikut rombongan makcik-makcik kiah yang nak pergi bershopping.  Trip yang banyak keluh kesah dari awalnya kerana kesilapan interaksi...ikutkan nak cancelled saja, tapi rugi sebab no refundable.  So alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan (alang-alang rugi biar rugi terus) dan seboleh-bolehnya kami  akan buat seceria yang boleh.   Ini pinjam gambar si sumandak do talawa, biar hilang lenguh-lenguh badan dan ada mood nak buat entry.
Wassalam.