Sunday, 16 June 2019

Salam Idul Fitri 1440H

Assalam...
Hari ini dah 12 syawal 1440H, sudah ada kawan-kawan yang menyambut raya sebanyak dua kali selepas puasa 6 di bulan syawal.  Tapi masih suasana raya kan, selamat hari raya dan maaf zahir batin atas salah silap selama ini.  Tahun pertama saya merasakan bagaimana perasaan hambarnya untuk berhari raya kerana sudah tiada insan bergelar ibu dan kakak.  Sejak bulan puasa lagi, perasaan macam serba tak kena, tiada juadah meriah seperti selalu.  Tahun ini berbuka puasa dengan apa yang ada sahaja, tetapi rasanya paling best sebab dapat selalu pergi terawih dengan en.Abe banding sebelum-sebelum ini pergi asing-asing sebab dia kerja petang.  Walaupun tahun-tahun sebelum ini  jarang beraya bersama ibu bapak sendiri, tetapi segala persiapan raya ada tempat untuk kita kongsikan, pagi-pagi raya ada no yang untuk dihubungi.  Hambar dan tak fikir nak buat persiapan apa, usah tanya pasal kuih raya, baju raya atau menu pagi raya, semua itu tiada dalam fikiran hanya fokus pada kerja. Berulang kali dipujuk untuk pergi mencari persiapan raya, berulang kali juga menolak.  Lagi 2 hari nak raya, baru nak ikut mencari baju raya, tengah-tengah malam ke jalan tar, kalau boleh nak minta tokeh jakel buka sampai pagi.

Usaha untuk membangkitkan suasana raya dan bagi bapak merasa suasana beraya bersama kami tahun ini, saya minta tolong kawan buatkan burasak dan tumbuk.  Jika saya sebarang juadah susah memadai, tetapi sebagai orang tua yang sudah terbiasa saban tahun dengan juadah sebegini ditambah lagi dengan keadaanya yang kurang sihat, haruslah kita usaha sedikit.


Hari raya ke-4, hari nak balik kampung baru dapat buat yang ini.  Cukuplah sebagai buah tangan untuk orang raya kemudian, tahu kat kampung dah banyak, adik-adik beli banyak sebelum raya tapi kan yang ini lain dari kita sendiri. 


Hanya ini juadah yang mampu disediakan pada raya ke-2, semasa sepupu datang beraya ke rumah dan melawat bapak.  Masak ala kadar saja untuk mereka, sambal ayam, lontong dan lodeh malu nak bergambar bersama.


Sepatutnya pagi hari raya ke-2 saya balik kampung di Sandakan untuk beraya dan uruskan beberapa hal.  Burn kan saja cuti dan tiket sebab serba salah nak tinggal bapak yang nampak keadaan kesihatannya semakin merosot sementara en.Abe pula kena kerja sampai ke malam waktu itu.  Bila hari nak balik kampung di Pahang, Alhamdulillah dia nak ikut, kalau tidak memang merap kat rumah lah kami berdua.


Dapatlah sehari berkumpul dengan adik-beradik en.Abe.  Sebelum mereka bertolak balik KL, kami sempat pergi beraya ke kampung budu.  Mana yang datang beraya awal lagi tu memang tak sempat jumpa lah.  Di kampung sekarang musim kuini, hari pertama dapat kutip lebih sepuloh biji, dapatlah bagi-bagi dengan mereka yang nak balik dulu, harap-harap esok banyak lagi akan gugur.


Kali ini dapat beraya 2 hari saja di kampung, walaupun en.Abe masih ada cuti 2 hari, tetapi saya pula dah kena kerja hari selasa.  Hari isnin disangka kan lebuhraya LPT tu dah kurang kenderaan ternyata masih banyak dan mula sesak sebelum Dong, Raub.  Kami cari jalan alternatif lain turut mendorong jumpa gerai tepi jalan yang jual musang king, sesekali layankan saja walaupun mahal.  Tepi jalan Kuala lipis - Bentong memang banyak gerai durian tapi kami kan dah tak lalu jalan tu.


Mengikut info trafik dan kakak yang keluar 2 jam lebih awal dari kami masih tetapi dia masih stuck dalam jam di bentong, maka kami terus cari jalan lain.  Sanggup lalu jalan berliku dan agak jauh melalui jalan Raub ke Bukit Fraser ke Kuala Kubu Baru daripada merangkak dalam jem.  Kami sampai lembah Klang sama waktu dengan kakak, masih awal lagi hari tu sempat lah terus beraya ke rumah sepupu di Kapar.

Walaupun cuti raya kami singkat, Alhamdulillah dapat luangkan masa dengan keluarga.  Cuma masih ralat tak dapat balik Sandakan untuk berjumpa keluarga di sana berhari raya dan berkumpul di majlis kenduri kawen anak sepupu.
Wassalam.

6 comments:

  1. Raya tanpa org tersayang memang dah tak semeriah dulu. Sy bertahun2 dah melaluinya. Selamat Hari raya Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu rasa sakitnya tu macamana, sahabat saya pun kata sama macam PK, bertahun-tahun dah lalui.

      Delete
  2. Salam aidilfitri 2019 ...cikguzim follower #124

    ReplyDelete