Sunday, 16 November 2014

Sup Ekor Thai Style...

Assalam...
Kami memang penggemar sup ekor, antara sup ekor mamak style, western style dan thai sytle, kami lebih suka yang thai style sedab ada rasa masam dan pedas-pedas gitu.  Rasa fresh jer bila dapat hirup kuah tu.  Kedai nasi kandar kat bawah ini pun ada jual sup ekor yang sangat sedap.  Pastilah yang dibuat oleh tukang masak siam untuk hidangan ala carte.  Harga semangkuk RM8.00 memang puas hati dengan rasanya.  Cuma tak puas makan sebab ada 2 ketul saja dan  en.Abe selalu mengalah dapat hirup kuah dan sayur dalam sup jer.

Saya guna resepi dari blog Denai Berbisik oleh TokChik yang memasak gun pressure cooker dan resepi yang mudah.  Saya salin semula resepi kat bawah ini;

Sup Ekor Thai Sytle
Resepi: Tokchik

Bahan A
500 gram ekor  - (saya guna sekilo ekor, so pandai-pandailah tambah bahan-bahan lainnya).
1 bungkus sup bunjut
1" halia - dititik
*  Masukkan kesemua bahan diatas kedalam pressure cooker dan rebus.  Anggran dalam 35 minit tetapi ini berganung kepada kuantiti bahan yang direbus.  Cara tc mengira masanya adalah dgn mengambil kira daripada mula wisel yang ada di pressure cooker tc berbunnyi/berdesir.  Selepas 20 minit wisel berbunyi tc matikan api.  Dah empuklah bahan yang direbus.  Sesuaikan dengan periuk pressure cooker anda sebab periuk jenama lain ada sedikit kelainan pada functionnye. 

Bahan B
3 ulas bawang puteh - dititik
2 biji limau nipis - diambil airnya
1 labu bawang besar - hiris bulat
10 biji cili padi - dititik
4 helai daun limau purut - buang tulangnya
2 biji tomato - dibelah 4 

1 batang carrot - potong (saya tambah)
1 batang serai - dipotong serong
1 batang calery - dipotong serong
sedikit daun ketumbar - saya tak letak

*  Masukan bahan B kecuali perahan air limau nipis dan daun ketumbar kedalam rebusan ekor tadi dan didihkan semula sekitar 5 minit.
*  Tambah garam secukupnya, kemudian masukkan perahan jus limau nipis, didihkan sekejap dalam seminit.
*  Matikan api dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Rasanya mestilah sedap, tapi still wonder macamana nak dapatkan kuah sup yang keruh keputihan macam yang selalu dijual kat kedai tomyam tu.  Yang ini hasilnya jadi jernih jer.  Ada sesiapa boleh bagi tips?...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment