Wednesday, 12 November 2014

Dah Sampai Masa Untuk Berkaca Mata?

Assalam...
Mood nak membaca kembali, tetapi bila dah tutup buku, nampak benda lain jadi kelabu.  Ini tanda-tanda dah start rabun ke atau silau makin tinggi atau effect sebab pandang skrin terlalu lama?  Perasaan benda ini dah lama tetapi sejak dua menjak ini bertambah teruk.  Konon nak atasi untuk sementara waktu kenalah kurangkan aktiviti membaca.  

Baru-baru ini kawan pinjamkan buku, start lah baca, bila tutup buku, orang yang ada di hadapan pun dah jadi kelabu, maksud kelabu bukan tak nampak langsung tapi warna atau bentuk orang itu tak sharp gitu.  Jenuh pejam-pejam dan celikkan mata untuk mendapatkan bentuk dan warna yang asal.  Ambil masa jugak beberapa minit gitu, terpaksa alihkan pandangan ke arah lain, tengok pokok, tengok kereta, tengok langit semua kemudian tengok objek asal semula.  Kena ulang step berepa kali.

Satu lagi perasan setiap hari mesti keluar taik mata dan air mata.  Air mata bukan nangis tau.  Air mata keluar disebelah hujung mata terutama mata kanan pada sebelah pagi.  Bila dah lepas mandi pun masih ada lagi air mata yang keluar.  Tak boleh jadi ini kena pergi jumpa doktor opto jugak, tak pun kena cek mata di kedai kaca mata bertauliah.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment