Assalam...
Salah satu sambal yang keluarga saya suka sediakan terutama mak. Bila dapat balik kampung bolehlah mengada-ngada suruh mak buat. Kan air tangan mak itu makanan palingggg dan terrrrrsedap untuk anak-anak. Rindu mak sebenarnya ini. Halaman rumah memang tak pernah mis dengan herba pokok kemangi ini, sebab mak suka sangat letak dalam sayur atau buat sambal. Kadang buat tu banyak versi, versi yang letak isi ikan masak, isi ikan bakar dan versi yang tak letak isi ikan pun ada. Tanpa belacan atau buah keras pun boleh jadi, cuma kurang lemak berbanding kalau letak buah keras. Bagi mereka yang ada alahan dengan belacan, boleh abaikan takyah letak. Jomlah tengok camana cara buatnya.
Sambal Kemangi
Sumber: Mak Timah
Bahannya
daun kemangi secukupnya
tomato*
cili merah*
cili padi*
buah keras* (optional)
belacan* (optional)
bawang merah*
bawang putih *
isi ikan bakar / goreng
garam, gula secukupnya
Cara Penyediaannya.
- Goreng atau bakar sekejap semua bahan-bahan bertanda *. Buang kulit tomato dan tumbuk kesemuanya. Bila dah lumat masukkan isi ikan, daun kemangi dan perasakan.
- Sambal kemangi sedap dipadankan dengan ikan bakar, sayur asem, sayur bening dan nasi panas.
- Kalau tak habis makan, simpan dalam peti sejuk, kerana sambal ini mudah rosak sebab menggunakan bahan-bahan fresh.
En.Abe, bila dapat makan sambal ini, dia tak makan dengan nasi. Tetapi sambal letak atas roti, cheese creaker atau cream creaker, tutup dengan hirisan timun baru makan. Konon-konon feel nak transform menu kampung jadi menu hi-tea.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment