Assalam...
Kisah orang yang suka terpengaruh, begitulah kekdahnya. Tapi kira pengaruh yang baik jugaklah kan. Orang menjeruk asam, kita pun menjeruk, orang buat cucur, kita pun mencuba walaupun hasilnya tak secantik orang buat, nak jugak buat tayangan perdana di sini. Adalah diakui memang dari seumur hidup bila buat cucur tak pernahnya jadi 'O' bulat yang sempurna..
Ini hasilnya setelah dibuat adjusment terhadap adunan. Masa dah bancuh semua adunan memang jadi sangat lembik, rasa memang dah sukat betul2, tapi nape cair jer. So dalam keadaan tangan berlemuih tu sempat lagi buat cross check di blog otai sebab nak tahu keadaan dohnya. Ada penambahan tepung sesuka hati disitu tanpa sukat menyukat lagi. Ish...ish...ish kira berangan lagi ker aku masa menyukat air itu. Resepi, malas nak salin. Sila refer blog otai-otai di sini, sini, dan sini untuk resepi yek.
Bangun pagi tengok tinggal yang kat bawah tu jer...sambutan kira memberangsangkan lah tu. Ini adunan yang mula2 digoreng sebenarnya, tak nampak kembungnya. Nasib gorengan untuk 2nd time & seterusnya dah kembung tembun sikit, orang yang mengoreng pun mula nak kembang kebanggaan juga.
Keesokan hari rasa nak buat ulang tayang lagi, namun en.abe ajak keluar mengeteh di kedai mamak, terbantut hasrat hatiku. Jadi lain kali sajalah....
Wassalam.
No comments:
Post a Comment