Wednesday 5 November 2014

Kiriman Buah dari KBB

Assalam...
Kiriman buah ini dari Diana KBB, dah lama sampai...ada antara buah tu yang telah habis dimakan pun.  Terima kasih tukang kebun yang baik hati, penuhkan kotak pos laju dengan buah-buah lain selain buah warna kuning tu.  Ada buah ciku, lemon dan ubi kayu. 

Sebenarnya teringin nak merasa buah warna kuning tu, terjakun sekejap bila terpandang entry tukang kebun KBB tentang buah ini.  Seumur hidup memang tak pernah jumpa dan rasa buah ini lagi.  Saya anggap ianya antara buah esotik yang patut dicuba dan diambil tahu.  Menurut tukang kebun buah ini dikenali dengan nama kuning telur atau canistel ataupun buah mentega.
Bagi yang ingin mencuba bolehlah melawat blog Diana.  Selain buah, biji benih, pokok bunga yang pelbagai, anak pokok semua ada di kebun mereka.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment