Assalam...
Nanas saya selalu sebut nenas, yang betulnya adalah NANAS. Saya suka makan sebab ini antara buah segar yang senang diperolehi daripada kebun bapak dulu hingga kini. Selalu kami makan segar saja, atau bapak makan dengan nasi mengantikan dengan sayur. Ada memori zaman kanak-kanak pasal pokok ini, dikenakan perintah berkurun dan hampir kena sebat kerana mengerjakan pokok nenas jiran. Jadi bahan mainan, tarik dan cabut daun hingga pokok botak.
Selama ini tau makan jer. Selalu dengar orang kata nanas Sarawak yang manis, yang sedap, jenis-jenis lain tak tahu. Tapi boleh bezakan rasanya, ada yang bila kita makan rasa lidas kuat pada lidah dan ada yang tak.
Laman nanas ini antara laman ekspo yang sempat kami lawati ketika pergi MAHA hari itu. Entry sebelum ini ada di sini dan di sini. Turut dipamerkan adalah varieti nanas yang terdapat dipasaran, bolehlah belajar dan tengok berbezaannya.
Yankee.
MorisN 36.
Jenis nanas dan kegunaannya, sama ada untuk dimakan segar atau dikalengkan (tin).
Welcome drink dengan jus nanas.
Lepas tu kita rasa pulak nanas jenis JosapineYankee,
Dan MD 2, varieti yang sedang dipopularkan kini. Varieti yang dihasilkan daripada kajian 5 atau lebih jenis varieti nanas yang ada. Rasanya memang paling sedap dan manis daripada rasa verieti nanas yang lain.
Di dalam bangunan Pusat Informasi Nanas tu, menyediakan info segala-galanya tentang nanas.
Sejarah nanas di nama ianya bermula dan bagaimana pokok nanas sampai ke Tanah Melayu sehingga negara kita menjadi tempat ketiga pengeluar nanas dunia selepas Thailand dan Philipina.
Mari uji minda tentang nanas.Jawapan ada kat bawah ini.
Antara produk hiliran daripada pokok nanas, jangan ingat buah aje yang boleh dimakan..parts lainpun berguna jugak.
Nanas ori dan bukan ori
Dulu kita selalu baca cerita tentang pekebun yang menjumpai jambul nanas ganjil dan kelihatan aneh.
Kalau buat pose-pose cantik dan lawa, bolehlah ikut pertandingan klik-klik di laman nanas. Baca info di bawah ini, siapa tahu anda antara pengunjung yang bernasib baik.
Pada sesiapa yang ada hasrat untuk memulakan projek nanas, ada tanah yang terbiar boleh berhubung dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Mereka ada sediakan bantuan berupa bimbingan dan modal untuk projek tanaman nanas.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment