Assalam...
Cerita konvo ini minggu lepas di Dewan Tunku Censelor Universiti Malaya. Ini merupakan hari konvokesyen khas untuk graduan Kolej Perubatan Universiti Malaya yang telah disempurnakan oleh Pro Censolor Toh Puan Dato' Seri Hajjah Dr. Aishah Ong. Konvo besar dan hari terbuka UM dah selesai beberapa minggu lepas.
Pertama kali jadi tetamu untuk menyaksikan konvo orang, dulu orang tengok kita, sekarang giliran kita plak yang tengok orang. Siapa yang tak teruja setiap kali terpandang jubah, topi dan skroll, macam nak merasa lagi nak pentas. Tapi apakan daya otak dah tak secair dulu, tangan nak menulis dah kurang sepantasnya, semangat pun lebih nipis dari kulit bawang. Cukuplah dah merasa 2 kali. Orang Sabah cakap daripada tiada lebih baik ada.
Dipertengahan majlis, ada selingan nyanyian daripada staf PPUM sendiri dengan menyanyikan lagu Ayah dan Ibu, serta Bahtera Merdeka. Mesej yang amat bermakna dalam lirik lagu yang bukan untuk graduan semata-mata, setiap yang ada dalam dewan mesti tersentuh jiwa nurani. Bila dah berkerjaya, dah pegang duit sendiri, dah senang, jangan dilupa jasa dan pengorbanan ibu ayah selama ini sanggup bergolok bergadai untuk membolehkan kita mendapat pendidikan terbaik.
Bila dah berkerjaya, bekerjalah dengan penuh dedikasi demi untuk memajukan organisasi atau syarikat. Kerana dengan cara itulah sumbangan kita pada negara dapat disalurkan sebab kita bukan antara mereka yang dilahirkan gagah untuk menggalas senjata. Pesanan penting SAHABAT PPUM bekerja kerana Allah jangan dilupa.
Pengalaman baru sebenarnya ada acara nyanyi-nyanyi pada majlis konvokesyen. Uni saya dulu kami hanya ada lagu Negaraku dan lagu rasmi uni. Kredit pada penyanyi itu suara mereka memang power, mula-mula ingat memang artis.
Ada sessi group photo bersama-sama dengan tenaga pengajar mengikut bidang kursus masing-masing.
In group jururawat, lepas ini kalau sesiapa yang diwardkan di PPUM akan jumpalah muka-muka mereka ini.
Bahagianya bila dapat membuat seorang ibu tersenyum kerana kejayaan kita.
Inilah cik misi kedua (Nur Nadiah) yang lahir dari keluarga kami selepas kak long. Moga jadi semangat dan teladan untuk adik-adik yang seterusnya untuk berjaya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment