Sunday 23 November 2014

Puding Roti Caraku.

Assalam....
Kadang teringin juga nak sarapan makan roti sapu jem, kaya atau buat roti bakar makan dengan telur separuh masak.  Saya seorang jelah yang layan, itupun sekali sekala, en.Abe memang tak pandang.  Orang kampung lebih suka sarapan makan nasi atau yang sewaktu dengannya.  Bila beli roti sebungkus kecil tu memang jarang dapat dihabiskan.  Sebelum tarikh luput sampai, roti disumbat dalam peti ais konon nak preserve dari rosak bila sampai tarikh.  Apabila   buka pintu peti ais, nampak ada roti, bolehlah diolah jadi benda lain supaya mudah dan mesra lalu di tekak.  Tapi bila teralpa, maka menternak kulatlah nampaknya.  So buat puding roti ini, adalah salah satu caraku untuk menyelamatkan roti tersebut daripada masuk ke dalam tong sampah.
Walaupun en.Abe tak makan benda ini, tapi dia tegur bila tak berkenan, nape tak panggang dulu almond flake tu?...caitt.  Erm takpe, sedap jer jawapku tapi yang sebenarnya kan, saya suka buat benda short cut.  Kawan-kawan jangan malas-malas macam saya ya, kalau tak malu jer kena tegur oleh laling you all.
Puding Roti
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
5-6 keping roti
1 cawan susu segar
sedikit buah-buahan kering 
sedikit kepingan badam - panggang terlebih dahulu
2 sudu gula
marjerin -  untuk sapu pada roti
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Penyediaannya
*   Puding ini boleh dikukus atau dibakar.  So sediakan steamer atau oven terlebih dahulu mengikut method yang anda telah pilih.  Saya selalu stim je sebab senang.
*  Roti yang telah disapu majerin (sebelah sahaja) susun dalam loyang dan selang-selikan dengan campuran buah kering (mix fruit).  Kemudian tuangkan susu, biar seketika atau tekan-tekan bagi susu serap ke dalam roti.  Anda boleh juga rendam roti dalam susu terlebih dahulu.  Roti itu nak carik-carik atau biar keping-keping pun boleh.   Akhir sekali letak almond flake dan buah campur dibahagian atas roti. 
*   Gula dan telur kacau dengan whisk hingga sebati.  Masukkan esen vanilla dan tuang ke atas roti.  Bagi yang nak makan puding tanpa sos, boleh letak gula lebih sedikit untuk mencukupkan rasa manis puding.
*  Letak dalam pengukus dan stim hingga masak.  Seeloknya tutup loyang dengan foil untuk mengelakkan wap air pengukus masuk ke dalam puding.

Sos Kastad
2 cawan susu segar
gula ikut manis
2 sudu tepung kastad
1/2 cawan air - campur dengan tepung kastad
telur (optional)


Penyediaannya
*  Panaskan susu dan gula hingga mendidih.  Masukkan campuran air, tepung dan telur.  Kacau hingga likat dan sos meletup-letup.  
*  Boleh tambah sedikit air jika sos terlalu likat.  Seelok-eloknya sos sedikit cair supaya senang untuk dituang ke atas puding roti nanti.
Bila dah transform roti nak expired tu jadi begini, mesti berselera untuk menikmatinya.  Puding roti ini boleh dinikmati ketika masih suam atau yang dah sejuk.  Menikmatinya ketika sos masih suam, paling nikmat bagi saya.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment