Assalam...
Konon-konon nak buat cabaran untuk diri sendiri selama 30 hari dengan menyediakan infused water untuk mendetox segala kotoran dalam badan. Setelah membaca dan mengetahui tentang manfaatnya jika diamalkan, maka berkobar-kobar lagilah keinginan itu. Yang paling penting usaha untuk mengalakkan diri sendiri minum lebih banyak air setiap hari atau mengikut keperluan badan seseorang iaitu 25kg bersamaan 1litre air. Benda baik takyah tangguh2, ayo kita amalkan sekarang. Senang dan ringkas jer untuk disediakan dan boleh campur-campur apa-apa jenis buah. Ini hasil olahan saya untuk minggu pertama.
Hari Pertama - Lemon + oren
Hari Kedua - Teh + Oren = Tehreen (istilah sendiri)
Hari Ketiga - Timun + Oren + Lemon
Hari Keempat - Timun + Pudina + Lemon + Halia (resepi untuk mengempiskan perut katanya)
Hari Kelima - Oren + Lemon + Limau nipis
Hari Keenam - Lemon + Madu
Hari Ketujuh - Delima + Lemon + Lime
Tipu sebenarnya dapat habiskan setiap jenis setiap hari, jadi time frame seminggu tu tak berjaya dicapai sebaliknya buat tambahan kepada beberapa hari lagi. Sekali buat kira-kira 2 liter, tapi saya minum masa di rumah saja tak kuasa nak kendong ke tempat kerja. Lagi satu nanti asyik nak ke toilet, dahlah tempat kerja saya toilet tingkat satu, berapa kali nak kenalah panjat tangga sehari. Kadang dah lebih 2 hari air tu, tetap jugak minum dan habiskan, bayangkan betapa pahit dan peritnya rasa lemon tu. Entah-entah khasiat dalam tu dah bertukar jadi kelain pulak....ah sudah siapa pula nak buat kajian kandungan infused water expired ini????.
Wassalam
No comments:
Post a Comment