Assalam...
Kalau anda perhatikan bentuk seni bina masjid jamek Bentong Pahang ini, ada persamaan dengan seni bina masjid jamek Jerantut entry sebelum ini. Cumanya masjid di Bentong ini terdapat 2 tingkat ruang sholat berbanding hanya setingkat pada masjid di Jerantut. Nama masjid jamek Bentong ini mengambil nama sempena nama sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Masjid ini terletak di tepi jalan utama di antara Bentong dan Raub, Pahang yang juga menjadi jalan utama kepada mereka yang berulang alik dari Lembah Klang ke daerah Raub dan Kuala Lipis di Pahang mahupun negeri Kelantan.
Ketika kami singgah untuk sholat maghrib dalam perjalanan dari Benta ke Lembah Klang, terdapat ramai pengunjung terutama mereka yang dari Kelantan singgah untuk bersholat. Mula-mula cuak juga sebab tak dapat tempat parkir kosong di hadapan dan sebelah masjid. Takut kalau driver tukar haluan menuju pertol stesen, mujur jumpa signboard kawasan meletak kenderaan di sebelah belakang Masjid. Agak luas namun untuk orang istimewa dinasihatkan menggunakan laluan hadapan, kerana di sebelah belakang perlu menuruni tangga.
Laluan ini untuk ke bahagian wuduk wanita dan ke tangga parkir di sebelah belakang. Di sebelah kanan masjid terdapat dewan untuk menjalankan sebarang aktiviti kariah masjid yang bersambung dengan tabika islam.
Tabika islam di sebelah kanan masjid untuk pembelajaran peringkat awal anak-anak penduduk sekitar pekan Bentong.
Terima kasih mr. driver yang sudi singgahkan kami sholat di sini, tertunai hasrat hati yang dipendam selama ini. Sebelum ini dah banyak kali meminta untuk singgah sholat di sini, jawapannya tetap surau petronas. Di mana-mana pun nak sholat tak jadi hal yang penting dapat laksanakan dengan sempurna katanya. Baik bossku.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment