Assalam...
Semalam masih meneruskan misi lawatan ke outlet halal pilihan. Kali ini kami membuat lawatan ke atas dua outlet berasingan yang terletak dalam area KL & PJ jer. Misinya untuk mencari pengusaha sate dan kuih yang betul-betul halal dan diperakui oleh JAKIM, maksudnya mereka (pengusaha) ini adalah pemegang sijil Halal keluaran JAKIM.
Mula-mula kami ke kilang sate, memang amat berpuashati dengan keadaan kilang yang bersih dan kagum dengan pengusahanya. Kami terut dijamu dengan sate keluaran mereka. Rasa satenya memang sedap, lembut dan size sate yang standard tanpa mencampurkan dengan lemak ataupun kulit. Selepas merasa, kami dibawa untuk melihat sendiri proses penyediaan sate didalam bilik khas.
Daging yang diperap diletak dalam bilik sejuk sebelum proses mencucuk sate.
Sate yang telah siap dicucuk, dipack dalam plastik berlebel dan disimpan dalam bilik sejuk beku sebelum dimasukkan ke dalam kotak.
Bekas penyimpanan bahan-bahan mentah kering yang digunakan untuk membuat kuah sate.
Fenomena biasa ketika penyediaan kuah sate. Ketika ini dikira luar waktu puncak, bayangkan kalau musim bulan puasa atau musim raya, berapa periuklah yang beratur untuk memasak kuah dalam sehari bagi menampung permintaan 2 juta cucuk sate?.
Semasa kami ke outlet pengusaha kuih pula, masa untuk membuat kuih belum bermula lagi. So tak dapatlah nak saksikan mereka membuat kuih, hanya beberapa proses penyediaan awal seperti menyediaakan inti dan acuan seperti di bawah ini.
Kedua-dua outlet yang kami pergi ini turut menjual sate dan kuih untuk pelanggan tempatan selain membekalkan sate dan kuih kepada hotel-hotel seluruh lembah klang.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment