Friday, 7 November 2014

Pisang Goreng Sedap

Assalam...
Saya selalu teringat-ingat makanan yang saya makan pada zaman kanak-kanak, bila dapat buat atau makan tu jadi satu kepuasan walaupun ianya hanya makanan kampung.  Tak tahulah orang lain pun ada perasaan sama ker tak?  atau bila dah pandai makan pizza lupa dah makanan zaman kanak-kanak mereka.
Antaranya yang ini, pisang goreng / goreng pisang.  Zaman kanak-kanak boleh kata hari-hari inilah hidangan ketika sarapan atau minum petang (dalam seminggu ada 7 hari, 5 hari pisang goreng).  Kadang-kadang merungut jugak kat emak, asyik-asyik pisang goreng, pisang goreng, nak jugak merasa makanan lain seperti roti atau biskut itu sebab tengok kawan-kawan makan.  Sebab tu saya belajar makan biskut kering dan roti agak lewat, ketika di uni.
Tapi dulu-dulu orang kampung hidup ala kadar, mana ada banyak duit nak beli itu ini.  Mak menjamu kami dengan kuih muih buat sendiri, busuk-busuk pun sediakan pisang goreng ini.  Dalam sehari boleh buat sampai tiga kali, pagi, petang dan malam sebagai snek ketika menonton tv atau jika ada tamu yang datang.  Mungkin kalau nak beli pun, tiada orang yang jual sebab memang kat kampung kami dulu takde satu pun kedai kopi atau gerai yang menjual kuih selain kedai runcit.  Tabiklah suri-suri rumatangga dulu-dulu memasak sendiri semua untuk makanan ahli keluarga. 
Selalu bila buat pisang goreng, adunan tepung tu buat yang biasa-biasa saja.  Kurang gemar menggunakan adunan pisang goreng yang terdapat dipasaran.  Pisang pulak suka guna pisang nipah lepas tu cicah dengan sambal kicap.  Kali ini terjumpa satu resepi untuk adunan tepung yang nampak menarik dan terfikir sangat best bila dipadankan dengan pisang raja.  Hasilnya memang mabeles, manis dan sangat sedap dimakan begitu saja.  
Nak tengok resepinya, saya copy paste kan dari blog Izah Muffin Lover.

Pisang Goreng Sedap - Resepi Tepung Goreng Ranggup
Resepi asal: Hairul
Telah dicuba oleh: Izah


Bahannya:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan kotak  - saya ikut cara izah guna susu cair
1/2 sb baking powder
sedikit serbuk kunyit - sayapun tak letak
1 biji telur
2 sudu besar marjerin cairkan - biarkan sejuk
air secukupnya
garam secukup rasa

Caranya:
Sebatikan semua bahan di atas kecuali marjerin cair. (marjerin yang dicairkan perlu benar-benar sejuk)
Disarankan untuk menggunakan tangan supaya bahan sebati dengan sempurna dan dapat mengawal kepekatan adunan. Adunan perlulah pekat. Jangan cair sangat. Setelah mendapat adunan yang elok kepekatannya, 
masukkan marjerin cair yang sudah disejukkan tadi.

Untuk keterangan lebih detail dan bergambar sila rujuk ke blog Hairul di link di atas.

NOTA: Untuk menikmati goreng pisang bercheese, hanya 2 bahan diperlukan.
1. Cheddar cheese
2. Susu pekat

Curahkan sedikir susu pekat ke atas gorengan pisang yang masih panas. Kemudian boleh lah ditaburkan dengan cheese. Sedia dinikmati.

p/s - saya buat hingga step goreng pisang tu saja, sebab lebih suka menikmatinya tanpa cheese.  Lidah orang kampung.  
Wassalam.

No comments:

Post a Comment