Assalam..
Mari saksikan suasana di sebuah perkampungan (Dusun Makkombong Timur, Desa Indu Makkombong), yang terletak di Kacamatan Matakali, Kabupaten Polman (Polewali Mandar), Sulawesi Barat. Pekerjaan utama penduduk adalah sebagai petani yang mengerjakan sawah padi atau kebun koko, kelapa, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Bahan binaan rumah kediaman menggunakan kayu, batu dan zink. Bentuk bumbung rumah yang tinggi dan mempunyai ciri khas.
Dalam satu rukun tetangga (RT) atau kawasan kejiranan (kampung) mereka diketuai oleh seorang Lurah (ketua kampung). Setiap rumah diwajibkan untuk menghiaskan halaman dengan pokok-pokok bunga (terutama kawasan hadapan rumah) secantik dan sebersih yang boleh.
Bagi yang mampu, pagar hadapan rumah dibina tembok batu dan mereka yang sebaliknya menggunakan pagar yang diperbuat daripada buluh. Proses penggantian pagar akan dilakukan secara serentak di keseluruhan kampung.
Rumah-rumah kayunya dibina tinggi dan mempunyai ciri yang nyata iaitu tangga serta kolong rumah.
Bagi rumah kayu, setiap tiang rumah diletakkan diatas foundation yang kukuh dan tidak ditanam ke dalam tanah. Ini menyenangkan mereka mengangkat dan mengalihkan sesebuah rumah rumah tanpa perlu untuk meruntuhkan strukturnya.
Jenis tanaman hiasan dan ramuan yang biasa ada di halaman rumah penduduk kampung.
Anggerik (orkid)Gerbera
Belimbing Buluh
Durian Belanda
Pisang Lemak Manis
Mangga
Pokok Coklat (koko), kalau kita cakap koko orang sini tak kenal, mereka panggil pokok coklat.
Ini penting untuk mendapatkan siaran TV.
Sumur / perigi / telaga - punca air utama atau back up di musim kemarau.
Extra dapur yang setiap rumah ada, terletak di sebelah belakang rumah atau pun dalam rumah. Kategori apa ye dapur kayu macam ini wet atau dry kitchen? Lebih sesuai dengan gelaran dapur tradisional kot.
Bahan bakar menggunakan kayu, sabut atau arang.
Takdelah jauh sangat beza dengan suasana kampung kita di sini kan. Tanaman hiasan dan sekeliling rumah pun hampir sama dengan rumah kampung kerana terletak di kawasan iklim yang sama.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment