Wednesday, 1 October 2014

Sup Kepala Ikan Merah Abe Nas..

Assalam....
Dah penat bercerita, time untuk melayan tekak pulak.  Balik kampung hari tu kami cuba untuk membawa bekalan ikan dan ayam kampung yang telah difrozenkan terlebih dahulu.  Kami baru nak mencuba, orang lain dah berkurun dah buat kerja ini sebab bekalan ikan di sana fresh dan lebih murah.  Antara yang saya bawa balik adalah ikan merah, ikan putih dan 2 ekor ayam kampung (ayam tu free, bapak yang belah).  Ini antara menu yang en.Abe dapat sediakan.
Sup Kepala Ikan Merah
Sumber: Abe Nas

Bahan-bahan
1 kepala ikan merah - belah dua
2 batang celery - potong
1 sup bunjut
3 biji buah keras - tumbuk lumat
1 inci halia muda - racik
1 bawang holland - racik
3 ulas bawang putih - ketuk
lada hitam
daun sup
daun bawang
bawang goreng
garam dan serbuk perasa
minyak untuk menumis 
Air secukupnya

Cara Penyediaan
* Tumiskan bawang dan halia hingga layu.  Masukkan air, buah keras, lada hitam dan sup bunjut.  
* Bila dah mendidih masukkan kepala ikan dan celery.  Biar hingga ikan masak dan perasakan.
* Tutup api dan bolehlah masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.  Sedia untuk dimakan.

Bekalan yang kami bawa hari itu cukup untuk lauk selama 2 minggu.  Oleh kerana misi menyeludup telah berjaya, maka dengan itu misi yang lebih gah akan dirancang kemudian hari yang melibatkan nelayan pukat tunda.
Wassalam..