Wednesday, 1 October 2014

Asam Keping & Pulut

Assalam...
Pertama kali jumpa beras pulut rendam diletakkan dengan asam keping di rumah mertua.  Saya tanya mak mertua dulu, sebab saya tak pernah nampak mak saya letak asam keping.   Ini petua kalau nak dapatkan pulut kuning yang cantik dan  berkilat katanya.   Ohh, dah lupa pulut yang mak saya selalu buat sama ada berkilat ke tidak, yang saya ingat selalu buat pulut 4 warna - putih, pink, kuning dan hitam.  Tapi saya tak ambik pot sebenarnya sebab tak berapa gemar makan pulut.
Contoh pulut kuning yang telah  dideco, boleh membuat selera anda menjulang naik nak makan pulut.  Sesekali saya makan jugak dengan rendang atau pulut yang digaul dengan kelapa parut dan dimakan bersama ikan masin.  Teringat pulut sorok yang selalu disediakan sebagai sarapan di rumah-rumah kenduri di Sidam Kiri, Kedah.

Wassalam.

No comments:

Post a comment