Assalam...
Menu ini mak mertua hidangakan buat kami ketika balik kampung raya korban baru-baru ini. Ketika chek memasak itu kami yang ada di rumah ketika itu bersin tanpa henti kecuali beliau. Chek cakap dia tengah masak ayam sambal guna lada ce'ngi' (gelaran beliau untuk cili padi kampung). Saya yang memang pengemar cili, bila dengar tu memang suka dan rasa tak sabar nak makan. Mak mertuaku ini walaupun orang kelantan, tapi makan pedas tu boleh tahan jugak. Tapi bila sampai pada anak-anak beliau, ada yang tahan pedas dan ada yang langsung tak tahan pedas macam en.suami.
Mari saya sharekan resepinya, biar ilmu itu diperpanjangkan dan moga boleh dimanfaatkan...
Ayam Sambal Lada Ce'ngi'
Sumber: Chek Bedah
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil2
3 cawan air
20 biji cili padi (tambah kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 inc. kunyit hidup
1 inc. halia
1 biji bawang besar / holland- hiris bulat
garam, gula
minyak
Cara Penyediaan
* Tumbuk halus cili, bawang putih, halia dan kunyit.
* Rebus ayam dengan air hingga masak. Bila air dah kering, masukkan bahan tumbuk dan hirisan bawang. Masukkan sedikit minyak dan perasakan dengan garam dan gula.
* Goreng hingga bawang layu dan sesuaikan rasanya.
Kalau yang alah dengan cili itu, sila kurangkan kuantiti cili. Menu ini memang pedas dan ketika makan boleh buat air hidung dan peluh mengalir keluar. Ketika masak tadi pun dengar jiran sebelah dan bawah terbersin-bersin dek penangan sambal ini. Almaklumlah rumah atas awan, bumbungmu adalah lantaiku dan dindingmu dindingku juah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment