Sunday 12 October 2014

Makassar Dari Udara.

Assalam...
Dari udara, memang kawasan bandar nampak sesak dengan bangunan.  Tapi bangunan-bangunan tinggi yang menjulang agak kurang dan ketinggian kurang dari 25 tingkat.  Banyak bangunan kediaman, komersil, dan industri tertumpu di kawasan bandar akibat pembangunan terdahulu.  

Penambakan laut sebagai pengunjuran pembangunan terutama untuk kawasan rekreasi pelancongan dan aktiviti pelabuhan. 
Untuk kediaman, komersial dan industri pula berkembang mengarah ke kawasan pinggir bandar menganjur ke daerah Maros.
Pembangunan yang semakin berkembang dan mengambil alih kawasan pertanian terutama kawasan sawah padi.
Kawasan pinggir bandar.
Berhampiran dari lapangan terbang, jauh sikit dari pusat bandar...kawasan Daya dalam daerah Maros.
Kawasan ini dah keluar dari kawasan makassar, arah ke Maros dan Pangkep.
Petak-petak sawah padi yang baru lepas musim panen.
Gugusan pulau yang terdapat di pesisir pantai Makassar.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment