Assalam...
Lauk ulang tayang yang selalu sangat disediakan. Napa jadi macam tu sebab takde idea nak masak atau memang tak tahu masak lauk lain. Satu sebab ianya mudah, dari langkah pertama nak bersihkan ikan tongkol memang mudah, tak ada sisik, hanya potong sirip dan kupas kulit dibahagian kepala. Lagi satu bila dah masak ada sambal laju jer nak makannya. Kira membuat penambahbaikkan pada menu berbanding makan yang bergoreng saja.
Sambal TongkolSumber: Mulia
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol - perap garam kunyit dan goreng separuh masak.
Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji cili merah
5 biji cili padi (abaikan bagi yang tak suka pedas)
4 biji bawang putih
3 biji bawang merah
2 biji tomato
2 biji buah keras
2 batang serai - potong kecil
1 inc. halia
1 inc. kunyit
1 biji bawang besar - potong bulat
garam, gula dan perasa
Cara Penyediaan
* Goreng ikan separuh masak, elakkan menggoreng ikan terlalu garing sebab isi ikan tongkol ini agak keras.
* Tumiskan bahan blend hingga kering dan naik minyak. Masukkan bawang potong, garam, gula dan serbuk perasa. Sesuaikan rasanya.
* Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, biar seketika bagi ikan dan sambal mesra. Tutup api dan boleh dihidang.
Kalau di tempat saya, sambal ikan macam ini salah satu lauk untuk nasi kuning yang biasa di makan ketika sarapan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment