Tuesday, 14 October 2014

TTC Journey 15: Circle Day ke- 32

Assalam...
Pagi ini last pengambilan dupasthon dan berjaya dihabiskan.  Kalau ikut jadual semalam dah habis, tapi kan saya cakap hari itu ada satu malam itu terlupa telan.  Hari ini dah CD32, berharap sangat usaha kami menjadi kenyataan.  Saya seperti wanita lain jugak, kami bukan golongan wali-wali hanya insan biasa, namun tidak pernah berhenti berharap untuk dikurniakan keajaiban.  Ampuni hamba kerdilMu ini Ya Allah. 
Dari pengamatan, tiada perubahan dalam diri ini dari segi fizikal mahupun emosi yang berlaku.  Semua berjalan seperti biasa.  Tiada sebarang tanda seperti orang mengandung pun, macamana tanda pun saya tak tahu sebab saya tidak pernah melaluinya. 
Sehingga ke saat entri ini saya karang, memang tiada sebarang perubahan.  Cuma saya ada sedikit rasa sengal pada bahagian pinggang seperti keadaan bila mana setiap kali kawan baik datang berkunjung.  Perasaan ini saya abaikan, saya tidak mahu terlalu memikir ke arah itu.  Segala ketentuan dariNYA akan saya terima seikhlasnya kerana yakin hanya DIA yang tahu yang terbaik untuk diriku ini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment