Assalam...
Ini cerita balik kampung lagi hari itu. Hampir seminggu di sana, tak pernah sekali pun beli sayur di pasar. Setiap pagi akan tawaf keliling rumah untuk mencari bekalan sayur yang akan dimasak untuk makan tengahari dan malam. Petik hanya kuantiti yang secukupnya untuk dimasak sekali, baru fresh. Untuk keesokkan hari, buat rutin yang sama lagi. Pokok-pokok yang ditanam ini memang tidak diletak sebarang baja.
Buah kedondong / ambra, buah yang sentiasa menarik tetamu untuk memetik, lagipun pokok ini terletak di tepi tangga saja.
Pokok bayam kampung, dah makin meraja tumbesarannya.
Pokok cili yang macam segan hidup mati tak mahu jer lagaknya. Tapi tersembunyi di sebalik dahannya banyak cili yang dah merah dan masih hijau.
Pokok kunyit yang tumbuh subur di sisi rumah. Menunggu masa untuk digali dan diproses menjadi serbuk kunyit.
Pokok bunga kantan. Bapak tunjuk hari itu, pokok yang dibawa dari Jerantut, Pahang baru hidup katanya. Ambil masa lebih kurang 2 tahun baru jadi macam ini. Ingatkan hari tu dah tak hidup, sebab setiap kali balik akan menjengah ke tempat ini, frust jugak sebab tak nampak tunas. Mungkin tanah kawasan ini kurang sesuai untuk pokok kantan sebab bila musim hujan kawasan ini bergenang dengan air dan tanah menjadi padat bila kering.
Pokok jambu putih ini tak tau bila nak mula berbuah. Lupa nak cek siapa yang tanam sama ada mak atau bapak. Kalau bapak ok, sebab selalu pokok yang beliau tanam cepat berbuah. Tangan sejuk kata orang. Pokok kelapa pandan di penjuru lot pun dah belajar berbuah
Bunga mahkota berduri yang masih mendominasi, ada beberapa warna bunga yang dalam koleksi. Suatu masa dulu, bunga ini menjadi kegilaan orang-orang kampung untuk menanamnya. Itu yang mak pun terikut-ikut.
Nampak macam tinggal bunga ini saja yang terbela sebab masih boleh hidup subur walaupun kurang kasih sayang dari tuannya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment