Assalam...
Seronok kadang-kadang bila dapat meluangkan masa dan melayan kawan-kawan bersembang di kedai kopi, walaupun yang diminum itu adalah air teh. Ini cerita kawan saya yang bekerja di bahagian peramusaji terutama yang selalu berhadapan dengan golongan VIP dan VVIP (menteri, isteri menteri, sultan, sultanah mahupun kaum kerabat). Daripada mereka ini kami tahu VIP / VVIP itu suka dan tak suka apa ketika menjamu mereka. Bermula dengan minuman, makanan dan hiasan atas meja semua perlu kena dan tepat. Misalnya ada menteri yang langsung tak mahu ada sebarang bunga di atas meja, ada yang tak mahu sebarang garnishing yang berwarna hijau pada makanan. Bila satu-satu majlis VIP yang datang seorang memang senang nak handle, tetapi bayangkan bila lebih dari itu 3, 4 orang yang hadir, kenalah peramusaji sekalian buat homework dari mula hingga akhir majlis. Pening nak mengingat apa yang mereka suka dan tak suka. Silap serve akan mengundang padah...
Cerita tentang minuman saja yang patut dihidangkan pada VIP dah pening mendengarnya. Bila orang ini hadir kena ada air milo, yang ini pula hanya layan kopi kampung (jenama tertentu, kadang mewakili jenama dari daerah asal VVIP), seorang lagi hanya teh jenama lipton, lagi seorang hanya nak air oxygen, yang sebelah pulak request air jenama Sito, Perrier, Evian dan macam-macam lagi. Tapi yang tak dapat saya lupa bila mereka bercerita tentang Dato' Seri S. Samy Vellu hanya minum Earl Grey tea saja. Ketika itu saya tak pernah minum lagi teh jenis itu dan tak tahu rasanya bagaimana. Sebelum ini hanya tahu rasa black tea biasa, rasa sama jer kan...tapi lepas itu mula nak tahu rasa tea premium kata orang seperti Darjeeling, English Breakfast, Earl Grey serta teh berperisa yagn lain. Ternyata daku turut menggemari rasa teh kesukaan Dato' S. Samy Vellu tu...
Ini saya lawankan earl grey teh dengan karipap pusing
besar. Rasa bukan sebijik tapi semua bijik sama dengan rasa karipap
yang dijual di IKEA tu. Patutlah kan sebab sama tangan yang buat,
cumanya yang di IKEA tu tak berpusar dan design pun lain sikit. Design
IKEA tu mana boleh dia jual kat luar, mereka kan dah sign agreement.
See pasal karipap pun kena ada agreement i tell you...
Disebabkan saya ini peminat tegar terhadap karipap IKEA selain air teh. Maka selalulah membuat risikan siapakah tukang buat
karipap itu. Buat risikan satu Malaysia, pada semua pembuat karipap,
pengilang, kedai kopi, makcik kakak yang buat depan tv, termasuk
sekali. Berkat usaha tangga kejayaan akhirnya terjawap semua teka teki
empunya gerangan. Opps maaf tak boleh bagi tahu kat sini...Biarlah
rahsia...
Kenkonon nak balas dendam sakit hati terperangkap dalam
jem hampir 2 jam dari tempat kerja nak balik rumah yang sepelaung jer
jaraknya. Dalam perjalanan dah plan sampai umah je nanti nak goreng
karipap besar berpusar dan makan puas-puas. Sebab ikutkan nafsu nak
makan banyak, gorenglah 5 biji yang besar gedabak tu...last2, kami 2
laki bini kena ambil masa 2 hari satu malam nak perabih karipap itu
dan dilawankan dengan air teh berkoleh-koleh.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment