Assalamm...
Suatu hari masuk ke dalam semak kawasan Ulu Dong (kawasan air terjun Lubok Semak), terjumpa satu group tengah membereskan bunga kantan, katanya mereka tengah siapkan untuk peraih dari Kuala Lumpur nak datang ambil. Makcik pun teruja nak ambil gambar, mereka bagi takde masalah nak selfie dengan bunga kantan tu, tapi bila makcik cakap nak beli mereka takmo jual.
Kawasan kampung tu memang banyak sungguh pokok kantan. Kalau dah banyak begini, bukan sekadar buat laksa atau kerabu nak mandi bunga kantan pun boleh.
Mereka tak jual, cukuplah abadi kenangan dengan cik kantan. Cantik juga hand bouquet guna bunga kantan kan?
Wassalam.
Cantik betul warna dia...
ReplyDeletecantiknya jenis bunga kantan warna merah ye kak.... mereka takmo jual dia bagi je ke kak?
ReplyDeletepetani kantan baik hati bagi free ja ya
ReplyDelete