Friday, 17 October 2014

TTC Journey 16: CD35 Gerimis Di Hati..

Assalam...
Gerimis di hati....,
Kawan baik datang berkunjung di pagi buta pada CD35.
Selepas sedikit usaha, aku memang redha dengan ketentuan buat aku, tapi...
Tipulah kalau aku kata aku tak sedih, tak menangis dan rasa frustrated... 
Untuk masa ini aku tak nak teruskan lagi rawatan di LPPKN, 
Bukan kurang yakin atau sudah,
Hilang kepercayaan kepada doktor di situ.  
Tidak, mereka jugak seperti aku telah cuba yang terbaik untuk menolong,  
Tetapi aku nak berehat sementara waktu.  
Sekadar untuk berehat dan mungkin akan...
Mencuba cara atau kaedah yang lain pulak... 
Aku kena positif tak baik sedih-sedih, bila sedih akan lebih memburukkan keadaan.
Bayangkan rakan-rakan yang senasib dengan aku, lagi gigih usaha mereka dariku, lagi banyak duit yang mereka belanjakan dariku,
Ada yang dah sampai ke IVF...namun tetap jugak tak kunjung tiba sinar itu, 
Berapa besar kekecewaan mereka banding dengan usaha kecilku ini..
Time was flying with limited sourses,
Tak patahkan semangat, akan terus berusaha hingga penghujung waktu. 
Dan sampai satu saat aku kena akur jika memang aku tidak diberi peluang itu...
Allah beri aku banyak rezeki lain lagi yang perlu aku manfaatkan....
Tiada ada bukan pengakhiran hidup untuk membari manfaat...
Wassalam.

No comments:

Post a Comment