Saturday, 11 October 2014

Gula-gula dari Maxis

Assalam...
Cerita bermula selepas tersedar ada satu sub line yang tidak digunakan melebihi jangka masa satu tahun.  So kami pun dah sepakat untuk potong line tu...langkah jimat cermat ini, maklum harga barang dah banyak yang naik, so mana yang boleh jimat kena jimatkan sebab kami tak mahu nanti makan pun kena bersukat....hehehe.  Memang perlu bersukat pun sebab kami dah terlebih obes.  Sebab tu kerajaan bagi harga naik sebab sayangkan rakyat jangan makan lebih nanti obes, banyak penyakit orang obes ini.  Bila dah berpenyakit, mana nak produktif...Camana nak maju.
So bila aku nak potong, maxis pula pujuk jangan potong, rugi, sayang, dah lama guna..siap offer komitment bulanan dikurangkan seminima yang mungkin....lepas tu offer pulak gula-gula sebab katanya kami ini layak untuk loyalty program.  Tanpa keluar duit dia hulur gula-gula.  Dengar jer dapat FOC hilang terus idea berkira-kira yang dirangka berhari-hari..  Terus setuju....kata Yes, Setuju.  Bijak sungguh marketing strategi depa (sebenarnya ada charge tersembunyi). Aku digula-gulakan, gula-gula murah pulak tu rega sekupang lima duit...dapat gula-gula mahal takpa gak... 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment