Assalam...
Kenduri kawen minggu lepas kat Taman Medan. Pengantinnya adalah anak pada rakan sekerja. Ketika kami sampai pengantin dan bersanding, persembahan silat tu pun dan bermula. Almaklum kalau pergi berjemaah, janji berkumpul pukul 12 tengahari, pukul satu baru semua datang....pukui kan satu-satu, baru tau....
Dah 2 kali kami hadiri kenduri kawen anak kawan ini, dan setiap kali itu mesti ada pertunjukkan pencak silat. Silat gayung kalau tak silap. Memang best, kali ini 2 kumpulan membuat persembahan kumpulan dari KL dan Johor.
Difahamkan oleh bapak pengantin, bahawa beberapa orang anak beliau adalah ahli silat termasuklah pengantin perempuan yang tengah bersanding tu. Kira kawan-kawan depalah yang volunteer wat persembahan ini kan...
Saya tak tahu apa2 pasal silat, tak faham pun tapi suka tengok orang bersilat.
Tak sempat nak tengok yang kumpulan satu lagi buat persembahan sebab orang makin ramai dok kerumun depan tu sehingga menganggu laluan ke meja makan.
Kawan-kawan kami yang lain pulak dah sibuk duduk kat meja yang disediakan untuk menjamah lauk kenduri.
Menu kenduri - nasi hujan panas, gulai kambing dengan batang pisang, kerang rebus, ayam goreng, rendang tok dan acar timun nanas serta pelbagai jenis bubur..
Tu dia meratah kerang...Wat malu tak hengat ceq kak ni..
Terima kasih pada tuan rumah yang sudi jemput kami dan..
Selamat pengantin baru moga kekal jodoh hingga ke Jannah.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment