Assalam...
Gerai gantung ini terletak berdekatan Simpang Tiga Kota Marudu, tepatnya di kawasan Kampung Tonsom. Jika datang dari arah kota Belud, kita akan jumpa gerai (terletak sebelah kiri) ini dahulu sebelum jumpa Simpang Tiga Kota Marudu.
Gerai
gantung yang ada kini adalah gerai baru setelah peristiwa kebakaran
tahun lalu. Sebanyak 21 gerai yang dibina daripada
kayu musnah dalam kejadian kebakaran tersebut. Syukur juga gerai peniaga berganti
dengan cepat dan dapat gerai baru yang lebih selesa.
Gerai di sini kebanyakkan menjual produk makanan tempatan yang dipamerkan secara bergantungan. Produk makanan kebanyakkannya merupakan makanan ringan, jeruk, hasil laut, serta turut menjual benih tanaman, pokok bunga dan tanah bakar.
Peminat jajan memang sukalah tempat ini macam-macam boleh dibeli kuih cincin, amplang, sagun, kacang tanah panggang, biskut kelapa, kacang telur, kerepek, rempeyek, jeruk dan macam-macam lagi. Saya cuma memilih beberapa jenis jajan yang tak pernah dicuba sebelum ini, yang paling sedap adalah kacang grabel menyesal cuma beli sepeket kecil saja.
Kacang tanah panggang ini yang merupakan produk lokal dan memang terkenal di kawasan Kota Marudu.
Kuih Lada-lada, jajan yang beloh dibeli dengan harga serendah RM1.50 di sini.
Makanan ringan yang dijual bukan hanya hasil yang diusahakan oleh penduduk tempatan Kota Marudu dan sekitarnya tetapi juga produk dari seluruh negeri Sabah.
Jika tak minat beli makanan ringan, orang yang suka bercucuk tanam boleh beli pokok bunga, biji benih atau tanah bakar.
Jangan lupa singgah sini ya kalau berkunjung ke Kota Marudu atau melalui kawasan ini. Harga jajan dia lebih murah berbanding yang dijual di Kota Kinabalu.
Wassalam.
Tidak ada nomber telephone ke sekiranya ada yg ingin membeli bunga secara online
ReplyDelete