Assalam...
Masih terlalu awal ke rumah pengantin sedangkan majlis bermula pada jam 1 tengahari. Selepas bersarapan dan melawat pasar gantung, kami ronda-ronda di pekan Kota Marudu. Plan asalnya pagi-pagi nak pergi Pitas mencari ikan bilis, tapi lepas campur tolak masa perjalanan macam tak sempat balik ke Kota Marudu on time. Jadi kita tukarlah plan dengan ada yang nak pergi bank lah, Watson lah, pergi KFC lah, pergi Speedmart lah, tapi sebelum kami melawat pasar dulu. Macam banyak jer pasar di Kota Marudu ini, sebab kedudukan yang terpisah-pisah, hari itu pula bukan hari ada pasar tamu.
Kami terjah pasar yang jual makanan bermasak dan pasar kelengkapan diri lainnya. Hanya singgah di beberapa gerai yang menjual kuih, masih terlalu kenyang tu yang macam malas nak maju lagi ke depan melihat makanan.
Harga kuih seplastik semua RM1.00 dalam tu ada 4 biji kuih, potongan pula besar. Kakak yang jual kata klau boleh dia boleh jual ikut harga KL, cepat kaya dia boleh cepat pergi haji. Berpeket-peket kami borong kuih terutamanya kuih cempiang, penyaram, donut, wajik dan pau. Nak makan dalam perjalanan, sungguh makan dalam perjalanan sampai ke PJ kuih tu.
Gerai yang menjadi tumpuan kami adalah gerai nenek yang menjual tembakau. Berganti-ganti ahli kami ke sana, seronok mereka temuramah nenek tu. Baik hati mereka nak bagi jualan nenek tu laris, ada yang beli tembakau, daun rokok dan kain batik.
En.Abe lah yang mulakan di gerai nenek nie, entah apa yang dibincang dengan nenek tu. Cakap dekat-dekat rupanya saling tak memahami percakapan masing-masing. Last kakak tu yang jadi translater.
Seronoknya perhatikan nenek cute tengah bercerita dalam logat kadazan yang pekat.
Tau tak ini apa? ini daun rokok untuk rokok daun, rokok D.I.Y. Isi tembakau kat daun tu dan gulung. Tak kena cara, tembakau berterabur, rokok tak menyala. Dulu pernah kacau Wak Samad ketika sediakan daun nipah muda untuk dibuat daun rokok.
Ada yang memesan sabun dan toner papaya, borong di pasar ini juga. Nasib tak minta kirim melalui saya, memang saya tak tahu pasal ini.
Seterusnya meranyap sampai ke pasar sayur-sayuran yang terletak di belakang pasar tadi.
Nampak tangan yang tak sabar nak gapai ikan bilis tu. Walaupun pasar sini tak segairah pasar ikan masin di KK, tapi boleh konsider kalau nak beli ikan bilis dari pasar ini. Ikan bilis dia lebih murah dan stok baru sebab dekat dari pitas (salah satu tempat pengeluar ikan bilis di Sabah).
Mulanya datang nak melihat keadaan pasar, sampai sini ada pula yang duk geram tengok longgokan sayur segar tu (dalam rombongan tu ada tokeh nasi bajet). Lagi bikin geram sebab tahu harganya sangat lah murah. Daku dan dak Jue dari tak mahu membeli, dah terbeli tembikai sebiji seorang. Bekalan nak makan di homestay bila sampai Kundasang katanya.
Jika keadaan cuaca pagi itu mengizinkan rasanya kami terjah lagi jauh sampai ke pasar basah. Lagi pun nak pergi kenduri pakai baju yang sama, so kita beredarlah ke tempat lain pula.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment