Thursday, 9 August 2018

Bensin Homestay, Kundasang

Assalam...
Ada hikmah kami tak dapat menginap di penginapan yang sama dengan 3 orang lagi kawan kami.  Rupanya nak dijumpakan dengan yang lebih sesuai dengan harga yang lagi berpatutan untuk penginapan semalam di Kundasang. Mereka telah menempah dan dapat harga promosi yang sangat rendah, ketika kami usha-usha dipenginapan yang sama harga dah kembali normal, jadi kami berempat setuju akan cari penginapan ketika sampai Kundasang saja nanti.  Ada banyak lagi, boleh pilih nak mahal atau murah, google dan call saja nombor penginapan yang dalam dipaparkan. 


Keadaan bilik yang selesa, bersih dan lebih dari cukup untuk meluruskan tulang belakang.  Paling penting kalau nak menginap di kawasan Kundasang adalah water heater kena function, sebab tak tahan nak mandi air yang sejuk gedi tu.


Bilik kami sebelah dengan ruang dapur dan bilik makan.  Tetapi malam tu kami tak cadang nak masak sebab lepas check in dan bersihkan diri kami nak keluar makan steamboat.  Kawan saya cakap ruang tu luas memang sesuai kalau datang dengan family.  Menurut pemilik homestay, unit lain ada lagi yang sesuai untuk family atau ahli group yang ramai, turut dilengkapi dengan ruang rehat dan dapur.


Pemandangan pagi selepas hujan.  Tiga orang daripada kami menginap homestay sebelah kanan di balik bukit, cuma nampak jalan tar di lereng bukit tu.


Rumah pemilik homestay yang bawah tu.  Entah-entah kat bawah tu ada bilik juga.  Tak sempat nak tanya, lagipun pagi tu kami check out tak sempat jumpa dia pun.


Di sekeliling homestay banyak pokok ruh, so bila angin bertiup waktu malam memang bunyi tu agak horror macam dalam cerita tu.  Tapi takde apa pun, itulah simponi alam sebenarnya.


Nampaknya ada unit penginapan baru sedang dalam pembinaan yang bersambung dengan bangunan homestay utama.


Nak lebih privacy boleh menginap di unit homestay hujung tu.  Hujung sekali daripada unit yang kami duduki.  Memang gigih pemilik Bensin Homestay ini, setiap petang dan pagi turun naik nak hidupkan lampu di setiap kawasan.


Bilik kami dalam ini, bawah kolong rumah tu pun ada dua bilik lagi.


Sarankan kalau yang bawa warga emas atau yang ada masalah lutut bagai, lebih baik book unit penginapan yang dekat pintu utama.  View yang situ pun tetap cantik semua menghala ke pekan Kundasang dan puncak Kinabalu.  Tapi yang acah-acah muda belia pun ada yang bersungut malam tu sebab bawa beg luggage berat dan pakai heel you.


Baru fefeeling nak minum milo keluar asap kepul-kepul sambil tengok puncak Akinabalu.  Tapi dari subuh dah hujan, dapat tengok awan tebal saja lah pagi tu.  Lain kali boleh cuba lagi.


Itu nombor yang boleh dihubungi, depan tu memang nampak kurang menarik.  Tetapi dah melangkah masuk dan melepasi pagar utama, masyaAllah cantik sungguh view di Bensin Homestay ini. 


Homestay ini terletak ditepi jalan menghala ke Haritage Hotel (Hotel Perkasa, nama lama).  Kalau rasa-rasa bajet lebih dan tak sesuai yang macam ini check in saja lah di penghujung jalan tu. 
Wassalam.

No comments:

Post a Comment