Friday 10 August 2018

Lasagna


Assalam...
Sudah tak ingat masa bila yang buat lasagna ini, yang pasti masa sahabat saya dua beranak tu datang rumah.  Istimewa en.Abe buat khas untuk mereka berdua, sebab dah lama janji tapi tak tertunaikan.  Leceh jugak nak buat lasagne jika ikut step yang betul nie, sebab kena sediakan dua jenis sos, sos putih (Bechamel sauce) dan sos bolognase (bolognese sauce), tapi ada sesetengah orang buat short cut saja.  Tetapi sebelum kita main short cut jom kita belajar cara yang hampir menyamai penyediaan lasagne secara tradisi.



Lasagna Ayam / Chicken Lasagne
Sumber:  En. Abe


Bahan-bahan
1 kotak kulit lasagna - rendam seketika dalam air sejuk.
100 gm parutan keju mozzarella secukupnya
Sedikit serbuk keju parmesan
Fan / mangkuk untuk membakar - gris dengan butter


Bahan Untuk Sos Putih (Bachemel Sauce)
Stok putih (white stock)
- boleh dibuat mereneh tulang ayam bercampur potongan, 2 biji bawang besar, 1 biji carrot, 1 batang celery dan sedikit perisa (gantikan dengan tulang lembu jika buat Lasagna Daging), kemudian tapiskan air rebusan.
White roux
- Tepung gandum dan butter (guna nisbah 3 tepung : 1 butter)
250ml susu UHT / Fresh milk
1 biji Onion pique 
- Gunakan bawang besar atau bawang holland, belah sedikit dan cucuk kan beberapa biji cengkih pada bawang tersebut)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg powder)
200ml Cooking cream
Secubit garam

Cara Penyediaannya
* Cairkan butter, campurkan dengan tepung gandum, susu dan kacau rata sehingga sekata dan tidak bergentel.
* Tuangkan campuran white roux ke dalam white stock yang telah ditapis terlebih dahulu.
* Tapis white roux sekiranya bergentel.
* Masukkan onion pique, cooking cream, sebuk buah pala kedalam white stock.  Masak hingga sedikit pekat dan sesuaikan rasanya.
* Keluarkan onion pique bila nak gunakan sos putih / Bachemel Sauce.




Bahan Untuk Sos Bolgnase / Bolognase Sauce
1 paket isi ayam kisar (600gm)
1 tin kecil tomato paste
1 tin kecil tomato puree 1/2 biji butter 1 batang carrot*
1 batang english celery*
2 biji bawang besar*
3 biji tomato* (optional jika suka lebih rasa masam)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit herba kering - bay leaf, oregano, tyme
Sedikit daun parsley - cincang halus

Cara Penyediaannya * Blend tanpa air bahan-bahan bertanda '*'
* Cairkan butter, masuk ayam kisar dan goreng hingga sedikit kecut.

*  Masukkan tomato paste, tomato purée, dan bahan blend.
* Tambah herba kering (bay leaf, oregano, tyme).
*  Masak hingga sedikit kering dan sesuaikan rasanya.

Cara menyusun Sos dan Kepingan Lasagna * Pastikan fan / loyang telah digris dengan butter pada semua habagian dalam.
* Lapisan pertama dengan kepingan lasagna, kemudian ratakan sos putih (bachemel sauce) dan lapisan ketiga dengan sos bolognese.
* Ulang proses pelapis sebanyak 3 kali.
* Pada lapisan atas, ratakan kepingan lasagne lapiskan dan lapiskan dengan sos putih.
* Akhir sekali taburkan dengan parutan keju mozzarela dan parmesan.  Jika suka rasa keju yang mewah boleh taburkan keju mozarella berselang seli dengan lapisan sos putih atau sos bolognese.
* Bakar hingga masak atau kira-kira 20-30 minit dengan suhu 180'C atau ikut kepanasan oven masing-masing.  Cover mangkuk dengan foil, buka foil apabila masak dan bakar sekejap untuk dapatkan lapisan atas yang sedikit garing.
* Hidangkan ketika lasagna masih panas dan taburkan keju parmesan dan daun parsley cincang.


Dua beranak yang tengah menikmati lasagnanya, dapatlah tapau bawa balik JB satu bekas sebab tuan rumah citarasa dia kekampungan sikit, kurang gemar makan keju.

Kalau tengok pada gambar, rasa buat dekat-dekat nak raya atau selepas raya sebab terdapat ketupat anyaman daun kelapa dan kuah kacang di situ.

Baca pun dah semput nak buat lasagne guna resepi ini kan, tapi jika ramai ahli keluarga yang suka berbaloi lah nak sediakan.  Nak yang mudah banyak jer resepi yang simple kat youtube tu.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment