Saturday 18 August 2018

Biskut Lidah Kucing Pelangi

Assalam...
Gairahnya tengok orang buat biskut ini dulu, cantik, ceria, kaler-kaler, jadi teringin juga nak buat.  Saya pun beli 2 ketul loyang lidah kucing, tup tup balik rumah loyang tu tak muat masuk ovenku yang cinonet tu. Kesudahannya loyang simpan dulu jadi tukun tiruan dulu alam store untuk beberapa tahun.  Baru-baru ini jer keluarkan loyang tu bukan sebab dah beli oven baru tapi ada orang pinjamkan oven besar dia, tak guna katanya.  Alhamdulliah syukur akhirnya daku boleh main kaler-kaler.


Biskul Lidah Kucing Pelangi
Sumber: Kak Wan

Bahan-bahan
250gm mentega
175gm gula kaster
100ml putih telur
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1/4 sudu teh empleks
Pewarna - Unggu, biru, hijau, oren, kuning dan merah
Keperluan lain :-
Loyang lidah kucing
Nozzle bulat dan piping bag.

Cara Penyediaannya.
* Ayak tepung gandum, tepung jagung dan empleks. Ketepikan.
* Pukul mentega hingga gebu dan berkrim.  Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
* Masukkan tepung dan kaup balikkan hingga sekata.
* Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan warna masing-masing.
* Masukkan adunan ke dalam piping bag yang telah dilettakan nozzle bulat dapa hujungnya.
* Paipkan adunan ke atas loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelagi.
* Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terdahulu, selama 15 minit dengan suhu 150'C.  Jangan biarkan sehingga warna atas biskut keperangan kerana akan menenggelamkan warna pelangi.
* Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.  

Note - Biskut ini cepat lemau jika dibiar terdedah di udara.  Biskut yang lemau boleh dipanaskan dalam oven seketika (lebih kurang 5 minit) dan akan ranggup kembali.. 


 

Jangan risau bentuk yang tak cantik tu (pam ikut suka hati), masa bakar dia pandai adjust sendiri bentuk jadi cantik ikut acuan.  Memang cantik hasilnya guna banyak-banyak warna nie, tapi berpeluh juga nak pam satu-satu.


Dapat lah banyak ini biskut pelanginya, masa raya hari tu penggemarnya ramai kanak-kanak.  Sebab warna warni kot tu yang menjadi tarikan bagi mereka.
Akan datang kalau buat mungkin akan sediakan yang satu warna saja dengan menambah perasa keju, coklat atau mocca.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment