Monday, 6 August 2018

Hiking Puncak Denai Tiga Puteri

Assalam...
Akisah dah berkurun lama tak buat aktiviti keluarkan peluh, asyiknya menambah lemak badan saja hingga ada beberapa helai baju sudah tak selesa.  Omg tak kan nak salahkan baju makin mengecik ye dak, badan awak yang makin membesar lah jawapnya.   Tapi ada orang katanya naik kilonya sebab pulun kerja, pulun sebab tak cukup kakitangan hingga pola pemakanan dia pun jadi tak menentu, ke sebab melantak durian sejak 2 3 minggu ini ye?. 


Dengar-dengar orang kata ada tempat hiking kat sini, itu yang kami pergi, pergi buta macam tu jer takdenya nak study tempat dulu.  Pergi agak lewat sikit kira-kira jam 9 baru start melangkah, nasib dapat pergi kalau tak jadi juga dah plan nak tunjuk perasaan.


Keluar dan masuk kena daftar kat rumah / pondok tu, langkah keselamatan jika terjadi  apa-apa yang tak di ingini senang orang nak selamatkan.  Kami start dengan couple Chinese yang baru nak mula juga, diorang dah biasa datang tapi tak sampai ke puncak.  Sangat  friendly dan helpfull, suka offer nak jadi camera man.


Tak perlu risau sebenarnya berjalan di sini sebab akan ada jer orang yang berlatih dengan basikal.  Sebanarnya ada banyak track boleh dilalui, jadi takdelah rasa terganggu berebut laluan dengan group lain yang kadang nak berlumba untuk sampai cepat.


Sebelum kami jumpa dengan group remaja India, kami tersalah ikut track mulanya.  Tersilap baca map, konon nak lalu track yang dekat sampai ke puncak, tahu-tahu ikut jalan yang jauh.  Hampir saja patah semangat nak teruskan perjalanan dengan keadaan perut yang tak selesa (tak cukup sarapan kot pagi tu dengan 3 biji buah ceri), lagi-lagi ada antara mereka yang ketika kami temui tmemberitahu untuk sampai ke puncak mengatakan masih jauh, baru separuh perjalanan. 


Keadaan track landai dan sedikit beralun menyebabkan kami tekad teruskan sampai ke Denai Tiga Puteri.  Pendakian sedikit mencabar hanya selepas papan tanda 500 meter ke puncak, tinggal 500 meter kot, takkan tak sampai tadi dah lebih 5km berjalan.  Ini pemandangan ketika sampai ke puncak Denai Tiga Puteri, tepi lebuhraya dekat jalan yang bercabang ke satu Sungai Buluh (Utara) dan satu lagi ke Kuantan (Kuala Lumpur).  Baru teringat dulu lebuhraya ini pernah ditutup kerana tanah runtuh, bukit yang kami pijak inilah dulu pernah runtuh akibat hakisan.


Perjalanan pergi balik dari starting point ke puncak dan balik semula akan mengambil masa selama 3 jam (normal).  Kami mengambil masa 4 jam (kategori tak normal lah nie) nak tamatkan perjalanan. Perjalanan balik tu kaki macam terkunci nak melangkah laju sebab lapar ya amat dan bekalan air minum pun dah habis.  Kali ini langsung tak bawa sebarang snack sebab ingat boleh balik sebelum tengahari, mana tahu keluar saja dari hutan tu azan zohor dah berkumandang.



Dek kerana terlalu lapar dan dahaga, air kelapa dan buah yang kami beli pada penjaja di luar tu, tak sampai 5 minit habis.  Sebelum balik rumah pekena kedai nasi kandar dulu di restoran berdekatan.  Baru jer bakar kalori pastu top up balik dengan sepinggan nasi kandar lauknya telur masin separuh, telur sotong, sayur bendi dan segelas besar milo ais.
 

Lepas ini nak bawa kawan-kawan pula datang sini, almaklum kawan-kawan pun lebih kurang saiz dengan kami.  Tetapi akan datang kena lah start awal, sarapan terlebih dahulu atau bawa sedikit bekalan.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment