Assalam...
Selepas urusan check in, bersihkan diri dan lakukan apa yang patut, kami dah janji dengan 3 orang lagi yang menginap di tempat lain berjumpa semula di dekat bulatan kobis. Saya cadang makan di Puteri Nabalu sebab dekat, banyak pilihan menu dan tak tahu restoran mana lagi yang buka lewat pada malam itu, lagi pula nak berpatah balik ke pekan Ranau semua macam sudah tak larat. Restoran Puteri Nabalu ini well known resto juga lah di pekan Kundasang, ramai orang buat review tentangnya. Ini kunjungan kali kedua kami, pertama kali sebelum mendaki Akinabalu dulu, kali ini kami nak try makan steamboat sementara yang lain memilih menu ala carte.
Ini set steamboat couple yang kami order, di sini tiada buffet steamboat yang anda boleh makan sampai pecah perut ya. Mereka offer hanya set bermula dengan set couple, tetapi walaupun set couple tapi boleh makan beramai-ramai, tak habis makan berdua.
Ini antara side order dari 5 orang lagi, Nasi Goreng Puteri Nabalu kalau tak silap namanya.
Mereka order butter prawn juga, kesian diorang nie mungkin terlalu terikut dengan stigma pemikiran datang Sabah kena try seafood, tapi di kaki gunung nie rasanya bukan pilihan yang tepat.
Ini tak tahu nama, something macam chicken fillet with special sauce kot.
Apa yang penting kerjasama, main masak-masak dan agihkan harta karun dan periuk steamboat tu.
Geng pandai makan, sekali order mak ai banyaknya. Kita orang yang jadi majlis tukang perabis.
Keadaan meja pada malam itu, dah berapa kali go around tapi tak habis-habis lagi. Malam tu lepak dalam restoran sampai mereka tutup, buat pula resto tu macam mak pak punya. Sabar jelah mereka yang duduk di meja sebelah dengar gelak ketawa kami malam itu.
Hot chocolate yang dah kurang hot, sudu tu sebenarnya coklat homemade keluaran Restoran Nabalu sendiri. Mereka tak perasan, patutnya masa air sampai terus guna sudu untuk kacau susu panas dan coklat tu akan cair. Apakan daya faktor suhu di Kundasang, susu dah sejuk, gigit saja lah coklat tu.
Lepas dinner ingat nak pusing pekan kejap nak cari 3 in 1 untuk esok pagi, tapi kedai semua daha tutup. Sebelum balik ke penginapan, kami terus ke Hotel Perkasa mencari kot-kot ada teh dan gula dijual dalam souvenir shop mereka, tapi gula nan hado. Esok minum Teh Sabah "O" kosong saja lah. Perut keyang, suhu sejuk cepat jer mata nak pejam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment