Wednesday 5 February 2014

Sejernih Sinar Matamu

Assalam...
Sudah lama bercadang nak mendapatkan buku biografi kisah hidup Prof Dr Muhaya karangan Rozninah Abd Azib ini.  Pembelian secara online pun ada dan telah mengintai-intai, hanya dengan satu klik dan tunggu posmen datang hantar pada anda.  Namun begitulah kalau sudah tertulis rezeki saya ada dan telah ditentukan walau dengan apa cara sekali pun pasti akan menjadi milik saya juah.

Saya dapatkan ini ketika menghadiri ceramah motivasi beliau di subang Permai.  Tak sangka pulak ketika itu saya dapat beli dengan harga yang cukup istimewa berbanding dengan harga asal RM80.00.  Berbaloi-baloi dapat ikut ceramah beliau dan dapat beli buku dengan harga murah.  Pada sesiapa yang masih belum dapatkan koleksi ini, segeralah dapatkannya, kerana banyak pengajaran dan ilmu yang boleh didapati didalamnya.  "Reset Minda" untuk mencelikkan mata hati dan mata akal anda.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment