Assalam...
Selamat mencuba & Wassalam.
Lempeng pisang, sarapan mak yang selalu Mulia perhatikan semasa kanak-kanak dulu. Menu harian memang sukar dipisahkan daripada pisang, pisang goreng, borongko, puding pisang, nagasari, lepat pisang, sanggara janda, sanggara belanda, pengat pisang, pisang rebus dan banyak lagi. Pisang kat rumah memang tak pernah putus, almaklum bapak Mulia menanam pokok pisang dan daripada rezeki menjual pisang itulah dibuat belanja keluarga dan menyekolahkan Mulia.
Pisang pula pelbagai jenis, antara jenis pisang yang bapak tanam adalah pisang emas, pisang rastali (pisang keling), pisang nipah (pisang sabah), pisang raja, pisang berangan, pisang lemak manis (pisang budak), pisang raja udang, pisang kapas, pisang hijau dan banyak lagi.
Ini lempeng versi yang Mulia buat, lempeng jadi hangit dan hangus...aishh macamana nie...tapi tetap sedap...rasa macamana, rasa pisanglah di tambah bau wangi dari kesan hangit itu. Pisang pemberian sahabat Mulia, datang dari jauh, Johor mari..Resepi nak buatnya lebih kurang macam kat bawah ini.
Lempeng Pisang Mak Timah
Sumber: Mak Mulia
Bahan-bahan
1 cawan isi pisang yang telah dilenyek - saya guna pisang berangan (pisang ape pun boleh cuma kalau pisang jenis masam kena letak gula untuk memberi rasa manis).
1 cawan tepung gandum
Sedikit gula
Sedikit baking powder.
Telur (optional)
Sedikit minyak
Cara Penyediaan.
* Gaul semua bahan hingga sebati.
* Lenserkan kuali dengan sedikit minyak.
* Tuangkan adunan agak-agak satu senduk, tutupkan kuali dan masak hingga kekuningan. Terbalikkan lempeng dan biar hingga masak (side by side). Pastikan api kecil untuk mengelakkan lempeng hangit.

No comments:
Post a Comment