Assalam...
Ini nak bercerita pengalaman adik-adik ipar Mulia yang menyertai anggota sukarelawan ke program yang dinamakan sebagai Program Ziarah Kasih Orang Asli bertempat di Kampung Orang Asli Sungai Kurau, Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor yang berlangsung pada 8 hinga 9hb February lepas. Program ini bertujuan untuk bersuai kenal dengan penduduk orang asli sambil mereka menghulurkan sedikit bakti kepada masyarat tersebut. Program ini merupakan kerjasama daripada Persatuan Ulama Malaysia, cawangan Selangor, Majlis Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Sahabat PPUM.
Antara pengisian program 2 hari yang berlangsung adalah acara jelajah kampung. Sukarelawan membuat lawatan dari satu rumah ke satu rumah dengan membawakan sedikit hadiah berupa makanan dan membuat pemeriksaan kesihatan pada setiap ahli rumah.
Pada malamnya mereka mengadakan jamuan makan malam secara bbq bersama-sama dengan penduduk tempatan. Penyediaan makanan dilakukan secara bergotong royong antara peserta dengan penduduk orang asli.
Antara acara kesenian orang asli yang sempat dipelajari dan diajarkan kepada peserta.
Sebelah pagi di adakan acara kecergasan diri dimulakan dengan senamrobik dan sukaneka. Ini adalah kesinambungan acara pada petang semalam di mana diadakan pertandingan sukan bola sepak dan sepak takraw.
Pertandingan mewarna yang mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak orang asli.
Kebanyakkan kaum lelaki dewasa orang asli Pulau Carey bekerja sebagai nelayan, bercucuk tanam dan membuat pertukangan seperti membuat ukiran kayu dan membuat parang. Ciri-ciri ini adalah unik jika dibandingkan dengan aktiviti ekonomi orang asli ditempat lain yang lebih bergantung kepada mencari hasil-hasil hutan.
Kebanyakkan orang asli di Pulau Carey ini masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang dan hanya terdapat 5 keluarga yang telah memeluk Islam.
Kebergantungan mereka kepada aktiviti ekonomi yang lebih stabil, membolehkan penduduk orang asli di Pulau Carey dapat menikmati hidup secara setempat dan meninggalkan cara hidup nomad. Keadaan kediaman mereka juga lebih baik dan dilengkapi peralatan moden dan turut mendapat bekalan elektrik dan air bersih.
Apa yang diharapakan program selama 2 hari ini mencapai matlamat dengan jayanya. Semoga penduduk orang asli Pulau Carey terus diambil peduli dan mendapat pendedahan dari masyakat luar untuk mengurangkan jurang dari segala aspek dan turut sama menikmati pembangunan negara.
Wassalam. Antara pengisian program 2 hari yang berlangsung adalah acara jelajah kampung. Sukarelawan membuat lawatan dari satu rumah ke satu rumah dengan membawakan sedikit hadiah berupa makanan dan membuat pemeriksaan kesihatan pada setiap ahli rumah.
Pada malamnya mereka mengadakan jamuan makan malam secara bbq bersama-sama dengan penduduk tempatan. Penyediaan makanan dilakukan secara bergotong royong antara peserta dengan penduduk orang asli.
Antara acara kesenian orang asli yang sempat dipelajari dan diajarkan kepada peserta.
Sebelah pagi di adakan acara kecergasan diri dimulakan dengan senamrobik dan sukaneka. Ini adalah kesinambungan acara pada petang semalam di mana diadakan pertandingan sukan bola sepak dan sepak takraw.
Pertandingan mewarna yang mendapat sambutan hangat daripada kanak-kanak orang asli.
Kebanyakkan kaum lelaki dewasa orang asli Pulau Carey bekerja sebagai nelayan, bercucuk tanam dan membuat pertukangan seperti membuat ukiran kayu dan membuat parang. Ciri-ciri ini adalah unik jika dibandingkan dengan aktiviti ekonomi orang asli ditempat lain yang lebih bergantung kepada mencari hasil-hasil hutan.
Kebanyakkan orang asli di Pulau Carey ini masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang dan hanya terdapat 5 keluarga yang telah memeluk Islam.
Kebergantungan mereka kepada aktiviti ekonomi yang lebih stabil, membolehkan penduduk orang asli di Pulau Carey dapat menikmati hidup secara setempat dan meninggalkan cara hidup nomad. Keadaan kediaman mereka juga lebih baik dan dilengkapi peralatan moden dan turut mendapat bekalan elektrik dan air bersih.
Apa yang diharapakan program selama 2 hari ini mencapai matlamat dengan jayanya. Semoga penduduk orang asli Pulau Carey terus diambil peduli dan mendapat pendedahan dari masyakat luar untuk mengurangkan jurang dari segala aspek dan turut sama menikmati pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment