Saturday, 22 February 2014

Kuliah Magrib UAI

Assalam....
Kuliah Magrib oleh UAI (Uztas Azhar Idrus) baru-baru ini yang diadakan di Masjid Tengku Kelana Putra, Kelana Jaya memang mendapat sambutan yang sangat-sangat membanggakan.  Semoga kita bersama-sama dengan ahli keluarga semua dapat meluangkan masa dan meringgankan langkah kaki untuk ke majlis-masjlis ilmu seperti ini.  

Di luar perkarangan Masjid terdapat banyak gerai-gerai yang didirikan.  Peniaga2 ini ada yang menjual makanan, pakaian, buku-buku agama dan barangan keperluan umat islam lainnya.

Tempat jemaah wanita disediakan didalam kemah di perkarangan masjid dan ruang bawah masjid.  Mereka mengikuti ceramah dengan melihat skrin besar yang telah disediakan. 

Rombongan UAI yang melintasi kumpulan jemaah wanita ketika masuk ke dalam Masjid Tengku Putra, Kelana Jaya.

UAI memulakan ceramah beliau dengan tajuk Anak Kunci Syurga yang menyentuh berkenaan taharah, bersuci dan cara-cara mandi.  Dan seperti biasa selesai habis ceramah, UAI akan menjayakan sessi soal jawab..terdapat banyak set soalan terkumpul yang telah disediakan oleh jemaah.

Antara jemaah wanita yang tengah kusyuk mendengar ceramah UAI pada malam itu.

Cara penyampaian yang bersahaja dan diselang-seli dengan kata-kata yang mencuit rasa merupakan stategi UAI yang menarik ramai golongan untuk mendengar ceramah beliau..

Semoga kita sentiasa memakmurkan rumah Allah kerana tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah. Justeru terdapat sebuah hadis Nabi s.a.w. menegaskan bahawa rumah Allah menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah maksudnya: 

"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid/surau), membaca kitab Allah (al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."
Wassalam.

No comments:

Post a Comment